CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Faizal Ismail Kongsi 12 Perkara Menarik Bersama Hot Fm

18-11-2013 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14188| Komen: 85

Description: Perletakkan Jawatan Faizal Ismail Atau Fbi Sebagai Penyampai Radio Hot Fm Mengundang Pelbagai Reaksi. Ada Yang Terkejut, Tidak Percaya, Kecewa Dan Terkilan. Namun Begitu, Ramai Yang Menghormati Keputu ...
Perletakkan jawatan Faizal Ismail atau FBI sebagai Penyampai Radio Hot FM mengundang pelbagai reaksi. Ada yang terkejut, tidak percaya, kecewa dan terkilan. Namun begitu, ramai yang menghormati keputusan personaliti radio ini kerana percaya keputusan itu dibuat demi masa depannya.  


Jangka masa lapan tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Jadi sudah pasti FBI melalui pelbagai pengalaman sepanjang tempoh tersebut. Malah, GUA juga percaya lelaki ini punya pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan. Hendak tahu apa pengalaman dan pencapaian yang pernah dilakar oleh FBI sepanjang bergelar penyampai radio di Hot FM? Jom semak senarai berikut:-


1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi mempromosikan stesen Hot FM yang masih baru ketika itu.

2. Berpeluang menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermain dam dengannya.

3. Menukar rancangan AMCrew untuk tribute kepada Michael Jackson yang meninggal dunia secara mengejut pada hari terbabit.

4. Tahun pertama memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 2006 merupakan saat paling manis dalam hidupnya kerana ia kemenangan yang tidak dijangka.

5. Pelbagai gimik telah dibuat sepanjang bertugas di HotFM, namun yang paling diingatinya adalah persandingan antara Fara Fauzana dan Ally Iskandar.

6. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar pada hari pertama Hot FM ke udara, Faizal langsung tidak tidur kerana teruja, berdebar dan membuat segala persiapan.

7. Ketika Final Piala Malaysia 2009 yang menyaksikan Kelantan bertemu Negeri Sembilan, Faizal mengambil kesempatan menemuramah Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Buat julung kalinya, suara Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkumandang di Hot FM.

8. Berbesar hati dengan peluang yang diberikan oleh penaja Telekom Malaysia yang memberikan peluang kepada Faizal untuk ke udara secara langsung di seluruh Malaysia dan Bali.

9. Pada tahun 2008, anak kedua Faizal telah meninggal dunia yang memberikan tamparan begitu hebat kepada penyampai radio itu sekeluarga. Dia mengambil cuti hampir sebulan kerana belum bersedia untuk bertugas.

10. Mendapat kejutan nyanyian harijadi daripada artis yang diminati dan dikaguminya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang dirancang oleh Fara Fauzana. Itu memori yang tidak dapat dilupakan kerana Dato’ Siti Nurhaliza merupakan ikon dalam bidang nyanyian.

11. Mengenakan isteri dan anaknya melalui rancangan Panggilan Hangit sehingga membuatkan anaknya menangis kerana gurauan tersebut.

12. Merupakan penyampai radio pertama yang menemuramah Yuna yang pada ketika itu belum memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya tetapnya. Faizal ketika itu memaksa penerbitnya mencari nombor telefon Yuna untuk ditemuramah. Tambah menarik, Yuna turut meminta nasihat Faizal sama ada ingin serius dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.



12

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 16-11-2013 11:58 AM
tetiba video ni mmg mencuit hati aku...sedih jugak...sebak pon yer ahaks'

[youtube]GwlcStF4vws[/youtube]


Last edited by azie.dz on 16-11-2013 12:12 PM

Quote solstice 16-11-2013 12:04 PM
azie.dz posted on 16-11-2013 11:58 AM
tetiba video ni mmg mencuit hati aku...sedih jugak...sebak pon yer ahaks'
This video is currently available
Wah memang sebak
Beriya2 ai klik
Sebak hokeh kuar tulisan tu

Quote azie.dz 16-11-2013 12:06 PM
solstice posted on 16-11-2013 12:04 PM
Wah memang sebak
Beriya2 ai klik
Sebak hokeh kuar tulisan tu

i nangis tgk video tu dlm keta semlm...dah la tgh jem...abis je tgk video tu kat hp...hot fm main kan pulak lagu dr air supply..goodbye...gila ahh sedeyyyyyyyyyyy
Quote solstice 16-11-2013 12:09 PM
azie.dz posted on 16-11-2013 12:06 PM
i nangis tgk video tu dlm keta semlm...dah la tgh jem...abis je tgk video tu kat hp...hot fm main  ...

