Setelah genap 42 hari berpantang, kini penyanyi yang popular menerusi lagu Kerana Terluka, Nurul Wahab telah kembali aktif di pentas nyanyian. Menerusi laman sosial penyanyi tersebut, Nurul dilihat telah mula berkongsi beberapa foto terbarunya sewaktu mengadakan persembahan di majlis makan malam, anjuran pusat membeli belah, KL SOGO, malam semalam. Berkongsi lebih lanjut mengenai kemunculan pertamanya itu, Nurul akui setelah hampir empat bulan berehat, dia memerlukan masa yang agak lama untuk mengasah semula skill nyanyiannya. 4 bulan tak menyanyi – naik berkarat jugalah.. Hanya dengan warm up boleh membantu. Nasib baik dulu belajar dengan Cikgu Siti Hajar. Tahu lah juga menggunakan teknik dan bagaimana nak warm up. Kalau tak, habislah aku! Aku banyakkan latihan untuk pernafasan. Haru biru juga jadinya! Hahhaa…
Nurul kembali langsing seperti sediakala (LANGSING KER???) Dalam pada itu, meneliti setiap foto-foto yang dikongsikan, nampaknya Nurul telah kembali langsing seperti sediakala dan perubahan tersebut turut disedari oleh segelintir pengikut laman sosialnya. Namun begitu, Nurul akui buat masa ini dia masih belum mencapai berat badan yang ideal dan berazam untuk menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 10kg dengan bantuan produk kesihatan yang dipilih. Apa pun, untuk semua peminat yang rindukan kemunculan Nurul Wahab, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video serta beberapa foto terbaru penyanyi itu untuk tatapan anda semua. |
caplimau posted on 14-11-2013 03:11 PM
sogo punye evebt bersiap kt toilet je ke??
low class sgt hokey...
hanezzafirah posted on 14-11-2013 03:14 PM
tang mana yg kurusnye mek nurul?? pakai baju itam ngerlip tu tetap nampak lemaks ko
fifie_olin posted on 14-11-2013 03:23 PM
Namun begitu, Nurul akui buat masa ini dia masih belum mencapai berat badan yang ideal dan berazam u ...
peah311 posted on 14-11-2013 03:18 PM
kena usaha lebih mnum produk suami baru voley kurus mcm fasha sandha
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.090999 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.