Tinta Shila Hamzah: ‘Sudah-sudah lah kaitkan Shila’ Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia Tinta Shila.
Shila rasa cukup bersyukur kerana pada saat ini Shila berada di Shanghai dan sibuk dengan aktiviti seni Shila di sini. Walhal di Malaysia ada sedikit ‘kekecohan’ berkenaan hubungan persahabatan Shila dan Johan As’ari. Baiklah, memandang-kan Shila tidak dapat memberikan sebarang kenyataan disebabkan ketiadaan Shila di Malaysia, lebih baik Shila saja yang menulis kenyataan Shila sendiri.
Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza. Shila tidak mahu membuka pekung sesiapa memandangkan ada yang menyifatkan Shila kebudak-budakan kerana memadam gambar Johan di laman Instagram Shila. Hakikatnya, Shila ada sebab tersendiri berbuat demikian. Sejurus selepas Shila mendapat tahu mengenai perkara ini (Johan melamar Lana Nordin) melalui teman baik, Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letak gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang. Lagi pula, sebagai seorang ‘sahabat’, Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila yang lain. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai. Namun begitu, Shila tidak marah atau me-nyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat ‘loudspeaker’ ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesua-tu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak patut untuk seorang yang bernama sahabat melakukan sedemikian. Tambahan pula, Shila meminta kerjasama daripada pihak media khususnya blogger untuk tidak lagi mengait-kan nama Shila untuk apa-apa artikel yang mendatang. Shila cukup kesal dengan mereka yang sering me-ngaitkan Shila dengan isu sekarang dan yang terdahulu. Tak payahlah nak keluar kenyataan bagi ‘amaran’. Amaran itu ada elemen ugutan. Matanglah sikit. Tak bagus. Sudah-sudah la tu. Shila yakin anda faham bukan? Jadi tolong hentikan segala artikel berkaitan mereka bertiga ini kerana Shila tidak lagi mahu nama Shila ada kaitan dengan mereka sama ada dalam kerjaya mahupun peribadi. Shila mahu lebih fokus dalam kerjaya dan teruskan cita-cita Shila untuk terus harumkan nama Malaysia di mana saja Shila pergi. Jadi Shila minta jasa baik kalian semua supaya terus menyokong kerjaya seni Shila dan jangan mudah percaya dengan apa yang dilaporkan di sesetengah laman blog. Shila tahu kebenaran apa yang berlaku, tetapi Shila tidak mahu perkara ini terus menghantui perjalanan hidup Shila. Justeru, saya sudah putuskan biar ia berlalu demi keluarga dan peminat setia Shila. Tambahan lagi, keluarga Shila mempunyai hubungan yang sangat baik dengan keluarga Johan. Jadi untuk menjaga semua, Shila mengambil keputusan untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Shila percaya sudah tiba masanya untuk kita semua berubah untuk menjadi lebih baik. Semua manusia di uji dari pelbagai sudut berbeza, namun hikmahnya tetap sama. Ini kerana Tuhan sayangkan kita dan tidak mahu kita lupa pada-Nya. Shila yakin semua yang terjadi ini boleh dijadikan teladan pada semua sahabat Shila yang membaca catatan ini supaya kita sentiasa berjaga-jaga dan jangan mudah mempercayai orang lain. Okey sudah cukup -untuk cerita itu, Shila -sebenarnya sangat teruja untuk pulang ke Malaysia minggu depan. -Shila -diberikan -peluang oleh pihak Anugerah Industri Muzik (AIM) buat tahun kelima untuk membuat persembahan pada 14 Disember ini. Terima kasih pada pihak AIM kerana sentiasa mempercayai bakat Shila. Mengimbau kembali saat pertama kali membuat persembahan di pentas AIM -sebelum ini. Shila diganding-kan -berlima bersama Ayu Damit, Alyah, Dina Nadzir dan Nikki Palikat. Sungguh gementar -rasanya pada ketika itu. Shila -berasa diri sungguh -kecil berbanding mereka yang mempunyai -suara cukup bagus. Diam -tidak diam, sudah masuk tahun kelima Shila bersama AIM. Lebih mengujakan Shila, Afgan penyanyi dari -Indonesia turut membuat persembahan pada AIM kali ini. Shila cukup me-ngagumi suara dan personalitinya yang cukup berpijak di bumi nyata. Pasti-nya Shila tidak mahu lepaskan peluang untuk bergambar de-ngannya. Baiklah kepada semua pembaca yang Shila hormati, Tinta Shila berhenti di sini. 2013 sudah hampir melabuh-kan tirainya. Diharapkan kita semua dapat kecapi azam pada tahun ini. Insya-Allah sampai bertemu lagi. Salam -sayang dari Shanghai, Wassalam. |
1
Bagus |
5
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
2
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
juliez posted on 4-12-2013 10:26 AM
sumber harian metro.. i baru baca online
why tak update jer dkt thread shila - johan - lana t ...
housequeen posted on 4-12-2013 10:28 AM
Lebih mengujakan Shila, Afgan penyanyi dari -Indonesia turut membuat persembahan pada AIM kali ini. ...
housequeen posted on 4-12-2013 10:28 AM
Lebih mengujakan Shila, Afgan penyanyi dari -Indonesia turut membuat persembahan pada AIM kali ini. ...
piawangdu posted on 4-12-2013 10:43 AM
Apapun aku suka IG shanaz hari ni yg quotes 'tak semua lelaki suka perempuan sexy' dengan caption ci ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.064077 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.