CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Van Rempuh Gerai Di Pasar Malam, Kanak-kanak Berumur 4 Tahun Maut

1-5-2017 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4139| Komen: 10

Description: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia, manakala dua lagi cedera parah dilanggar sebuah van yang dipandu seorang peniaga pasar malam di Cameron Highlands malam Ahad.
Sekitar jam 9.45 malam Ahad lalu, sebuah van yang dipandu seorang peniaga pasar malam merempuh gerai di pasar malam Golden Hill, Cameron Highlands, megakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut. 


Manakala dua lagi yang cedera parah adalah seorang wanita berusia 22 tahun patah kaki dan seorang lagi wanita cedera parah di kepala.

Mangsa kematian dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata akibat kecederaan parah di kepala.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid berkata, ketika kejadian berlaku, kanak-kanak yang menemui ajal itu bersama ibu bapanya dan dua adik-beradik yang lain sedang melihat alat mainan di salah sebuah gerai. 


"Pemandu van mendakwa dia telah menggerakkan vannya perlahan-lahan, dan menekan minyak untuk memastikan pelanggan memberi laluan."

"Bagaimanapun, van itu tiba-tiba bergerak ke hadapan dan merempuh beberapa gerai, termasuk gerai di mana budak perempuan itu sedang memilih mainan," katanya.

Hasadid berkata, laporan polis yang diterima daripada pemandu van berkenaan mendakwa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri buat seketika ketika kejadian. 

Beliau berkata,pemandu van berkenaan tidak mengalami kecederaan dan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.

Dilaporkan polis juga sudah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu berkenaan untuk dianalisis.- CARI

sumber : pembaca CARI Internet

sumber : Mstar



32

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mjla 1-5-2017 03:12 PM
Hirup bau daun the pun blh jd mabuk syabu.
Quote anggerix 1-5-2017 03:13 PM
Innalillah...salam takziah pada keluarga
sedihnya sian la ke budak tu
Quote aleesyasofia 1-5-2017 03:51 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.. salam tkziah bt kluarga mgsa.. simpati dgn nsb mgsa yg msih kcil.. syurga mnantimu..
Quote Kentang.Goreng 1-5-2017 05:11 PM
Dah ada bebenangnya...

Budak 4 tahun MAUT dirempuh VAN semasa sedang excited MEMILIH mainan di Pasar Malam, drebar VAN berdalih TERTEKAN minyak sebab KEJANG & TAK SEDARKAN diri
https://mforum.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1


Quote kelip2_07 1-5-2017 08:08 PM
kesiannye..percutian duka..driver van tu dh slh nk menipu plak
Quote kucen_miang 1-5-2017 08:12 PM
Pagi td lagi dah ada org bukak benang.wartawan cari ni tak peka ke?
Quote devilito2 2-5-2017 08:44 AM
innalillahiwainnailaihirojiun.. salam tkziah
Quote kentel 2-5-2017 08:59 AM
Kentang.Goreng replied at 1-5-2017 05:11 PM
Dah ada bebenangnya...

Budak 4 tahun MAUT dirempuh VAN semasa sedang excited MEMILIH mainan di Pa ...

TSLOO ni mmg bebal sikit...lembap
Quote -electrifying- 2-5-2017 12:30 PM
Kalau betul apa diberitahu tu, kesian la kt dia, mangsa keadaan, memang tak sengaja...
Tp klau dh membohong, terlepas, nasib ko la kt sana nanti

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.066094 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top