Masalahnya bideo tu x leh play

Quote azie.dz 16-11-2013 12:10 PM
Good luck la to Faizal Ismail...pernah jumpa face to face masa depa buat siaran pagi kat KLCC...he's nice...

[youtube]J6qxMP3deU8[/youtube]



Last edited by azie.dz on 16-11-2013 12:13 PM

Quote azie.dz 16-11-2013 12:12 PM
solstice posted on 16-11-2013 12:09 PM
Masalahnya bideo tu x leh play

ok dahhhhhhhhhhhhhhh ahaksss
Quote azie.dz 16-11-2013 12:18 PM
Faizal Ismail di pelancaran i-insure

Kuala Lumpur: Pengacara dan bekas juruhebah terkemuka Hot FM, Faizal Ismail turut hadir pada majlis pelancaran i-insure iaitu insurans kemalangan diri berkonsep kad prabayar di ruang legar Giant Shah Alam, petang ini.

Polisi insurans kemalangan dan kematian berkenaan yang disediakan Multi-Purpose Insurans Bhd ditawarkan pada harga amat kompetitif hanya RM50 setahun untuk perlindungan RM50,000.
i-insure dijual dalam bentuk kad gores dengan nombor siri dan pengaktifan perlindungan dilakukan melalui SMS. Ia boleh didapati di kedai myNEWS.com, newsplus dan MAGBIT, layak untuk ahli myNEWS.com dan warga Malaysia berumur antara 18 hingga 65 tahun.

Selain Faizal, majlis pelancaran pada jam 3 petang ini di Giant Shah Alam turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Multi-Purpose Insurans Bhd, Liew Yaw Lian.

credit http://www.hmetro.com.my/
Quote miawpink 16-11-2013 12:26 PM
[youtube]ln952iyiGwI[/youtube]
Quote shuk_one 16-11-2013 12:26 PM
Tiba-tiba aura sedih tu muncul...
Quote miawpink 16-11-2013 12:27 PM
Dia yg buat FF ketawa..dia yg buat FF pening kepala.. Dia yg buat FF jerit "siapa yg kentut ni woi!".. Dia yg buat FF menari badut.. Lastly, dia yg buat FF MENANGIS! #terimaksihfbi

Quote miawpink 16-11-2013 12:28 PM
Ketawa bsama ... Menangis? #terimaksihfbi #mypartnerincrime #myshadow #mytwin #myinspiration #myotherhalfinradioworld #yesiwillmisshimduringonair
[youtube]kO-bR1BIKcc[/youtube]
Quote miawpink 16-11-2013 12:29 PM
......... 2 thn dijalanan 8thn di radio - i love u my abang botak! #kopergiradiolainkojaga #terimakasihfbi


Quote azie.dz 16-11-2013 12:51 PM
miawpink posted on 16-11-2013 12:27 PM

sedih kan miaw...akak nangis semlm dlm keta tgk video ni semua
Quote miawpink 16-11-2013 12:53 PM
azie.dz posted on 16-11-2013 12:51 PM
sedih kan miaw...akak nangis semlm dlm keta tgk video ni semua

sedih
Quote mitnick 16-11-2013 01:09 PM
nmpknya ramai gak anggap fbi mentor...
Quote azie.dz 16-11-2013 01:11 PM
mitnick posted on 16-11-2013 01:09 PM
nmpknya ramai gak anggap fbi mentor...

based on his experience maybe...esp di bidang penyiaran
Quote rina0602 16-11-2013 01:20 PM
benci sgtttt dgn fbi,lepas ni tak dpt lagi nak dgr suara fbi pagi2...hate u!!!!
Quote ratusolo 16-11-2013 01:22 PM
rasa sedih la pulok..    apa2 pong..good luck FBI
Quote amikie 16-11-2013 01:44 PM
selamat maju jaya kepada FBI...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066901 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top