CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batu 'Suci' Pengikut Syiah Dirampas

11-9-2013 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28653| Komen: 403

Description: Ipoh – Sejenis Batu Dikenali Sebagai Batu Karbala Yang Dianggap Suci Oleh Pengikut Ajaran Syiah Antara Barangan Yang Berjaya Dirampas Dalam Satu Serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) Di Bagan Ser ...

Ahmad Nizam (dua, kiri) menunjukkan sehelai kain yang tertulis nama 12 imam yang menjadi pegangan pengikut Syiah selain tujuh batu Karbala yang dirampas, kelmarin.

IPOH – Sejenis batu dikenali sebagai batu Karbala yang dianggap suci oleh pengikut ajaran Syiah antara barangan yang berjaya dirampas dalam satu serbuan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) di Bagan Serai, kelmarin.

Batu sebesar duit siling 50 sen yang dibawa khas dari Iran itu dikatakan digunakan pengikut Syiah terbabit ketika solat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaipk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia merupakan rampasan pertama sejak Jaipk melancarkan beberapa siri serbuan di seluruh negeri sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, batu itu dianggap suci berikutan ia diperbuat dari tanah dari Karbala, Iran dan tidak menolak kemungkinan ia diseludup masuk ke negara ini.

“Kebiasaannya kita hanya menemui risalah, poster dan beberapa buku yang berkait rapat dengan ajaran Syiah tetapi kali ini, kita berjaya menemui tujuh batu Karbala yang tertera kalimah Syiah ini,” katanya ketika sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah Jaipk di sini, semalam.

Jaipk turut merampas sehelai kain sepanjang kira-kira lima meter yang tertulis nama 12 imam yang dijadikan satu dari rukun iman dalam Syiah, buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa sebagai Saidina Hussein serta sehelai baju T Syiah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 11-9-2013 08:15 AM
puok yang mudah sangat diperdaya nie mmg ramai betoi.......depa nie cam geng-geng MLM laa nie....mudah sangat diperdaya ngan janji-janji manis......ahaks!!
Quote Leonarzi 11-9-2013 08:19 AM
Vokura tertangkap sekali ke
Quote jazaa 11-9-2013 08:23 AM
gaara_X posted on 11-9-2013 08:15 AM
puok yang mudah sangat diperdaya nie mmg ramai betoi.......depa nie cam geng-geng MLM laa nie....mud ...

Pelik kan...
Belajar je lah agama betul2......nak ikut2 org tu pehal...
Aku pernah gak di ajak join satu kumpulan yg popular gak kat sini.....
Dia kata syahadah aku tak sah klu tak join dorang, bla....bla...kiranya aku blm islam lg lah.......

Pastu suruh aku bawak laki & anak join sekali,  barulah blh hidup dgn tenang, dlm islam.....selama ni pd dorang, sapa2 tak join group tu,blm lengkap islamnya......

Gerun aku ehhhhh......
Quote batmana 11-9-2013 08:57 AM
jazaa posted on 11-9-2013 08:23 AM
Pelik kan...
Belajar je lah agama betul2......nak ikut2 org tu pehal...
Aku pernah gak di ajak j ...

kalu aku, aku teringin nk join, pstu bawa sgala spy kamera yg aku ada, kt situ pure2 aja, tapi rakam 24 jam.. then dh abis rekod terus wat report..kt segala mak bapak pihak berkuase + internet..



Quote KriZalid 11-9-2013 09:23 AM
Tindakan dah mula diambil, kepada yang dok teriak, pekik sana sini perli sana sini, "cakap syiah sesat tapi apa tindakan pon tak ada". ni jawapannya. sat gi geng totok politik, geng syiah jadijadian, geng takdak agama,
geng ilmu besar taik kuku mula meroyan meracau kat sini.

depa lupa atau tak tau kot. forum ni pon tengah dipantau. lepas tu mulalah persaudaraan, kebebasan, zalim.
aku dok tunggu lagi ni, US nak serang syria ke tak. bleh kita sama2 tengok geng2 ni melompat
bantai sunni kat sini.

