CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami, isteri bela 200 ekor kucing, anjing terbiar

18-10-2012 10:29 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11399| Komen: 155

Description: Suami isteri sanggup dicemuh, bela haiwan terbiar Md Azmi memberi makan kepada kucing yang dijangkiti penyakit barah kulit. ALOR SETAR - Sepasang suami i ...
Suami isteri sanggup dicemuh, bela haiwan terbiar
SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
18 Oktober 2012


Md Azmi memberi makan kepada kucing yang dijangkiti penyakit barah kulit.

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri sanggup tinggal di kabin dan berdepan dengan cemuhan masyarakat semata-mata atas dasar sifat kemanusiaan yang sanggup memelihara kucing dan anjing terbiar.

Pada awalnya, bekas pekerja kontrak, Md Azmi Ismail, 54, hanya memberi makan pada haiwan terbiar di sekitar pusat bandar dan membawa pulang kucing yang sakit untuk dirawat.

Md Azmi berkata, peringkat awal, dia hanya memelihara kira-kira 60 kucing sahaja dan kini bilangan yang dipelihara semakin bertambah bilangannya kepada 200 ekor.

Menurutnya, atas rasa simpati yang sama, dia dan isteri, Halijah Idris, 64, turut memberi rawatan kepada anjing terbiar yang sakit.

“Dahulu kami hanya memberi makan dan merawat anjing yang terbiar sahaja dan tidak bawa pulang kerana tinggal di kawasan perumahan, namun apabila pindah di kawasan tanah lapang di sini, barulah kami membawa pulang anjing yang sakit.

“Terdapat juga haiwan di sini yang dihantar oleh pemiliknya untuk kami pelihara dan beri rawatan terutama bagi haiwan yang sakit,” katanya ketika ditemui di Tanjung Bendahara.

Md Azmi berkata, biarpun terpaksa berdepan dengan cemuhan masyarakat disebabkan memelihara anjing, namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tidak sanggup melihat haiwan berkenaan terbiar tanpa diberi perhatian.

Katanya, tempat tinggalnya yang bersebelahan dengan sungai memudahkan dia dan Halijah untuk menyamak selepas memegang anjing.

Dia berkata, setiap haiwan yang dibawa pulang untuk rawatan, akan dipelihara sehingga haiwan itu mati dan tidak akan dijual walaupun ditawarkan dengan harga tinggi.

“Ramai yang datang berjumpa dan mahu membeli haiwan di sini, apatah lagi apabila mereka melihat anak anjing yang comel namun saya enggan menjualnya.

“Biarpun saya dan isteri terputus bekalan makanan, namun kami akan keluar mencari makanan untuk haiwan yang dipelihara sehingga kami pernah berhutang,” katanya.

Bagi Halijah, minatnya terhadap kucing sejak kecil mendorong dia untuk belajar teknik merawat haiwan dengan cara yang betul.

Menurutnya, walaupun pernah dicakar kucing namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memelihara haiwan berkenaan.

“Setiap hari saya akan masak kira-kira 40 kilogram (kg) beras, manakala 10kg ikan untuk diberi makan kepada haiwan di sini.

“Selain kucing dan anjing, kami juga membantu merawat haiwan lain seperti monyet yang kami temui di sini dalam keadaan sakit,” katanya.

Sementara itu, seorang tokoh agama yang enggan dikenali ketika dihubungi Sinar Harian berkata, memelihara anjing bagi tujuan memburu adalah dibenarkan namun bagi tujuan perhiasan adalah dilarang.

Menurutnya, pemilik perlu memastikan mereka dalam keadaan kering sebelum memegang haiwan itu dan perlu menyamak semula.




3

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
16

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 18-10-2012 10:04 AM
kebersihan kena jaga......mmg bagus sikap abg nie.....cuma tak kena ngan tempat je.....
Quote kaseh80 18-10-2012 10:05 AM
mulianya hati mereka ni
Quote girlspretty 18-10-2012 10:11 AM
kene sedia byk pasir ni .. tiap kali nak solat kene samak...
Quote awiezull 18-10-2012 10:11 AM
sungguh mulia hati suami isteri ne....
Quote duri_durians 18-10-2012 10:17 AM
p a s i r ?  
Quote harimau76 18-10-2012 10:23 AM
yup.. dorang buat menda baik..tak semua org sanngup buat perkara2 camni..
Quote berusjamban 18-10-2012 10:28 AM
gaara_X posted on 18-10-2012 10:04 AM
kebersihan kena jaga......mmg bagus sikap abg nie.....cuma tak kena ngan tempat je.....

apa yg tak kena tempatnya?
sbb rawat anjing kah? anjing juga makhluk allah...
hina ke?

