CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Hantu Menyerupai Manusia + Hantu Jelmaan

16-8-2013 03:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23693| Komen: 71

Description: Actually Sejak Aku Lahir, Aku Telah Tinggal Di Satu Rumah Yang Agak Usang Juga. Kata Ibu, Asalnya Rumah Kami Duduk Tu Rumah Tinggal. Tuan Rumah Sudah Berpindah Ke Johor Bahru (Rumah Aku Duduk Tu Di Sa ...

Sekadar hiasan


salam semua. aku nie jenis orang yang sangat jarang buka thread and harini aku tergerak nak buka thread.. first of all aku nak bgtau yang cerita ini adalah benar dan bukan rekaan. nak percaya atau tidak terpulanglah pada korang. aku malas nak cakap byk. so layan aje K. Ok disini ada 2 kisah yang aku nak cerita yang berlaku kepada family aku. disebabkan itu aku berani nak cerita sbb mmg terbukti benar bagi aku.. ok. kisahnya begini.

Kisah pertama:
Actually sejak aku lahir, aku telah tinggal di satu rumah yang agak usang juga. kata ibu, asalnya rumah kami duduk tu rumah tinggal. tuan rumah sudah berpindah ke Johor bahru (Rumah aku duduk tu di satu kampung di batu pahat, Johor). Asalnya ibu kata kawasan rumah tu memang semak samun. tak ada jalan pun untuk masuk kesitu. Disebabkan ibu bapaku orang susah, dia gigihkan juga tinggal disitu dengan bayaran amat murah. sewa dikenakan hanya RM 20 / bulan. Ayah pun start membersihkan rumah tersebut. Akhirnya bersihla semak samun tu. kata ayah, masa mula-mula membersihkan rumah itu, dia menemui seekor kucing Hitam yang sangat misteri. macam penunggu rumah tersebut. tapi selepas itu kucing tu hilang dr rumah tu.. Ok.. itu kisah pasal asal usul rumah yang aku duduki.. kisah mula-mula masuk kerumah itu berlaku sekitar tahun 1982.

Ok.. kisah dimana hantu menyerupai ini berlaku ketika kakakku belum berkahwin. aku xpasti tahun bila kalau tak silap sekitar 7-8 tahun lepas. satu malam tu Ibu tidur lewat malam kerana menonton televisyen di ruang tamu. kemudia dia tergerak nak memandang arah belakang. dia tiba-tiba terkejut kerana melihat akakku menjenguk dari atas dinding bilik umah kami. sebenarnya dinding bilik rumah saya ni xpenuh. ada ruang kosong sedikit di atasnya yang mana boleh la kita nak jenguk ruang tamu dr dalam bilik. ibu nampak kakak menjenguk ruang tamu dr atas dinding bilik. tp ibu pelik sbb akak senyap aje. and pelik jugak sebab akak ni bukan jenis yang suka menjenguk macam tu. tapi tak la pelik sbb itu memang bilik akak sy.. then, keesokkan harinya emak tanya kenapa ko senyap je sambil menjenguk keluar dr atas dinding bilik tgh2 malam?? then akak kata dia dah tidur awal malam itu and xde bagun tengah-tengah malam. so emak sgt terkejut. takkan akak nak tipu pula.. so, sapekah yang menjenguk dari atas dinding rumah tersebut??

Ok.. kisah kedua dari rumah lamaku. Ini berlaku kepada aku sendiri. ketika itu aku masih bersekolah rendah. satu hari aku berada sendirian dirumah. kemudian tiba-tiba aku mendengar ada orang memanggilku. ingtkan ibu yang panggil setelah kembali dari pasar. tapi suara itu sayup-sayup and kedengaran dari bawah rumah. (rumahku rumah kampung yang ada ruang di bahagian bawah). kemudian aku mula menjenguk bawah rumah. tapi xde sesiapa.. and peliklah jika ibu berada di bawah rumah. buat apa je nak masuk bawah rumah tu?? tak lama lepas itu ibu kembali dari kedai.. huhu.. aku mmg pasti hanya aku sahaja berada dirumah ketika itu.. aku pelik sehingga kini kerana tak tahu sapa yang telah memanggil aku tu..

Kisah Kedua
Ok.. kisah kedua berlaku kepada pakcik-pakcikku. Ok. pakcikku ada Hobi yang best, iaitu mendekut burung ayam-ayam. atau sebahagian orang panggil burung wak-wak.. yang warna hitam putih tu. tempat yang best untuk mendekut ialah di sekitar sawah padi kerana disitu banyak burung-burung ini. One day, pakcikku berdua pergi mendekut kat sawah ni (di satu kampung area kawasan muar). diorang cukup happy sebab dapat banyak burung. Orang kata kalau nak tangkap burung ni jgn tamak sbb ada penunggunya. tetapi mmg betul.. sbb, pakcikku terlhat seekor burung yang sangat-sangat besar (sebesar manusia) terbang melalui mereka. then mereka paham la itu tanda amaran.

