CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Tahun Berturut-turut, Bill Gates Masih Orang Terkaya Dunia

22-3-2017 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2736| Komen: 15

Description: Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut.
Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut. 

Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017, Gates mempunyai kekayaan AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu. 


Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett, menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016. 

Individu ketiga terkaya di dunia dipegang pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion). 

Beliau tersenarai buat pertama kali sebagai individu terkaya ketiga di dunia dalam senarai Forbes itu.

Sementara itu, dalam kalangan bilionair Malaysia yang tersenarai ialah Robert Kuok, yang menduduki tempat ke-115 dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion); Quek Leng Chan (tempat ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion).


Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi.- CARI

sumber foto: http://beritahati.com

14

Bagus
17

Marah
26

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 22-3-2017 12:26 PM
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar kereta Honda Civic dia kat socme bagai.
Quote CiliPadiSedap 22-3-2017 12:51 PM
spiderman80 replied at 22-3-2017 12:26 PM
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar ...

org kaya raya

org kaya


orang baru nak kaya

org kaya hutang


amat berbeza sekali
Quote kutu_ayam 22-3-2017 01:09 PM
CiliPadiSedap replied at 22-3-2017 12:51 PM
org kaya raya

org kaya

Aku setuju statement ko ni.....mmg kelakar bunyi nye tp sampai kepada maksud....
Quote cicicumel 22-3-2017 02:38 PM
Tokey alibaba mana
Quote hannahwong92 22-3-2017 02:39 PM
respect !!!!!!
Quote surwanis 22-3-2017 03:00 PM

kaka part time hape kaka...
saje sebok nak tau
Quote axl_bach 22-3-2017 03:18 PM
spiderman80 replied at 22-3-2017 12:26 PM
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar ...

Bengong ko spendey, mmg lah dia x posing dpn hondasibik sbb dia x pakai kete tu....lol
Quote axl_bach 22-3-2017 03:21 PM
SUltan Brunei USD24 Billion jer??
Quote axl_bach 22-3-2017 03:22 PM
Yg no 3 tu dari USD27.6 billion naik mendadak jadi USD72.8 billion....perrgghhhhhhh
Quote dcruins 22-3-2017 03:22 PM
Edited by dcruins at 22-3-2017 03:24 PM

quote menarik dari Warren Buffett,

-------------------

https://www.fool.com/investing/general/2016/02/21/billionaire-warren-buffetts-secret-to-paying-a-low.aspx

"If you make money with money, as some of my super-rich friends do, your [tax] percentage may be a bit lower than mine. But if you earn money from a job, your percentage will surely exceed mine – most likely by a lot."


---------------------

ada sebab kenapa orang2 kaya ni pegang sesuatu stocks ni lama sikit dari orang2 biasa yg suka short sell etc, dia tak payah sangat fikir tentang cara2 typical tycoon2 MNC's macam Bill Gates,Zuckerberg etc yg kena setup structure tax yg pelik2 kat pelbagai negara tax haven, tak payah gak susah2 nak setup Foundation etc untuk elak cukai, Buffett kurang kan tax cara old school jerrr...



Quote CiliPadiSedap 22-3-2017 03:26 PM
Nak kaya kena berniaga, makan gaji takkan kaya.. nak2 lagi yang beli kete honda toyota  bmw..  lain orang lain track kewangan lain matlamat kewangan..

kalau semua orang nak jadi kaya , ultimate free financial siapa pula nak jadi customer beli bmw, beli sabun kocok2, beli  iphone cap apple ..

kalau semua org berjimat ekonomi takkan pusing.. jadi kesimpulannya kaya sorang2 adalah afdhal berbanding kaya ramai2 berjemaah ..

ada orang cepat je jadi jutawan tak sampai setahun. ada orang 10 tahun baru cecah 1 million. lain org lain track kewangan. fokus track masing2 dan kuasai.. dont give up dear..

bill gates kaya bukan sebab dia buat software.. first software dia buat tu dia beli daripada company lain.. then dia jual.. dah ada sales baru dia renovate.. brape banyak programmer masih tak berduit? bill gates ialah usahawan bukan programmer.. dia pandai ambil peluang..
Quote eizarz 22-3-2017 03:31 PM
spiderman80 replied at 22-3-2017 12:26 PM
Respek Bill Gates sangat-sangat.
Walaupun kaya tahap dewa tapi tak pernah sesekali post kan gambar ...

spidey..dewa tu kaya ke...dewa lagi xde duit aku rasa....
Quote -electrifying- 22-3-2017 04:37 PM
terbaik la ceo amazon tu, mencanak naik kekayaan dia
Quote RatuDunia94 22-3-2017 08:50 PM
eizarz replied at 22-3-2017 03:31 PM
spidey..dewa tu kaya ke...dewa lagi xde duit aku rasa....

10 keturunan x habis harta bill gates..
Quote spiderman80 22-3-2017 09:43 PM
eizarz replied at 22-3-2017 03:31 PM
spidey..dewa tu kaya ke...dewa lagi xde duit aku rasa....

Haah, ya tak ya jugak, Eizarz.
Dewa mana kaya..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.115975 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top