Quote kikuri 18-10-2012 10:31 AM
kadang-kadang bagus buat baik ngan haiwan ni....dari buat baik ngan manusia yang perangai syaithon mengalahkan haiwan  
Quote the_killer 18-10-2012 10:35 AM
ada satu kisah..seorang ustaz telah dtg ke satu pasangan kapel ni di sebuah taman..

ustaz: Assalamualaikum
dua2 : Waalaikumussalam
ustaz: sudah lama disini dan kamu berdua buat apa ni
lelaki: takda apa2 ustaz..saje je.kami dok lepak2 sini
ustaz : boleh saya tanya dua soalan?
lelaki : boleh..apa dia ustaz?
ustaz : kamu berdua sudah berkahwin?
lelaki: belum..kami nak bertunang
ustaz: oo..soalan saya yang kedua ..kamu penah pegang khinzir dan anjing?
lelaki: eh..apa la ustaz ni..namanya ustaz..tp tak tau hukum..kan khinzir dan anjing tu haram..
ustaz : anjing dan khinzir boleh dipegang tetapi hendaklah di samak..tp kamu berdua bukan muhrim ni berpegang mcm mana lak tu?
dua2 : .........
Quote ren0_0 18-10-2012 10:38 AM
berusjamban posted on 18-10-2012 10:28 AM
apa yg tak kena tempatnya?
sbb rawat anjing kah? anjing juga makhluk allah...
hina ke?

mungkin maksudnya najis haiwan2 tu pastikan dibuang. persekitaran kena bersih supaya penyakit tak berjangkit antara kucing/ anjing yang sakit dengan sihat. dan bila terlalu banyak kucing/ anjing, kalau najis tak dibersihkan dengan betul akan timbul bau kurang menyenangkan. tu je
Quote akumod77 18-10-2012 10:38 AM
Boleh sesapa bg nas yg kukuh lg sahih yg mengatakan pegang anjing kena samak... minta pencerahan...
Quote Changa 18-10-2012 10:39 AM
mulia hati pasangan ini, semoga mereka sentiasa di cucuri rahmat.
Quote ren0_0 18-10-2012 10:39 AM
bagus orang tua ni. harap-harap ada lah bantuan untuk rawat kucing/ anjing sakit tu.rawatan utk kucing sakit pun dah cecah ratus ringgit. apalah lagi beratus kucing
Quote gurun_power 18-10-2012 10:54 AM
so kind of them...
Quote obelisk 18-10-2012 10:56 AM
Dari FB Auntie Umairah fan club:

Renungkanlah Wahai Umat Muhammad:

Sewaktu perjalanan Rasulullah dari Madinah ke Mekah pada tahun kemenangan (Ya'um al fath) atas kota Mekah. Baginda melihat seekor ibu anjing berbaring disisi jalan dengan anaknya yang baru lahir.

Anjing itu sedang menyusukan anak-anaknya. Rasulullah khuatir pasukan Islam yang ramai itu akan mengganggu keasyikkan anak anjing itu menyusu atau mungkin akan mencederakannya. Maka Rasullulah telah menyuruh seorang sahabat yang bernama Ju'ayl untuk menjaga anjing itu sehingga habis pasukan Islam melewati anjing itu ~ Ustaz Anuar

----
When Prophet Muhammad(saw) was marching towards Mecca with his 10,000 followers, they came upon a dog who had just given birth to a litter of puppies. Prophet Muhammad(saw) placed a guard, Ju'ayl of Damr'ah R.A, over the dog and her litter of puppies to ensure that they would not be harmed in any way. Incidentally, this is also the event in which Prophet Muhammad(saw) forgave all those who had made war against him and the early Muslims,...
Quote ell768 18-10-2012 11:02 AM
mulianya hati pakcik dgn makcik ni..apa salah nyer yang dirawat elok2 tu then if ada org nak beli n jaga bg jer laaa..
Quote ad_hoc79 18-10-2012 11:12 AM
bagus jugak kalau ada yg sudi bagi sumbangan utk ringankan beban suami isteri ni.ye ar...smpi berhutang nk bg makan kat kucing, anjing, monyet
Quote naj13 18-10-2012 11:13 AM
mulianya hati mereka.. moga Allah murahkan rezeki pasangan ni

anjing juga makhluk ciptaan Allah & berhak dapat layanan yg sewajarnya..
Quote ren0_0 18-10-2012 11:14 AM
lagi bagus kalau sokabar bagi tahu alamat penuh pakcik ni atau no akaun. mana tahu ada insan lain yang menghulurkan derma

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062575 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top