CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Wanita Belasah Peragut Hanya Lakonan Semula

13-11-2013 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9777| Komen: 70

Description: PETALING JAYA: Pasti ramai yang akan kecewa apabila mereka mengetahui bahawa rakaman video yang tersebar memaparkan seorang wanita dengan berani membelasah peragut di depan rumahnya bukanlah fakta seb ...


PETALING JAYA: Pasti ramai yang akan kecewa apabila mereka mengetahui bahawa rakaman video yang tersebar memaparkan seorang wanita dengan berani membelasah peragut di depan rumahnya bukanlah fakta sebaliknya ia adalah lakonan semula.

Video berkenaan dikongsi di laman Facebook, Kempen Mencegah Jenayah di Malaysia, jelas menyatakan video berkenaan adalah satu babak lakonan semula untuk tujuan pendidikan.

Video berkenaan telah dikongsi di Facebook, lebih daripada 4,200 kali, mendapat perhatian pelbagai pihak yang memuji tindakan berani wanita berkenaan mempertahankan dirinya.

Rakaman video berdurasi satu minit itu memaparkan babak seorang wanita berada di tempat letak kereta dihadapan rumahnya, sementara dua lelaki menaiki motosikal dilihat berlegar di luar kawasan rumah ketika mangsa baru sahaja tiba di rumahnya.

Sebaik sahaja wanita berkenaan keluar daripada keretanya, seorang pembonceng motosikal berlari ke arah rumah mangsa sebelum cuba meragut beg tangan mangsa.

Wanita berkenaan dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Mangsa kemudiannya menyepak suspek hingga cedera hingga seorang rakan suspek datang dengan mengacukan sebilah pisau lipat untuk menakutkan mangsa supaya berhenti membelasah rakannya itu.

Rakannya itu kemudian menarik suspek keluar daripada rumah dan mereka gagal merompak wanita berkenaan.

Beberapa pengguna turut memberikan ulasan mereka terhadap rakaman video yang turut dimuat naik di YouTube.

Suraya menulis: "Saya tabik wanita ini dan saya harap dapat bertindak seperti beliau sekiranya saya berada dalam situasi yang serupa!."

Brigadier Jeneral Datuk Azlan Mohd Nor berkata: "Tahniah. Kepada wanita ini: "Saya tahu ia pasti satu mimpi ngeri kepada anda namun tahniah atas aksi berani anda itu. Saya rasa gembira melihat anda selamat. Satu nasihat saya, mereka yang menaiki motosikal mungkin mengekori kita, anda perlu lebih berhati-hati. Tunggu sehingga pintu pagar benar-benar terkunci sebelum anda keluar daripada kereta. Saya doakan anda semua selamat."

Daniel Ludwik pula sangat teruja dengan aksi wanita berkenaan sambil menulis mesej yang ringkas: "Kahwin dengan saya....hahahaha."


7

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adik^manis 13-11-2013 11:47 AM
shoottbrix...lakonan je????...beriya aku ckp hebatla..hape la...
Quote siti_kus 13-11-2013 11:48 AM
hahahaha! klu btl2 xda la berani mcm tu.. plus peragut tu tetak terus dgn parang kot. mintak dijauhkan.
Quote cLiNiQue^HaPPy 13-11-2013 11:49 AM
hampehhhh sehampeh2nyeeeee
igtkan betulllllll
Quote pilot 13-11-2013 11:53 AM
dah agak dah lakonan sebab masa "mangsa" tu tarik "peragut" kat area rumput tu cara pukul macam main2 je...
Quote azrain98 13-11-2013 11:58 AM
bulat2 aku caye hahaahhaah
Quote nurul_akmar 13-11-2013 12:00 PM
aku dah kagum dah..
Quote caplimau 13-11-2013 12:01 PM
cett aku pun tertipu la ni..
Quote NIXAR 13-11-2013 12:02 PM
kagum gak aku tgk awek tu buat ala2 Ong Bak bagi kaki.....rupenye lakonan....
Quote lavacoffee 13-11-2013 12:08 PM
NIXAR posted on 13-11-2013 12:02 PM
kagum gak aku tgk awek tu buat ala2 Ong Bak bagi kaki.....rupenye lakonan....

bukan kita semua pelakon ke melakonkan watak nick masing masing..???



Quote tapibukanaku 13-11-2013 12:10 PM
NIXAR posted on 13-11-2013 12:02 PM
kagum gak aku tgk awek tu buat ala2 Ong Bak bagi kaki.....rupenye lakonan....

pengaruh filem banyak sgt
Quote asher 13-11-2013 12:12 PM
aku dah agak lakonan..psl masa tumbuk tu nmpk semcm jer..
Quote fifie_olin 13-11-2013 12:19 PM
lorr btl la fake....sabor je la....
beriya2 la....ucap tahniah kt pompuan tu....
skali belakon daaa....
Quote mjla 13-11-2013 12:20 PM
Tengok video pun dah tau lakonan jer.

Lain kali jgn kagum tak bertempat.
Quote mizmini 13-11-2013 12:22 PM
masing2 tertipooo rupanya
Quote prettyuglybabe 13-11-2013 12:24 PM
ntah-ntah bukan pompuan pun..
Quote rdzaccess 13-11-2013 12:26 PM
aku tengok di Live Leak .... ramai yang kata 'fake'..
Pintu pagar tidak tutup sepenuhnya sebab penjenayah masih boleh keluat selepas insiden ti ..
Gaya pompuan tu adalah gaya tempur tanpa senjata ..
Kedua dua penjenayah memakai serba hitam di waktu siang ..
Penjenayah tidak mengambil peluang melarikan beg tangan walaupun boleh..
Pompuan tu terus lari ke dalam rumah meninggalkan beg tangan
Quote cikmi 13-11-2013 12:27 PM
dah agak dh..sbb masa dia pukul mamat tu kt tmpt tersorok skit tu, nmpk cam buat2 jer...nmpk tak logik jer cara dia 'pukul' mamat tu
Quote chickenwing 13-11-2013 12:40 PM
tak kira la fake ke hapa....pasni akak2 yg balik umah make sure gate tutup abih dulu. Kalo mampu pakai reverse camera so leh tgk ada penyamun sembunyi kt belakang ke x.....
Quote aQuA_dIaMoNd 13-11-2013 12:48 PM
lakonan ke..baru nak terkagum

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.147256 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top