CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Minyak Masak Terpakai Tidak Boleh Sebabkan Kanser - Pakar

17-12-2013 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9303| Komen: 66

Description: Katanya Berdasarkan Kajian Agensi Penyelidikan Mengenai Kanser (Iarc), Akrolein Tidak Dapat Diklasifikasi Sebagai Karsinogen (Bahan Yang Boleh Menyebabkan Kanser) Kerana Tiada Bukti Kukuh Bahan Itu Be ...


KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kandungan akrolein yang didapati dalam minyak masak terpakai boleh menyebabkan kanser, tidak dapat dibuktikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya berdasarkan kajian Agensi Penyelidikan mengenai Kanser (IARC), akrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) kerana tiada bukti kukuh bahan itu bersifat karsinogenik.


Beliau merujuk kepada laporan akhbar tempatan tiga hari lepas yang menasihatkan orang ramai tidak menggunakan minyak masak kitar semula lebih daripada tiga kali kerana dikhuatiri telah bertukar menjadi racun akrolein yang boleh mengakibatkan kanser.

"Kementerian amat peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna," kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata akrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung, yang dihasilkan daripada perindustrian 'propylene' dan diguna sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria dan moluska serta untuk membuat bahan kimia lain.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, akrolein boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi, katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pendedahan kepada akrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan contohnya asap rokok dan ekzos kereta.

"Akrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata dan rongga hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru," katanya.

Beliau berkata setakat ini, kementerian tidak menetapkan standard bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan minyak masak sebelum perlu dibuang, kerana dipengaruhi pelbagai faktor termasuk jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng.

Bagaimanapun katanya minyak masak yang telah diguna berulang kali perlu dibuang dan diganti jika warnanya menjadi perang pekat, menjadi likat atau pekat, berbau tengik atau menghasilkan asap yang banyak semasa dipanaskan.       

Kementerian katanya menyediakan panduan untuk pengguna membezakan kualiti minyak masak berdasarkan perubahan warna selepas digunakan berulang kali, selain cara pengendalian yang betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak.

Panduan itu boleh didapati melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan iaitu http://fsq.moh.gov.my dan portal MyHealth http://www.myhealth.gov.my. 



6

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 16-12-2013 05:18 PM
Pastu fastfood cam fried chicken n fries...minyak tuka sbulan skali..sigh.nasib baik aku anti fastfood.
Quote magnus 16-12-2013 05:26 PM
Deep fried food kat pasar mlm tak bagus...tgk minyak dah kaler gelap pun guna lg..kena pandai pilih gerai yg elok sikit...gerai goreng pisang pun sama..
Quote Suchi 16-12-2013 05:52 PM
famri7 posted on 16-12-2013 05:18 PM
Pastu fastfood cam fried chicken n fries...minyak tuka sbulan skali..sigh.nasib baik aku anti fastfo ...

saya masak guna sekali je minyak
pehtu terus buang dlm jamban

kalo yg jenis kuat mkn menda2 bergoreng mmg paraklah
tp umah sy ok jehh
sbb tak selalu sgt menggoreng dgn myk berlinang2
suka makan yg kukus,panggang,grill
pastu yg berkuah2 reneh didih
Quote xlupadotcom 16-12-2013 06:31 PM
Oh.. baru tau..tak bahaya rupanya...
Quote PathFinder@60 16-12-2013 06:38 PM
Akhirnya, Terbarai Sudah Segala Sorok Menyorok,
Yang Jadi Isu Sebab Kesehatan Kerana Lemak Boleh Bertakung,
Bukan Ke Bagus Kalau Berterus Terang Dari Awal,
But Nice Info Anyway.
Thanks TT,
Cheers !!

Quote famri7 16-12-2013 07:10 PM
Suchi posted on 16-12-2013 05:52 PM
saya masak guna sekali je minyak
pehtu terus buang dlm jamban


Kan.minyak dah hitam geli tekak aku tgk orang bleh goreng2 lagi..kukus paling aku suka..keep the flavor intact...tapi part kak baling minyak dlm jamban adlah sngt epic..habislah berminyak jamban.goodluck menyental.
Quote axl_bach 16-12-2013 07:13 PM
magnus posted on 16-12-2013 05:26 PM
Deep fried food kat pasar mlm tak bagus...tgk minyak dah kaler gelap pun guna lg..kena pandai pilih  ...

xder maknanya peniaga nak tukar minyak lepas sekali guna der.....dorg pikir cost efektive bukan pikir kesihatan pun.......aku kalo makanan goreng tepi jalan or pasar malam or memana gerai mmg seboleh2 aku akan elak.......

Quote BurningTimes 16-12-2013 07:15 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 08:13 PM
xder maknanya peniaga nak tukar minyak lepas sekali guna der.....dorg pikir cost efektive bukan pi ...

