Kondo Batu Caves: Saya pun tak terlibat, kata Kohilan
Senator A Kohilan Pillay menjelaskan, beliau sama sekali tidak terlibat dengan kelulusan projek kondominium kontroversi 29 tingkat di Batu Caves walaupun bertindak sebagai ahli majlis berkaitan ketika keputusan itu dibuat. Menafikan dakwaan Exco Selangor Ronnie Liu, pengerusi Gerakan Selangor itu berkata, kelulusan terhadap projek yang dipertikaikan itu dikeluarkan oleh Bahagian Unit Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Selayang (MPS). ![]() "Tidak ada tanda (saya) beri persetujuan. Saya sudah periksa fail, saya tidak terlibat memberi kelulusan," katanya yang juga timbalan menteri luar negeri. Berdasarkan portal MPS, OSC berfungsi menerima permohonan kelulusan pelan bangunan, pelan kerja tanah dan kebenaran merancang untuk kelulusan MPS. Kohilan berkhidmat sebagai ahli majlis selama 11 tahun daripada 1997 hingga 2008. 'Apa peranan ahli majlis era Pakatan?' Liu pada 24 Oktober dilapor mendakwa Kohilan dan ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan antara individu yang bertanggungjawab meluluskan cadangan projek itu. Kamalanathan juga kelmarin menafikan dakwaan sama dan membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala Kohilan pula membuat laporannya di Balai Polis Batu Caves petang semalam. ![]() Justeru, beliau menyifatkan dakwaan Liu sebagai “tiada fakta” dan hanya “tuduhan membuta tuli”. “Tengok siapa yang buat (beri kelulusan). Jangan main agak-agak sahaja. Ini ada agenda politik," katanya lagi. Sementara itu, sekalipun mengakui kelulusan itu dibuat sewaktu BN memerintah Selangor, Kohilan mempersoal peranan ahli majlis baru pada era Pakatan. "Apakah mereka (kerajaan Pakatan) tidak memantau langsung atau tak tahu mengenai perkara ini... Apa peranan ahli majlis selepas itu (kerajaan Pakatan memerintah)," soalnya.
|
"Saya hanya ahli majlis, bukan saya yang memberi kelulusan. OSC dalam majlis yang beri kelulusan, saya tidak terlibat. Kalau dia (Ronnie) nak cakap, dengan faktalah... Banyak fakta diputar belit.
"Apakah mereka (kerajaan Pakatan) tidak memantau langsung atau tak tahu mengenai perkara ini...
Apa peranan ahli majlis selepas itu
(kerajaan Pakatan memerintah)," soalnya.
Equalizer posted on 31-10-2012 04:30 PM
ada kelucuan dlm kenyataan Kohilan disini...
dia kata dia hanya ahli majlis, dia tak terlibat...
...
Equalizer posted on 31-10-2012 04:30 PM
ada kelucuan dlm kenyataan Kohilan disini...
dia kata dia hanya ahli majlis, dia tak terlibat...
...
ADVERTISEMENT