CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPJ Akan Dijenamakan Semula Agar Dilihat Tidak Susahkan Rakyat- KP

18-9-2017 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2903| Komen: 10

Description: Dalam usaha mencantikkan imej Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya dilihat sebagai sebuah jabatan yang tidak menyusahkan rakyat, satu proses penjenamaan semula akan dijalankan.

sumber : internet


Dalam usaha mencantikkan imej Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya dilihat sebagai sebuah jabatan yang tidak menyusahkan rakyat, satu proses penjenamaan semula akan dijalankan.

Memetik laporan Bernama, perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah baharunya Datuk Shaharuddin Khalid pada hari pertama melapor diri bertugas di ibu pejabat JPJ di Putrajaya hari ini.

"Sistem dan prosedur di JPJ jika didapati menyusahkan rakyat, ianya akan disemak semula."

Selain itu, beliau turut berazam untuk meningkatkan tadbir urus jabatan tersebut bagi menjadikannya agensi penguat kuasa jalan raya yang cemerlang dan unggul di ASEAN.

Tegas beliau, visinya untuk meningkatkan prestasi JPJ ke tahap yang lebih tinggi namun ia tidak bermaksud pada masa ini JPJ bermasalah.


"Kami akan jalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugasnya seperti Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan."

Untuk rekod, sebelum ini Shaharuddin merupakan Ketua Penasihat Eksekutif Pejabat Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- CARI
15

Bagus
20

Marah
24

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 18-9-2017 05:56 PM
JPJ ni rasanya tak perlu kot buat roadblock sana sini. Focus on licensing, vehicle registration & examination. Puspakom tu join je dalam JPJ...

Biar je polis trafik dan SPAD yang uruskan hal2 roadblock ni,.


-p/s: license B motorcycle tak payah kot split B2, B full.. Semua moto bagi  kelas B je. Rombak balik syllabus. Rasa macam dah lapuk isyarat lambai2 tangan ni. Keta, lori semua laju2.. Kang tak pasal putus tangan.
Quote Mopiko 18-9-2017 05:56 PM
pada pendapat i. jpj patut jaga dokumen je. undang-undang jalan serah saja pada polis trafik
Quote Mopiko 18-9-2017 06:11 PM
najib888 replied at 18-9-2017 05:56 PM
JPJ ni rasanya tak perlu kot buat roadblock sana sini. Focus on licensing, vehicle registration & ex ...



agreed


Quote zorrro_03 18-9-2017 06:12 PM
Aku cuma nak syorkan kan supaya JPJ  semak dan update borang-borang di kaunter sebab ada sesetengah borang sampai kelabu tahap lembu setelah buat salinan fotokopi beri puluh-puluh kali
Quote Amina_Mirza 18-9-2017 08:28 PM
najib888 replied at 18-9-2017 05:56 PM
JPJ ni rasanya tak perlu kot buat roadblock sana sini. Focus on licensing, vehicle registration & ex ...

Setuju!                  
Quote wirazam 18-9-2017 09:17 PM
najib888 replied at 18-9-2017 05:56 PM
JPJ ni rasanya tak perlu kot buat roadblock sana sini. Focus on licensing, vehicle registration & ex ...

dah mcm redundant dgn SPAD...patut combine je dgn SPAD tu

Quote Decaffeinated 18-9-2017 10:23 PM
tukar number plate mudah tipu plastik tu kepada metal like the rest of the world....

pastu boleh leatk cogankata JDT ka Pulau Mutiara ka kat bawah nombor instead of iklan dealer dgn hp number tu.... buruk hoccay...

Quote pyropura 18-9-2017 10:57 PM
najib888 replied at 18-9-2017 05:56 PM
JPJ ni rasanya tak perlu kot buat roadblock sana sini. Focus on licensing, vehicle registration & ex ...

Yupp setuju, Jpj patut fokus on bab technical dan polisi aje, Spad tu serapkan aje ke Jpj ... kejadah apa kan nak buat separate entity hanya untuk jaga public transport aje ... bab lesen B tu patutnya motor hingga 500 cc pakai satu lesen aje
Quote damian_lee 18-9-2017 11:23 PM
Paling penting kalau mana2 jabatan buat road block jangan reduce lane yach .. itu antara yg menyusahkan ...
Quote najib888 19-9-2017 12:58 PM
damian_lee replied at 18-9-2017 11:23 PM
Paling penting kalau mana2 jabatan buat road block jangan reduce lane yach .. itu antara yg menyusah ...

Yaa.. betul... dulu aku pernah argue dengan sorang anggota JPJ ni.. Berumur dah.. Aku tanya, kenapa buat roadblock kat selekoh, walaupun bukannya selekoh tajam.. main road tu. 300 meter sebelum tu ada jambatan.. Dah la buat roadblock  awal malam (7.45 pm), orang baru balik keje, nak kluar p solat, nak pi makan.. sekat dua lane jadi satu..

Dia kata, kami buat roadblock ikut SOP. Kalau tak puas hati, sila rujuk buku akta pengangkutan jalan 1987. Apa punya jawapan daa...

Kita dok risau kalau2 ada kenderaan tak sempat break, turun jambatan, terus sapu depa..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.061231 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top