Jawapannya tak kan serang.
Quote biosfree 11-9-2013 09:26 AM
Syiah....menjijikkan



PAS suka tu..dpt sokongan dr golongan.syiah ni, siap president lagi...minta nyawa dr syiah....PAS mmg gila kuasa....
Quote snipersnake 11-9-2013 09:28 AM
biosfree posted on 11-9-2013 09:26 AM
Syiah....menjijikkan

Bila presiden PAS mintak nyawa dari syiah?

Quote jofizo 11-9-2013 09:29 AM
kt tmpt aku selain batu letak pi la apa2, kertas ka, dia carik cikit letak kt tmpat sujud.... jadi ada benda...
Quote poyohabis 11-9-2013 09:36 AM
gaara_X posted on 11-9-2013 08:15 AM
puok yang mudah sangat diperdaya nie mmg ramai betoi.......depa nie cam geng-geng MLM laa nie....mud ...

aku rs org sekarang nie mudah terpengaruh coz ada nikah mutaah...boleh nikah sejam jer..lps main cerai...nikah mutaah pon tak payah byr hantaran tinggi2 pon...mas kawin rm10 ke 20 pon dah boleh...

Quote KriZalid 11-9-2013 09:38 AM
biosfree posted on 11-9-2013 09:26 AM
Syiah....menjijikkan

ustaz Azizan pon depa bantai, Pendang tempat PAS, Mat Sabu
bungkuih kat situ.
Quote ad_hoc79 11-9-2013 09:38 AM
perang... perang habis-habisan....
ajaran sesat tenggelam, timbul syiah pulak
gerunnn
Quote KriZalid 11-9-2013 09:43 AM
poyohabis posted on 11-9-2013 09:36 AM
aku rs org sekarang nie mudah terpengaruh coz ada nikah mutaah...boleh nikah sejam jer..lps main c ...

Pastu depa berhujah guna satu ayat ja yg tak mention pon pasai mutaah.
ayat yang berkaitan syarat sah nikah depa kata ayat Mutaah.
banyak lagi didlm Al-Quran yang berkaitan tentang perkahwinan, tanggungjawab,
nafkah, anak2. buang terus. cakap begegar2 takkan tinggal satu ayat pon.
Quote poyohabis 11-9-2013 09:49 AM
KriZalid posted on 11-9-2013 09:43 AM
Pastu depa berhujah guna satu ayat ja yg tak mention pon pasai mutaah.
ayat yang berkaitan syarat ...

tu la pasal...dia org nak benefit jer...tp dengar2 nor kumalasari pon pengikut syiah gak..tak tau ler betul ke tidak..dengar2 jer la

Quote KriZalid 11-9-2013 09:59 AM
poyohabis posted on 11-9-2013 09:49 AM
tu la pasal...dia org nak benefit jer...tp dengar2 nor kumalasari pon pengikut syiah gak..tak tau  ...

sebenarnya mutaah syiah ni adalah kesinambungan kepada amalan seks
bebas golongan Majusi, depa ni yang kuat mencerca dan berdendam dengan
para sahabat R.A, lebih2 lagi Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar.
sebab menakluk Parsi yang dibanggakan oleh mereka.
Quote poyohabis 11-9-2013 10:04 AM
KriZalid posted on 11-9-2013 09:59 AM
sebenarnya mutaah syiah ni adalah kesinambungan kepada amalan seks
bebas golongan Majusi, depa ni ...

betul tu...lgpun pengasas syiah nie adalah 2 org penganut agama yahudi...ala ikutje la sunnah nabi...tak pyh nak pandai2 pulak..pelik aku gan org islam nie...mudah sangat terpengaruh...

Quote Maideen. 11-9-2013 10:09 AM
Kita harus kembali kepada ajaran Isle sebenerrr.....
Quote fatehana 11-9-2013 10:13 AM
lepas satu kes satu kes timbul
mmg ajaran agama mcm ni ibarat penyakit MLM
ramai yg mudah terikut, terpedaya dan tertipu
dah nampak lain tp masih lg akur dan ikut membabi buta
Quote tobby 11-9-2013 10:16 AM
ajaran ayah pin ni.
Quote cecari 11-9-2013 10:17 AM
Maideen. posted on 11-9-2013 10:09 AM
Kita harus kembali kepada ajaran Isle sebenerrr.....

penghasut tersohor telah besuara.

Lihat semua komen(403)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061211 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top