CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Gf Remy Ishak?

30-12-2013 05:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17931| Komen: 36

Description: Katanya, Dia Suruh Diva Risik Pula Hubungan Aktor Pujaan Ramai Remy Ishak Dengan Seorang Wanita Cantik. Ikut Nama Wanita Berkenaan Menerusi Instagram, Ada Tertulis Nama Budicitawan. Jadi Diva Anggap N ...


REMY (tengah) bersama Budicitawan (kanan) bergambar bersama pengantin lelaki yang dipercayai kawan baik mereka.


DALAM sibuk-sibuk dengan kes skandal Adi Putra yang sudah ditutup, Diva pun apa lagi, layanlah gambar-gambar perkahwinan mewah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Perkahwinan pereka fesyen Jovian Mandagie dengan seorang anak menteri pun boleh tahan juga. Dalam tengah asyik, Diva teringatkan cerita panas yang disampaikan seorang kenalan.

Katanya, dia suruh Diva risik pula hubungan aktor pujaan ramai Remy Ishak dengan seorang wanita cantik. Ikut nama wanita berkenaan menerusi Instagram, ada tertulis nama Budicitawan. Jadi Diva anggap namanya sebagai Budicitawan. Risik-risik, wanita itu sebenarnya anak pelakon senior, Wan Hanafi Su.

Katanya, dia agak pelik apabila melihat gambar-gambar macam 'pasangan' yang dimuat naik oleh Remy dan Budicitawan ke dalam Instagram masing-masing. Macam ada sesuatu katanya.

Remy siap berbaju Melayu dan Budicitawan pula bersopan sekali semasa sama-sama meraikan seorang kenalan mereka yang bernikah baru-baru ini. Tengok dalam gambar, macam Remy dan Budicitawan memang berpakat dan hadir sebagai pasangan siap bergambar sebelah-menyebelah lagi dengan pengantin, kira macam pasanganlah. Macam serasi, macam ngam, macam-macam ada apa-apa sahaja!

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazurah 29-12-2013 08:23 AM
Katanya mmg dorg berkapel...
Quote md_nana 29-12-2013 09:29 AM
Byk sgt yg di kaitkan ngn rely ishak.
Quote bianglala 29-12-2013 09:37 AM
okay jugak kalau diorang couple. tapi remy mesti menyampah dengan berita ni. dah muak katanya, wartawan asyik nak highlight kisah peribadi dia je.
Quote Aneem 29-12-2013 09:56 AM
Repotz melesia mmg suka cite2 tak berIQ gini..
Kalau tak miss soru la mereka..
Quote jasmeen 29-12-2013 10:18 AM
Budicitawan carikla org yg berpelajaran..Sesuai dgn perawakan dia...
Quote yayah8989 29-12-2013 11:02 AM
nnti dh kompom tarikh nikah, gtau le ek
Quote lotionmilo 29-12-2013 11:25 AM
alaaa remyyyy
Quote pakwetizzaqyah 29-12-2013 12:06 PM
budicitawan?? orang sitiawan ke?
Quote shaykays 29-12-2013 12:10 PM
Cantik muka budak Budi ni..
Muka cerdik..
Quote guesswho09 29-12-2013 12:19 PM
nama mcm lelaki.. nama betul dia kah?
Quote duyong95 29-12-2013 12:52 PM
ala.....staff opis aku ni. anaknya wan su hanapi.  next..
Quote Zaida311 29-12-2013 03:11 PM
Remy ni ramai perempuan yg dia keluar.. Budi salah seorangnye.. Maya, Fazura, Jue Aziz, Fifi, Ezati nk letak mn? :lol
Quote Xizhuren 29-12-2013 03:14 PM
lawaaa rupanyer anak wan hanafi su nieh...........
Quote HannahMontana 29-12-2013 03:42 PM
Remy mmg akan pilih yg cantik dan sekolah.
Quote GorgeousRai 29-12-2013 04:09 PM
Pulak dah? yang mana satu ni Remy nak?
Quote tomet05 29-12-2013 05:46 PM
semoga jodohnya ada ya bung ..
Quote Dadadi 29-12-2013 07:53 PM
Budicitawan?
Aku ingat nama tu sesaje nk perli rozita che wan..
Rupe ye betul nama dia...
Quote Zaida311 29-12-2013 08:10 PM
GorgeousRai posted on 29-12-2013 04:09 PM
Pulak dah? yang mana satu ni Remy nak?


Ada yg bercakap, budi ni berkenalan rapat dgn keluarga ex remy, ummi nazeera.. Last edited by Zaida311 on 29-12-2013 10:20 PM

Quote im_cyclist 30-12-2013 09:22 PM
Wahhhh....hensemnye remy. Tetiber..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.095782 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top