Akak pun tak suka makanan goreng2 macam pisang goreng ke apa tepi jalan dekat longkang, tapi kawan2 suka sangat beli, lepastu terpaksa lah duk makan walaupun tak nak. Dah lah berminyak.

Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 07:28 PM
sekejap kanser sekejap tidak...merapu
Quote axl_bach 16-12-2013 07:35 PM
BurningTimes posted on 16-12-2013 07:15 PM
Akak pun tak suka makanan goreng2 macam pisang goreng ke apa tepi jalan dekat longkang, tapi kawan ...

eh,bleh plak terpaksa makan...kalo aku member beli dorg siap perli lg "alah sazali bkn nak makan makanan goreng2 nih diet"....hahahahah

Quote Suchi 16-12-2013 07:35 PM
famri7 posted on 16-12-2013 07:10 PM
Kan.minyak dah hitam geli tekak aku tgk orang bleh goreng2 lagi..kukus paling aku suka..keep the f ...

tulah kukus paling senang sekali kalo malas sgt nak guna piyuk kukus bagai..cukuplah amik kuali yg non-stick pan ke apa letak sikit air n buh ikan dan juga bahan2 lain mcm sayuran n halia bagai ke apa..pehtu tutup kuali ngan tudung piyuk ke apa..pun boleh
nih kalo malas sgtlah..
weh abis tu aku nak buang kat mana, aku duk apartmen takkan nak buang ikut tingkap plak hamun org bawah kang..
buang kat sinki nnt tersumbat so dlm lobang jamban je yg selamat lepas buang flush lah elok je ilang..
yg penting masa buang tuh jgn biar jatuh tepi jamban tapi biar terus dlm air tidak tu melekat kena sental plak pehtu buang minyak jelah toksahlah ngan sisa2 mknn sekali nak buang hahah yg tu buang dlm tong sampah jelah..tp menyental jamban bukannya lama pun
sap sup sap siap
Quote BurningTimes 16-12-2013 07:39 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 08:35 PM
eh,bleh plak terpaksa makan...kalo aku member beli dorg siap perli lg "alah sazali bkn nak makan m ...

Untungnya dapat kawan macam tu, akak ni orang dah kata nak diet sekalipun, deorang kata "alah makan satu bijik burger bukannya gemuk." apakah?

Quote Dzulqarnain 16-12-2013 07:43 PM
Bias x nih...?
Quote axl_bach 16-12-2013 07:46 PM
BurningTimes posted on 16-12-2013 07:39 PM
Untungnya dapat kawan macam tu, akak ni orang dah kata nak diet sekalipun, deorang kata "alah maka ...

mmg tu typikal melayu laaa.....jenis suka rendah2kan moral org lain yg berniat utk berubah menjadi lebih baik......aku dulu masa memula start join fitness nih ramai yg cakap bleh ker tahan, silap2 3-4 kali masuk gym dah give-up....n now after lebih setahun hasilnya dorg dh nampak,bleh plak dorg cakap nih b4 kawin, nnt kawein tgk ler boroi gak laaa.......n aku amik tu sebagai cabaran sbb pada aku kalo org lain yg berkawin cnthnya Kevin Zahri pun bleh menten why aku x leh plak.....hahahahahah

Quote magnus 16-12-2013 08:04 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 07:46 PM
mmg tu typikal melayu laaa.....jenis suka rendah2kan moral org lain yg berniat utk berubah menjadi ...

Bagus ke gym...kardio kena buat jugak... jogging  30 minutes persession seminggu 4 kali pun dah ok and mlm jgn mkn heavy langsung..
Quote axl_bach 16-12-2013 08:09 PM
magnus posted on 16-12-2013 08:04 PM
Bagus ke gym...kardio kena buat jugak... jogging  30 minutes persession seminggu 4 kali pun dah ok ...

tentu laa cardio pun aku wat.....aku sulam gym-cardio-gym-cardio-gym-cardio camtu ler pattern rutin aku.....malam protein jer aku amik.....mmg x layan laa nasi ker hape ker.......

Quote magnus 16-12-2013 08:11 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 08:09 PM
tentu laa cardio pun aku wat.....aku sulam gym-cardio-gym-cardio-gym-cardio camtu ler pattern ruti ...

Bagusnya..semoga sihat dan hemsem ok..:-)
Quote axl_bach 16-12-2013 08:17 PM
magnus posted on 16-12-2013 08:11 PM
Bagusnya..semoga sihat dan hemsem ok..:-)

diet n disiplin kunci kejayaan.........ko pun sama bro

Quote True-X 16-12-2013 08:20 PM
Kl x bahaya..boleh guna byk kali... gitu ke?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060885 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top