CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengaku Curang, Aliff Aziz Tuntut Afifah Mengaku Salah

2-8-2017 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3008| Komen: 0|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Aliff Mengaku Curang, Tuntut Afifah Juga Mengaku Salah PENYANYI Aliff Aziz mengakui dirinya bersikap curang terhadap isterinya, Bella Astillah dengan keluar berdua-duaan dengan aktres baharu, Afifah ...
"Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 
Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah Nasir) sahaja yang tahu."


Ha, akhirnya mengaku juga Aliff Aziz, 26, bersikap curang terhadap isterinya Bella Astillah selepas terkantoi berdua-duaan dengan Nur Afifah Nasir di kelab karaoke.


Foto: mStar Online

Tidak menafikan perkara itu, Aliff meminta maaf kepada mana-mana pihak yang terjejas akibat kontroversi berkenaan.

"Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan," katanya kepada sidang media pada Isnin.


Memetik mStar Online, Aliff turut menggesa pihak Afifah untuk mengaku bersalah.

"Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. 
 
"Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir," ujarnya. 


Foto: IG Afifah Nasir

Tambahnya, dia merayu agar Afifah bersikap profesional meneruskan penggambaran drama mereka yang tertangguh.

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," katanya.

Aliff turut mengambil kesempatan itu untuk menafikan dakwaaan dia memukul isterinya dalam kejadian berkenaan.

"Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. 
Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu 
hanyalah mengasari tanpa sengaja," jelasnya.

Sementara itu, Astro Awani semalam melaporkan Bella Astillah, 23, meminta pihak tertentu agar tidak melabelkan dirinya dengan perkataan meroyan yang disifatkan keterlaluan.


Foto: Astro Awani

"Bagi saya itu sangat kasar dan tidak patut.

"Keluarga saya tahu siapa dan bagaimana perangai saya. Dalam hal ini saya tidak meroyan!" katanya pada sidang media, kelmarin.

Selepas menjelaskan keadaan sebenar pada sidang media kelmarin, pasangan itu dilaporkan kini sudah berdamai.


Foto: IG Aliff Aziz

Harap-harap kontroversi ini akan selesai dengan aman dan damainya lah ya. - CARI
43

Bagus
28

Marah
31

Terkejut
26

Sedih
32

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (204 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.170977 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top