Ok habis mukhadimahnya.. ok berbalik kepada hantu menyerupai ni. pakcik aku bawak motor. then kawasan sawah padi tu mmg besar nak ke satu tempat mmg bawak motor. then satu kejadian berlaku. Pakcik aku berdua membonceng motor utk ke tempat lain. yang peliknya, pakcik aku yang sedang bawak motor nie pelik sbb sorg lagi pakcik aku yang menumpang ni senyap seribu bahasa.. dia rasa xsedap hati.. then dia pun patah balik kat tempat asal dia mula-mula trn td. then dia ternampak pakcik aku sorg lagi menjerit kata kenapa dia kene tinggal. then bila dia tgok belakang, dah xde sapa dia bonceng kat belakang.. tetibe rasa seram and terus balik rumah. Tapi malam tu mmg habuannya banyak. pakcik aku berjaya tangkap burung ayam-ayam sekitar 30 ekor +. dia guna jaring and alat mendekut (ala-ala seruling la) utk panggil burung dtg.

Kisah lain berkenaan burung..
alang-alang dah cerita pasal burung, aku nak bukak cerita benar yang berlaku kepada kawan aku ni. kecil-kecil dia mmg budak nakal. Orang panggil dia mat Kilat. mata dia besar. kulit hitam legam. sampai sekrang aku ingat muka dia walaupun aku da xtau mana dia tinggal. Hobi dia masa kecik suka melastik burung. aku xtahu la napa dia suka menyiksa burung nie. bila lastik kene burung tu pun sakit jatuh ke tanah. aku xtahu apa dia buat kat burung-burung tu.. tp mmg xpatut la.. ok.. ni satu jugak pengajaran boleh kita ambil. One day.. dia duduk sorang dirumah. masa tu aku ingat sekitar pukul 8 malam. Rumah dia xbegitu jauh dr umah aku, dalam 500 meter je. satu malam tu aku dikejutkan dgn budak ini yang dtg kerumah aku sambil menanges teresak2.. mukanya sgt takut.. so ayah aku tanya, kenapa? dia kata dia terjumpa burung yang sangat-sangat besar dlm rumahnya.. lebih besar dr manusia.. and kelihatan sangat menakutkan.. dia kata dia terus terjun dr tingkap and lari ke rumah aku,.. itulah kisahnya dia yg suke menyiksa burung telah bertemu "hantu Burung" xlama lepas tu dia pindah rumah.. rasanya dia balik ke negeri asalnya kedah. Actually rumah dia tu sgt keras. Hanya dia dan datuknya sahaja mampu bertahan lama duduk di rumah itu. katanya sbb datuknya ada ilmu.. sebelum-sebelum ni dah byk family keluar masuk rumah tu sbb tak tahan.. and dia dan datuknya yang terakhir tinggal disitu, and sehingga kini tiada yang berani tinggal disitu.. tapak umah tu dah jd tanah terbiar sejak bertahun lamanya.. sehingga aku dh dewasa ini..



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketotmerah 17-8-2010 08:09 AM
ermmm hantu raya tak..sebab hantu raya jer suka menyerupai orang atau tuan dia
Quote pinguin 17-8-2010 08:12 AM
ermmm hantu raya tak..sebab hantu raya jer suka menyerupai orang atau tuan dia
ketotmerah Post at 17-8-2010 08:09


tp dalam family aku mana ada orang bela hantu raya huhu.. simpang malaikat44
Quote medangmru 17-8-2010 08:26 AM
boleh tahan seram cerita pinguin....nak2 plak bab kepala jenguk dr atas alang tu...

topik dan bahasa teratur kemas  je..
Quote ketotmerah 17-8-2010 08:30 AM
tp dalam family aku mana ada orang bela hantu raya huhu.. simpang malaikat44
pinguin Post at 17-8-2010 08:12


uikkk jangan silap faham..kdg2 hantu raya ni kalo dah tak bertuan, dia suka merayap..singgah sana sini..boleh menyerupa tuan umah kat umah yang dia singgah..kalau yang bertuan tu, kompem la menyerupai tuan dia..

maaf naa kalau salah faham
Quote pinguin 17-8-2010 08:38 AM
boleh tahan seram cerita pinguin....nak2 plak bab kepala jenguk dr atas alang tu...

topik dan bah ...
medangmru Post at 17-8-2010 08:26


yeke.. tq2.. actualy lama xmengarang panjang2 ni pun main tulis apa yang terlintas difikiran.. sbb td terbaca thread pasal hantu menyerupai kawan tu yang teringat kisah ni...
Quote chicmushroom 17-8-2010 08:57 AM
thumbs up for cara penceritaan yg best...
kalo ada cite lagi,sharela...senang ati baca cite TT yg teratur
walaupun lepas tu seram2 sejuk tgk kiri kanan..hehe
Quote pinguin 17-8-2010 10:12 AM
mekaceh.. huhu bestke rasanya xbestpun pingu karang.. sbb karangan xberapa bagus.. ahaks.. laam da meninggalkan dunia mengarang nie..
Quote arssdili 17-8-2010 10:18 AM
saya pun biasa mengalami perkara tu. da lepas baru perasan. n jin tu memamg senyap n tak pernah bercakap
Quote pinguin 17-8-2010 10:19 AM
actually ada je lagi kisah-kisah seram yang diceritakan dari orang terdekat.. iaitu sedara mara and kawan-kawan rapat. just ceritanya byk versi.. mungkin kalau ada kesempatan pingu akan bukak tread khas untuk menceritakan pelbagai cerita hantu tersebut.. ada macam-macam hantu actually and thread khas tu dijangka akan menceritakan kisah seram dr penceritaan orang terdekat kepada pingu.. hope ada kesempatan untuk mengarang kelak.. hehe
Quote pinguin 17-8-2010 10:20 AM
saya pun biasa mengalami perkara tu. da lepas baru perasan. n jin tu memamg senyap n tak pernah berc ...
arssdili Post at 17-8-2010 10:18


