CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga China, Li Chunrong Sah Dilantik Sebagai CEO Baharu Proton

29-9-2017 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5950| Komen: 59

Description: Hari ini pihak DRB-Hicom mengumumkan perlantikan rasmi Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

sumber : internet


Hari ini pihak DRB-Hicom mengumumkan perlantikan rasmi Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Memetik laporan Bernama, pelantikan ini susulan tindakan pengunduran Datuk Ahmad Fuaad Kenali dari jawatan tersebut berkuat kuasa 30 September 2017.

Li Chunrong dipilih oleh rakan strategik kereta nasional itu, Zhejiang Geely Holding (Geely) yang memiliki pegangan saham sebanyak 49.9 peratus dalam Proton. 

Beliau akan dibantu oleh Datuk Radzaif Mohamed yang kekal sebagai posisi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (PONSB).

sumber : internet


Dilaporkan Chunrong bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Proton melibatkan penegeluaran, pembuatan, operasi, kualiti, penyelidikan dan pembangunan serta penjualan dan pemasaran.

Sebelum ini, beliau bertugas di Dongfeng-Honda Engine Co Ltd dan menyertai Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, pada Ogos lalu.

Beliau memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam bidang industri automotif dan memiliki pengalaman bekerja dengan jenama antarabangsa lain seperti Kia dan Dongfeng. 

Pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Sri Syed Faisal Akbar berkata pemilihan Chunrong adalah pilihan yang tepat dan dengan kerjasama semua pihak dapat memacu kejayaan buat Proton. 

Sementara itu, pada majlis yang sama DRB-Hicom turut mengumumkan perlantikan Winfried Vahland menyertai Lembaga Pengarah PONSB.

sumber : internet

Warga Jerman itu merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Skoda Auto, anak syarikat milik penuh Kumpulan Volkswagen.

Pengalaman 33 tahun beliau dalam bidang automotif, Vahland pernah menjadi Presiden dan CEO Volkswagen di China pada 2005 selain menjadi Naib Presiden Global Volkswagen AG.- CARI
3

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 29-9-2017 01:06 PM
Cina China lebih dipercayai berbanding Cina local.
Quote bit 29-9-2017 01:07 PM
Yg ada 49.9% jadi bos . Hidup UMNO
Quote hanakikan 29-9-2017 01:22 PM
mba grad uni mana? harvard ke
Quote dodolgemok 29-9-2017 01:23 PM
Anak kecil main jubo, jubo terbakar kena jual dgan umngok. @memeque10 @whitemagic @nobito @dcruins @akusukaq @rashiman @bioessence @lkick2113
Quote dcruins 29-9-2017 01:59 PM
Edited by dcruins at 29-9-2017 02:01 PM

Biar jerrr laaa DRB Hicom Syed Mokhtar & partner China dia tuuuu tentukan siapa CEO, asal kan buat duit dahhh laaaa....

Cina Lokal(lokal taik kucing??) buat perrr?? China pun tak nak, asyik piii sokong Singapore,Hong Kong & Taiwan jerrrr lawan China.....


Quote nerdy69 29-9-2017 02:02 PM
Hahaha..
Quote dcruins 29-9-2017 02:03 PM
Edited by dcruins at 29-9-2017 02:07 PM

Syed Mokhtar & partner China dia menggaji cina Chungkuok pulak daaaa...
Quote lkick2113 29-9-2017 02:16 PM
As long as dia perform OK je... Volvo pun CEO China... Tak meroyan Swedish {:run
Quote -electrifying- 29-9-2017 03:27 PM
Bg je peluang... (ayt sdpkan hati)
Quote sekel 29-9-2017 03:38 PM
yg penting BN menang PRU 14



Quote JoyahSepoting 29-9-2017 03:42 PM
Biarkan ler.. Ok jer asalkan dpt naikkan balik proton.  Hrp2 jadi mcm Kia, daripada sales slow trus up . Tapi borak2 dgn org2 proton dia ckp diorg tgh sakit skrg... xtau la sbb sales atau sbb nk kena tendang.
Quote palmolive 29-9-2017 03:44 PM
masa MAS amik CEO warga Jerman tu ada org bising tak?
lupa dah aku
Quote Bedah.Cun 29-9-2017 03:52 PM
Bersiap sedia untuk jadi bangla yea, uols pekerja2 proton
Quote zach2008 29-9-2017 04:19 PM
Bukan ada isu pun. Cuma tu la... hari2 Melayu sana, melayu sini, melayu sinun... kalau DAPig jd bla... bla... blaa... ketuanan Melayu perlu dijaga.... last2 ramai2 melayu tu semua haprak dan tak layak jadi CEO ploton
Quote gonzalezandres 29-9-2017 11:52 PM
Halo, saya pemberi pinjaman Pinjaman Asing saya memutuskan untuk memberi pinjaman jangka pendek, sederhana dan panjang kepada orang yang jujur walaupun pendapatan bulanan mereka sedang berusaha untuk memenuhi keperluan asas mereka. Kadar faedah ke atas pinjaman adalah 2% daripada keseluruhan syarat pinjaman dan pinjaman adalah sangat mudah. Pinjaman yang diminta akan diperoleh dalam masa beberapa jam selepas penyerahan permohonan. Jika berminat hubungi kami melalui e-mel ini (GONZALEZANDRESLOAN@GMAIL.COM)
Quote OrenTheReturn 30-9-2017 12:10 AM
Janji bukan cina tempatan atau lebih dikenaliii sbg cina dap komuniss....meroyyann satu tanahh malaya!
Quote jalfa 30-9-2017 12:32 AM
X da salahnya cina kalo boleh bagi up proton...ceo mas dulu warga asing x da yg moyan pon..sebab kekosen kan
Quote akusukaq 30-9-2017 11:30 AM
lkick2113 replied at 29-9-2017 02:16 PM
As long as dia perform OK je... Volvo pun CEO China... Tak meroyan Swedish {:run

cina bukit jinjang mali dan cai cai penjilat dapig je yg nak meroyan.yang lain ok je.nak majukam proton tak salah bg peluang pd prc.
Quote cHimo 30-9-2017 11:55 AM
Kejap hentam komunis kejap jilat komunis

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.054961 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top