Maizurah: 'Syukur,saya kembali pada fitrah sebenar' - Hot Topic - CARI Infonet -

CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Search
CARI Infonet Portal Hot Topic View Content

Maizurah: 'Syukur, saya kembali pada fitrah sebenar'

23-10-2012 09:10 AM| Publisher: admin6 | Views: 15531| Comments: 110|Original author: yipun_78

Description: Tadi kaka tengah cari artikel pasal pasukan bola ATM sekali jumpa lak artikel yg ni dia ni masih bini anggota TUDM ke? lama gak x denagr berita MENYAMBUT kunjungannya ke premis kami pagi itu, membu ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



Tadi kaka tengah cari artikel pasal pasukan bola ATM sekali jumpa lak artikel yg ni dia ni masih bini anggota TUDM ke? lama gak x denagr berita

MENYAMBUT kunjungannya ke premis kami pagi itu, membuatkan saya terkesima sendiri. Mana tidaknya, wajah wanita ini tidak banyak berubah. Meskipun sudah memasuki fasa MIDI, pemilik nama Maizurah Hamzah ini tetap seperti dahulu. Yang berbeza hanyalah penampilannya. Pakaian ringkas dan longgar serta tudung yang dikenakan menjadikan keanggunannya terus menyerlah.

Syukur Alhamdulillah, inilah fitrah kita yang sebenar dan saya kini kembali kepadanya, katanya lembut sewaktu memulakan sesi temu bual.

Seiring kematangan, begitu juga tumpuan hidupnya kini.

Maizurah atau mesra disapa Mai yang satu ketika dulu adalah aktres dan penyanyi popular yang berasal dari Singapura, kini lebih gemar membicarakan tentang buku hasil penulisannya sebagai fokus utama perbincangan.

Bagaimanapun bagi ibu kepada empat orang cahaya mata ini, bukan bermakna bidang hiburan telah dilupakan terus. Cuma dia mahu mencari keseimbangan antara pendidikan dan hiburan. Malah katanya, bidang pendidikan dan hiburan memang sukar dipisahkan terutamanya untuk kanak-kanak prasekolah.

Sebenarnya saya telah mula menulis buku kanak-kanak sejak 10 tahun yang lalu. Ketika itu anak sulung saya, Zikry Adif Kurnia berusia lima tahun.

"Memang agak sukar mencari buku bacaan bahasa Inggeris yang sesuai dan menarik untuk anak kecil terutama sekali yang bercorak keagamaan," katanya.

Mai juga berkata, "saya sendiri juga sememangnya gemar membaca dan secara peribadi penggemar buku yang menggunakan ilustrasi menarik dengan warna-warna yang ceria."

Anak saya pula penggemar komik superhero. Saya terfikir mengapa tidak diterapkan elemen superhero tersebut dalam konsep Islam seperti ucapan Bismillah dan zikir yang sudah tentu mempunyai kuasa lebih hebat berbanding superhero Barat, jelasnya.

Sejak idea tersebut timbul, Maizurah mula mengumpul bahan, malah turut bekerjasama dengan penerbit dan ilustrator bagi memastikan impiannya menjadi kenyataan.

Buku ini adalah asas sahaja. Saya mahu anak-anak di negara ini mendapat buku yang bercirikan Islam dengan mesej yang baik disampaikan dalam bahasa Inggeris kerana buku jenis tersebut masih belum banyak di negara ini," katanya.

Maizurah menambah, "saya mahu menambah pilihan ibu bapa yang ingin bahan bacaan yang baik untuk anak mereka."

"Saya sendiri pernah menjadi guru Bahasa Inggeris untuk pelajar darjah satu dan dua. Saya dapati ramai anak-anak kita masih belum berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Anak saya juga dulunya tinggal dengan nenek yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Apabila bersekolah, mereka kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris padahal mereka mengetahuinya. Sebab itulah salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak boleh bertutur bahasa Inggeris ialah menerusi pembacaan, jelasnya lagi.
Maizurah berkata, buku yang ditulisnya boleh digunakan untuk aktiviti drama, kemahiran bertutur terutama di tadika yang berkonsepkan montessori.

Apa yang disentuh dalam buku ini ialah kemahiran asas hidup anak Muslim, kemahiran sosial yang baik, cara pemikiran dan tindakan yang betul. Buku ini terbahagi kepada dua edisi dan setiap satu mengandungi 16 set. Ia lengkap dengan warna dan lukisan yang menarik dengan harga yang berpatutan, katanya yang selesa membesarkan anak-anak dengan caranya sendiri.

Kredit: Sinar Harian
Maizurah: 'Syukur, saya kembali pada fitrah sebenar'

19 Oktober 2012



* Dapatkan laporan lanjut dalam majalah MIDI edisi terbaru di pasaran


Lihat Komen Views: 14004   Comments: 110 Balas Komen
Share: 24

Latest Comment

Quote yipun_78 9-11-2012 07:56 PM
Dia x dok kat TUDM Subang? kan laki dia org TUDM kan? kaka x pernah nampak dia kat Shah Alam

Other Comments

Quote mirwaisahmadzai 23-10-2012 07:41 AM
dia ni comel dan ageless
Quote shanshero 23-10-2012 07:42 AM
dah menjanda ker
Quote fifie_olin 23-10-2012 07:43 AM
mcm amy mastura la....nmpk muda jek...dia ni sweet...cute...dh 4 anak dia ye...menten jek,,,
Quote jepp 23-10-2012 07:44 AM
dia baya  norish ke
Quote yipun_78 23-10-2012 07:44 AM
Tua lagi ler.... baya Amy kot
Quote jepp 23-10-2012 07:50 AM
sbb nmpk  sweet je. mgkn kurang kontroversi
dan  dh pakai tudung kot.nmpk sweet
Quote balqishku 23-10-2012 07:51 AM
nampak muda sokmoo
Quote sokmogitu 23-10-2012 07:55 AM
dia ni ms muda dulu cam intan ladyana gak...berlakon byk jugek, heroin manjang tp tetap sendu
Quote shahirakay 23-10-2012 07:58 AM
antara pelakon feberet mek dulu.
Quote Norisz 23-10-2012 08:02 AM
Alhamdulillah........
Quote mala0n 23-10-2012 08:08 AM
Itu ke gambar fitrah sebenar dia?
Quote manjamama 23-10-2012 08:21 AM
Cantik, aku suka tgk muka dia..
Quote idadzira 23-10-2012 08:45 AM
alhamdulillah...........
Quote kokocrunch 23-10-2012 08:49 AM
makin ayu bila bertudung..
Quote tomet05 23-10-2012 08:51 AM
tahniah dah bertudung ..
Quote lienaalin 23-10-2012 09:10 AM
maizurah ni manis ajer muka dia, natural beauty .. berlakon pun ok... dah pakai tudung lagi bertambah manis.
Quote gorjeous 23-10-2012 09:16 AM
Suka dia dari dulu..
Sweet n sopan..
Quote sepatmasin 23-10-2012 09:23 AM
dia tawen ngan pilot kan
Quote deknon 23-10-2012 09:23 AM
die lahir 1973...baya aishwarya rai daaa
norish tu umor bape..dlm cite julia nmpk tua

View all comments(110)

To comment, please login or
Register as a CARI member NOW!

Register  Login or Facebook Login

Archiver|Mobile|CARI Infonet

3-7-2015 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.145331 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.2

© 2001-2013 Comsenz Inc.

To Top