kenapa selalu macam tu ek? ke dia mmg xreti bercakap? atau xpaham bahasa melayu? hehe
Quote arssdili 17-8-2010 10:30 AM
kenapa selalu macam tu ek? ke dia mmg xreti bercakap? atau xpaham bahasa melayu? hehe
pinguin Post at 17-8-2010 10:20



    tu cara jin type tu utk gangu kita. lagi pun ia berkaitan dgn keturunan juga. org dulu kan biasa bela2 ni. kita cucu2 kena tempiasnya
Quote melia_star 17-8-2010 12:28 PM
tu diaa...citer sekali rappp....senangg...tak yah tunggu2...

anyway, congrat penguin....dpt tacang byk tu.......

u citer jer semua kt sini.....tak yah buat tred lain......kira ni tred khas u utk cerita pengalaman2 kisah2 antu u.....porumer lain pun buat lagu neh.....
Quote the_none 17-8-2010 01:00 PM
pinguin, rumah lama tu kat area mana dalam BP? aku pun orang BP, cuma da menetap kat tempat lain.

Jalan parit jalil (Tongkang Pechah-Parit Sulong) tu pun ada orang nampak macam2.
Quote pinguin 17-8-2010 03:39 PM
tu diaa...citer sekali rappp....senangg...tak yah tunggu2...

anyway, congrat penguin....dpt tac ...
melia_star Post at 17-8-2010 12:28


cadangan yang bernas.. karang kene tukar tajuk thread jd "Koleksi cerita-cerita seram encik Pingu" haha boleh? hehee
Quote pinguin 17-8-2010 03:40 PM
pinguin, rumah lama tu kat area mana dalam BP? aku pun orang BP, cuma da menetap kat tempat lain.

...
the_none Post at 17-8-2010 13:00


aku Pt. Semerah.. xjauh dr parit sulong.. ades.. yeke jalan yg ko kate tu tu keras? aku byk kali gak lalu.. huhu..
Quote aiskrimvanilla 17-8-2010 03:49 PM
wahh best lah TT... seram gak la baca pengalamanTT nie, harap2 ada lagi la yek
Quote twins 17-8-2010 03:57 PM
akupun dengar burung 'wak-wak' ni ada 'tuan punya'... tapi kan..kalau takat tangkap 3-4 ekor mana nak cukup sebab dia kurus... lain la kalau makan sorang....
Quote babette 17-8-2010 04:16 PM
wow..benang baru. tahniah pinguin sbb jln cite yg bes & dpt tacang yg byk..
Quote the_none 17-8-2010 05:50 PM
aku Pt. Semerah.. xjauh dr parit sulong.. ades.. yeke jalan yg ko kate tu tu keras? aku byk kali ...
pinguin Post at 17-8-2010 15:40


semerah ni jalan parit sulong nak ke muar tu kan?

kampung aku kat dalam jalan parit jalil tu, mesti ko selalu lalu depan rumah arwah mak aku..hehe..kawan aku bagitau dalam tahun lepas kecoh orang nampak budak pompuan kat pondok tunggu bas depan rumah mak aku tiap2 maghrib. rumah arwah mak aku tepi jalan je, tapi aku dah tak balik situ.

arwah mak aku sendiri pernah terserempak dengan pompuan pakai baju serba putih, selendang putih kat parit abdul rahman kut..waktu senja..sorang2 je pompuan tu duduk kat pondok bas..ni cerita dah lebih 15-20 tahun dulu. mak aku hampir2 nak tumpangkan, tapi ntah tiba2 dia rasa tak sedap hati, terus pecut laju. dulu kawasan tu time2 senja memang sunyi la.

tak lama lepas mak aku nampak, arwah cikgu aku pula terserempak dengan pompuan yang sama masa senja. pompuan tu tengah jalan sorang2 menghala ke tongkang pechah..cikgu ni berbasikal nak balik rumah, so dia pun tegur la pompuan tu..cikgu aku tanya nak kemana? pompuan tu jawab nak balik. tanya rumah kat mana? pompuan tu jawab sebelah balai polis Tongkang Pechah..

bila pasal cikgu ni sampai telinga mak aku, baru mak aku buka mulut..pas tu masing2 terpikir, sebelah balai polis tongkang pechah tu kawasan perkuburan islam. tapi aku tak berani cakap la, memang betul manusia atau benda lain, coz dengar dari mulut orang aje.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.215089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top