CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kambing Bertanduk Empat

26-12-2013 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7154| Komen: 29

Description: Kuala Pilah: “Selama 30 Tahun Menternak Kambing Dan Lembu Ini Kali Pertama Saya Menemui Kambing Biri-Biri Jantan Bertanduk Empat,” Kata Penternak, K Lachmanan, 52, Dari Kampung Masjid Tua, Air Mawan ...
Kuala Pilah: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam.
Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk.

“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.

Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.
BIRI-biri unik dan aneh yang mempunyai empat tanduk kepunyaan Lachmanan.


“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.

“Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.

“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.

Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut.

“Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahx 25-12-2013 08:23 AM
rare ni...
Quote Nash^Roy 25-12-2013 08:26 AM
Kambing lain mesti ckp - dah akhir zaman camni la
Quote mak_wa95 25-12-2013 08:31 AM
sampai 4 tanduk????
sedap nak menanduk kambing lain
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 08:40 AM
mestilah faktor genetik Dr. takkan sebab faktor photoshop pulak
Quote sekngucing 25-12-2013 08:59 AM
kena bunuh kambing ni
ia adalah jelmaan Baphomet
Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 10:07 AM
Baphomet tanduk dua jer lah kucen

Quote noor2 25-12-2013 10:07 AM
ala..shomelnya muka kambing ni bergambar
Quote ultra78 25-12-2013 10:27 AM
“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.


Penternaknya masih bujang

Quote Kassim_Patalon 25-12-2013 10:33 AM
bujang tu jangan dia sekngambing udohler
Quote ultra78 25-12-2013 10:40 AM
Mesti biri-biri ini dilahirkan di kandang bukan? Adakah En K Lachmanan menjadi doula menyambut anak biri-biri ini semasa ia dilahirkan? Potong tali pusat tak? Lotus birthing?
Quote Artemesiaa 25-12-2013 10:48 AM
Bukan le aneh sangat ada je kejadian cam ni ditempat lain
Quote pakwetizzaqyah 25-12-2013 11:05 AM
tak lama lg bukak kuil la kat kandang kambing tu..nasib baik bukan kat melaka..lol @namirulmukminin
Quote yayah8989 25-12-2013 11:38 AM
comel gak ni
Quote azharuchan 25-12-2013 12:07 PM
tiba2 teringat naga laut berkepala tujuh...
Quote shi_jewel 25-12-2013 12:52 PM
macam comel je rupa kambing tu....cantik tanduk dia
Quote BurningTimes 25-12-2013 03:12 PM
Tuhan Pan dan Tuhan Baphomet bergabung dan menjelma sebagai kambing tanduk empat?
Quote ChildrenOfBodom 25-12-2013 04:03 PM
memang ada spesies kambing biri2 yg ada 4 tanduk, jangan jakun sgt..

jacob sheep
Quote noor2 25-12-2013 04:04 PM
ChildrenOfBodom posted on 25-12-2013 04:03 PM
memang ada spesies kambing biri2 yg ada 4 tanduk, jangan jakun sgt..

jacob sheep

shomel ja muka dia senyum...

Quote ChildrenOfBodom 25-12-2013 04:11 PM
noor2 posted on 25-12-2013 04:04 PM
shomel ja muka dia senyum...

comery ka cengey?
kadang dia cengey makan org



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.057683 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top