CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Playboy Kini Berhijab

9-12-2013 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35586| Komen: 191

Description: Salah Satu Sebab Felixia Berubah Juga Adalah Kerana Dia Berasa Kecewa Apabila Sesetengah Lelaki Melihat Dirinya Sebagai Tempat Untuk Berseronok. Dia Juga Mengaku Merasa Kosong Dan Dipergunakan Sepanja ...


Tahukah anda, perempuan kelihatan lebih seksi jika mereka tahu menggayakan fesyen dan menutup aurat? No offence ya.


Dan baru-baru ini, Felixia Yeap atau nama sebenarnya Felixia Yeap Chin Yeelain yang terkenal sebagai model Playboy Bunny dilihat mula mengenakan baju yang menutup aurat seperti baju kurung dan tudung.


Hal ini bukan saja mengejutkan para pengguna Twitter dan Facebook, malah Felixia yang sebelum ini pernah bergambar seksi berbikini, kini dilihat jauh lebih cantik dan menawan apabila berhijab.

Menerusi blognya, Felixia Yeap meluahkan cerita sebenar disebalik perubahan dirinya itu. Gadis berbangsa Cina ini bukan saja merasakan perubahan itu membuatkan dirinya berasa sangat selamat, malah dia mengaku bahawa dirinya terasa lebih istimewa dan dilindungi.


Malah, Felixia juga percaya harga dirinya jauh lebih bernilai daripada mempamerkan tubuh badannya itu untuk tatapan umum.
Salah satu sebab Felixia berubah juga adalah kerana dia berasa kecewa apabila sesetengah lelaki melihat dirinya sebagai tempat untuk berseronok. Dia juga mengaku merasa kosong dan dipergunakan sepanjang menjadi model yang seksi.
Untuk pengetahuan, Felixia memakai tudung untuk kali pertama sewaktu dia menghadiri sesi ujibakat iklan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Dia kemudiannya mula tertarik dengan gambar pertamanya bertudung sebelum mengambil keputusan untuk berubah sedikit demi sedikit.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvios 9-12-2013 04:24 PM




Quote perang_sivil 9-12-2013 04:25 PM
Islam telah mencapai kemenangan..
Quote budakmanentah 9-12-2013 04:25 PM
wowww...santeknyehhh!!!
Quote myvios 9-12-2013 04:25 PM
Quote Suchi 9-12-2013 04:27 PM
eh org malaysia ke
sbb dia bergaya mcm tipikal gadis2 melayu islam nih
pakai shawl sama je
Quote AdsMsia 9-12-2013 04:28 PM
macam comel jew
mcm cantek jew

lol
Quote myvios 9-12-2013 04:29 PM


Quote caplimau 9-12-2013 04:29 PM
convert ke sesaje?..
ape2 pun bagus..
secure skt, takde la nt jejans semua pandang ngn penuh nafsu..
Quote lavacoffee 9-12-2013 04:30 PM
kalau semua model berhijab...

apa modal @jonlabu hadap dinding..??

gambar kucing sedang mengawan ke..??







Quote myvios 9-12-2013 04:32 PM
Quote axl_bach 9-12-2013 04:32 PM
expected....asal ada org2 seksi start pakai tudung jer mesti akan ada yg puji cantik laa hapa laaa.......so cliche
Quote shahx 9-12-2013 04:33 PM
hok aloh.....
Quote bukanAlong 9-12-2013 04:34 PM
axl_bach posted on 9-12-2013 04:32 PM
expected....asal ada org2 seksi start pakai tudung jer mesti akan ada yg puji cantik laa hapa laaa.. ...

the thing is dia mmg cantik..buta keeee
Quote shaykays 9-12-2013 04:36 PM
Gambar last tu soooo suwitttttttttttt..
Quote maniack88 9-12-2013 04:36 PM
aku baca blog dia

buat masa ni dia cuma berminat untuk tutup aurat dan masih belum berminat untuk convert

tak pe lah slow2, harap masyarakat tak condemn dia
Quote Jannatul_Aisya 9-12-2013 04:36 PM
Alhamdulillah.. Bertudung dan memakai pakaian longgar mjadikan seseorg wanita itu lebih selamat dan dihormati
Quote jahcomel 9-12-2013 04:37 PM
axl_bach posted on 9-12-2013 04:32 PM
expected....asal ada org2 seksi start pakai tudung jer mesti akan ada yg puji cantik laa hapa laaa.. ...

suci maksum gitu...
Quote BurningTimes 9-12-2013 04:40 PM
Pakai tudung je pun dik, belum lagi masok sorga bidadari firausi seperti anak melayu di turki itu.
Quote asher 9-12-2013 04:41 PM
lawo giler2..

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071616 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top