CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ummu Jah Akui Amal Ajaran Sesat !

2-9-2013 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9321| Komen: 59

Description: Rawang - “Saya Mengakui Sebelum Ini Mengamalkan Ajaran Sesat. Lafaz Sumpah Taubat Secara Rasmi Masih Belum Dilaksanakan Tetapi Kita Bersedia Melakukannya Di Hadapan Pihak Berwajib.
2 September 2013\


Ummu Jah (tengah) dan pengikutnya berjanji untuk meninggalkan Aurad Muhammadiah

RAWANG - “Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.
        
        “Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.
        
  Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah.
       
        Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.
       
        Ummu Jah berkata, tindakan tersebut juga sama seperti memperkecilkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab memantau pergerakan GISB yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat, Aurad Muhammadiah.
       
        Menurutnya, beliau berharap isu ajaran sesat diselesaikan segera tanpa mengaitkan dengan GISB.
       
        “Kita mahu memperbetulkan akidah dahulu dan kemudian memfokuskan kepada perniagaan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan orang awam.
       
        “Isu ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama menunjukkan ia diambil serius oleh pihak berwajib,” katanya.
       
        Katanya, melalui perbincangan bersama Jais sebelum ini tidak wujud isu pengharaman GISB sebaliknya pertemuan hanya bersifat perbincangan isu akidah.
       
        “GISB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kita akan membuat pembentangan aset akaun. Sekiranya ia jelas maka tidak akan wujud pembatalan pendaftaran.
       
        “Perbincangan adalah ke arah membantu mengadakan program atau memberikan penjelasan supaya ahli-ahli GISB patuhi fatwa," katanya.
       
        Katanya, masyarakat perlu memberi peluang kepada ahli GISB yang dianggar seramai 4,000 orang untuk memahami fatwa dan kembali ke pangkal jalan.
       
        Mengulas berkenaan dakwaan bekas ahli GISB apabila anak dan isterinya dikuarantin serta disembunyikan, UmmuJah berkata, beliau dalam proses memfailkan kes itu ke mahkamah.
       
        “Semua syarikat mempunyai polisi, dan dakwaan menyembunyikan itu tidak benar sebaliknya ia bersifat melindungi ahli selain mendisiplinkan mereka,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 2-9-2013 01:27 PM
Kalu ada bidio pengakuan tu lagi gempak abe Tong...
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 01:28 PM
namirulmukminin posted on 2-9-2013 01:27 PM
Kalu ada bidio pengakuan tu lagi gempak abe Tong...

tungguuuu.......
Quote namirulmukminin 2-9-2013 01:31 PM
tongkatwaran75 posted on 2-9-2013 01:28 PM
tungguuuu.......

Ada bidio nanti kasi update tajuk deh...
Quote PostBanhammer 2-9-2013 01:45 PM
Sudah taubat. Bagus lah.
Quote akakmasihvogue 2-9-2013 02:01 PM
glamer jugak dressing up ummu jah nih....bukan dulu dulu wanita arqam bertudung bulat labuh....
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 02:02 PM
namirulmukminin posted on 2-9-2013 01:31 PM
Ada bidio nanti kasi update tajuk deh...



wokey...
Quote snipersnake 2-9-2013 02:05 PM


mana 'simpati' al arqam mcm belalang ngan guys nih

Quote MelahJanda 2-9-2013 02:07 PM
Tak percaya
diorg berlakon ni takut kena tangkap
Quote biosfree 2-9-2013 02:07 PM
.x lama, muncul lgi

Satu lgi....ajaran songsang....parti agama semalaya, itu murshit yg dah uzur patut d humbn dlm penjara....kenapa slow sangat pemimpin umno ni....
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 02:11 PM
MelahJanda posted on 2-9-2013 02:07 PM
Tak percaya
diorg berlakon ni takut kena tangkap

takiyah la nie...?
Quote MelahJanda 2-9-2013 02:17 PM
@tongkatwaran75
Hmmm takiyyah sgt deols ni
Mcm syiah gak
Quote haryatie 2-9-2013 02:18 PM
seram lak tengok mata dia..
Quote lil_honey 2-9-2013 02:20 PM
awat pakai tudung cam terpenyek je tu...

Quote tongkatwaran75 2-9-2013 02:22 PM
MelahJanda posted on 2-9-2013 02:17 PM
@tongkatwaran75
Hmmm takiyyah sgt deols ni
Mcm syiah gak


link @ ko tak menjadi...

Quote MelahJanda 2-9-2013 02:27 PM
Pakai fon susoh nak reply huhu
Quote gaara_X 2-9-2013 02:31 PM
kembali la ke arah yang sebenar...tak rugi pun
Quote batmana 2-9-2013 02:34 PM
apela korang..
ni ucapan hari raya la...
Quote Anak_Nogori 2-9-2013 02:37 PM
namirulmukminin posted on 2-9-2013 01:27 PM
Kalu ada bidio pengakuan tu lagi gempak abe Tong...

yg ummugak dah nagku amal ajaran sesat...yg syiah bila lak?..
Quote namirulmukminin 2-9-2013 02:46 PM
Anak_Nogori posted on 2-9-2013 02:37 PM
yg ummugak dah nagku amal ajaran sesat...yg syiah bila lak?..

Ada lagi "lembu" yang tak paham masej Amman rupanya... Kesian... Ilmu ko mengatasi ilmu ulama' terkemuka Sunni yang turut sama dalam masej Amman tu kot... Gi la belajar samapai habis AN... toksah la nak mencacai tanpa ilmu.. ksian pulok aku tengok ko ni..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.146475 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top