CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Erma Fatimah Bayar Saman 11k Dengan 5 Sen

4-12-2013 10:46 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 45426| Komen: 484

Description: Tambah Rabecca, Sekiranya Erma Berbuat Demikian Kerana Ingin Menimbulkan Kemarahannya, Perkara Itu Tidak Mungkin Akan Berlaku. Sebaliknya, Dia Akan Memulangkan Wang Tersebut Kepada Erma Dan Meminta P ...
Rabecca Terkejut Terima Wang Saman Erma Dalam Bentuk Syiling 5 Sen         


Rabecca telah memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200.

PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen.

Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat  peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran.

"Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.

Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman  pada 23 Julai 2013. Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.


Foto beberapa bungkusan wang 5 sen yang diterima rabecca daripada pihak Erma.

Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Dalam pada itu, Rabecca mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di mahkamah?

"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
         


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellynorman 4-12-2013 12:39 AM
cukup tak 11k..?? kalau cukup maknanya erma dah bayo duit saman.... pandai2 nko la nak tuko kat bank... bising sangat
Quote Fleur81 4-12-2013 12:44 AM
Susah sangat ke..bawak je la duit syiling tu ke kaunter bank terus selesai :lol
Quote alahai 4-12-2013 12:46 AM
oh ada 2 thread yg sama...yg ni awai seminet...
Quote hzln 4-12-2013 12:47 AM
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.


cakap mcm keling mabuk todi
tak marah tapi nak pulangkan balik kat erma, dan nak erma bayar dgn cara lebih elok?
WTF?
Quote Matakilat 4-12-2013 12:48 AM
Org beri quran tu brbesar hati la terima. Bleh juga buat ngaji wahai bekah.
Quote maxim 4-12-2013 12:49 AM
pening aku...rasa cam dah komen td tp ilang lak..rupanya ada 2 thread
Quote Blues 4-12-2013 12:49 AM
sedey kut sbb first time tgk dan terima duit 5 sen banyak sangat takder kelassss gitu
Quote xanderz 4-12-2013 12:54 AM
alahai posted on 4-12-2013 12:46 AM
oh ada 2 thread yg sama...yg ni awai seminet...

hahaha. harap thered saya tidak ditutup momod
Quote orglama 4-12-2013 12:56 AM
duit syiling 5sen hanya laku setakat rm2 jer...bekah boleh kasi balik duit tu n tuntut semula (nak tgk dorg gaduh lagi)... hehehehhe
Quote maxim 4-12-2013 12:56 AM
Matakilat posted on 4-12-2013 12:48 AM
Org beri quran tu brbesar hati la terima. Bleh juga buat ngaji wahai bekah.

kann..ok la tu erma bg quran..bleh wat ngaji

kalau aku, aku bg kain kapan terus.
Quote Matakilat 4-12-2013 12:59 AM
maxim posted on 4-12-2013 12:56 AM
kann..ok la tu erma bg quran..bleh wat ngaji

kalau aku, aku bg kain kapan terus.


Hahahaha. Kain kapan nak diberi nye. Makan dalam.

Saje je si erma tu nak ngusik si bekah ni agaknye. Bekah ko jgn la sentap sgt. Dah menang kes dah pun.  Heheh Last edited by Matakilat on 4-12-2013 01:01 AM

Quote mommymonster82 4-12-2013 01:01 AM
maxim posted on 4-12-2013 12:56 AM
kann..ok la tu erma bg quran..bleh wat ngaji

kalau aku, aku bg kain kapan terus.

Kan..bungkus duit 5 sen tu dlm kain kpan..
Siap batu nisan kapur barus sumer..
Tanah kubur pon bg skit...hihihi
Quote nadieya 4-12-2013 01:02 AM
orglama posted on 4-12-2013 12:56 AM
duit syiling 5sen hanya laku setakat rm2 jer...bekah boleh kasi balik duit tu n tuntut semula (nak t ...

ye ke? alaaa rugi la saya sbb 5sen byk kat rumah ni... nampaknya hari2 la nak kena bertandang ke bank...
Quote maxim 4-12-2013 01:09 AM
orglama posted on 4-12-2013 12:56 AM
duit syiling 5sen hanya laku setakat rm2 jer...bekah boleh kasi balik duit tu n tuntut semula (nak t ...

yang penting die dah bayar melainkan ada dlm clause kata xley bayar guna 5 sen
Quote scrocth 4-12-2013 01:09 AM
maxim posted on 4-12-2013 12:56 AM
kann..ok la tu erma bg quran..bleh wat ngaji

kalau aku, aku bg kain kapan terus.

Ahahaaaa.. bernas gila idea ko. Pakej skali ngn van jenazah lg bagus. Haha
Quote cmf_blingblings 4-12-2013 01:13 AM
berat tu
well, that's yours
Quote maxim 4-12-2013 01:13 AM
rasanya dulu annuar musa pn bayar saman FAM pakai duit syiling..
Quote scrocth 4-12-2013 01:14 AM
Good job Erma. Kalau aku jadi erma nk jer aku srh wartawan tulis ko sapa bekah nk cari gaduh ngn aku? Brp gobok award ko dh gondol banding ngn aku ni? Brp ratus drama ko dh produce nk pertikaikan tindakan aku xbyr lebihan duit yg ko xpatut tuntut pun? Kalau stkt pelakon gred C (tah2 gred F jer kot sbb lgsg xda drama ko yg org igt) tuh pandai2lah bawak diri dlm industri.
Quote azilamie2 4-12-2013 01:16 AM
pe susah, laki ko ramai staff suruhla sorang gi bank tukarkan 5sen tu, janji erma dah bayar

Lihat semua komen(484)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.171304 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top