CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Majid bernazar lagi

2-1-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6007| Komen: 45

Description: Abdul Majid Abdul Hamid, 57, Atau Lebih Dikenali Pak Majid Berkata, Dia Terbuka Hati Bernazar Kali Kedua Sebagai Penghargaan Kepada Pasukan Tok Gajah Yang Bakal Bertemu Pasukan Kelab Dari Singapura, L ...


SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini berjalan kaki sebagai nazar kejayaan Pahang memenangi Piala Malaysia 2013 beriltizam mengerahkan tenaga sekali lagi dengan berjalan dari bandar Kuala Lipis ke Kuantan mulai semalam.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57, atau lebih dikenali Pak Majid berkata, dia terbuka hati bernazar kali kedua sebagai penghargaan kepada pasukan Tok Gajah yang bakal bertemu pasukan kelab dari Singapura, Lions XII untuk perlawanan Piala Sumbangsih 17 Januari depan.

Menurutnya, dia akan berjalan kaki selama 17 hari (tiba semasa hari perlawanan) bermula dari bandar ini mulai semalam dan singgah bermalam di Benta, Raub, Bentong, Temerloh, Maran sebelum tiba di bandar Kuantan sejauh 380 kilometer.

“Kali ini saya minta lebih ramai peminat setia Tok Gajah dan belia di negeri ini untuk turut serta berjalan kaki sehingga tiba di bandar Kuantan,” katanya.

Majlis pelepasan berjalan kaki Pak Majid disempurnakan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di perkarangan Wisma Umno Lipis kira-kira jam 10 pagi.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Lipis, Mohd Farid Mohd Noor; Setiausaha Umno Bahagian Lipis, Ishak Mohamad dan Setiausaha Kerja Umno Lipis, Amir Marwan Mohd Kassim.

Pak Majid berkata, hasrat bernazar kali kedua kerana terlampau cintakan skuad Tok Gajah sekali gus memberi perangsang kepada pemain dan peminat untuk menobatkan kemenangan Pahang menggondol Piala Sumbangsih nanti.

Menurutnya, sokongan Alex dan peminat Tok Gajah juga menyuntik semangatnya untuk memulakan perjalanan ke Kuantan dengan hanya berbelanja sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Katanya, pembabitan ramai belia berjalan kaki bersama-samanya bukan sahaja untuk meraikan skuad Tok Gajah, malahan menyahut aspirasi Program Malaysia Cergas yang menitikberatkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri ini.

4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Psychedelia 2-1-2014 01:46 PM
Sekali cukup la pakcik...
Quote miawpink 2-1-2014 01:48 PM
x tau nk cakap ape doh...
kalo oak larak nak jalan kaki tu..
g la ye....

takut reboh tengah jalan je...
Quote miawpink 2-1-2014 01:48 PM
# Pakcik Abd Majid memulakan perjalanan dr Kuala lipis ke Stadium Darul Makmur..

Quote lady_rara 2-1-2014 01:56 PM
gigih pacit ni... semoga selamat semuanya...
Quote chaintea 2-1-2014 01:58 PM
Apa2 la pokcik..
Quote batmana 2-1-2014 02:02 PM
ade ke wat prepare? dh check doktor dlu?
pada aku peminat2 yg support dia ni, umpama 'bunuh dia' senyap2..

takat sorak gitu, sorang pn takde bwa dia check doktor dlu..baik takyah..
Quote haryatie 2-1-2014 02:07 PM
giler glamour apa..
suda suda le tu..
bernazar le kpd perkara yg mendatang pahala bagus jugak..
Quote solstice 2-1-2014 02:18 PM
Pocit ni dah mula rasa syok dapat publisiti kerr
Quote yenil95 2-1-2014 02:19 PM
berzikir ye pokcik sepanjang jalan tu...
Quote farahfatihah 2-1-2014 02:22 PM
time jalan nnti ambulans standby x?
Quote miawpink 2-1-2014 02:24 PM
patut pak majid ni jadi duta yang jalan kaki jacobs ke
ala yang fara fauzana selalu join tu

Quote boyagombak 2-1-2014 02:32 PM
Kucim Tomey x joint ka, kata die hard fan pasukan Tok Gajah
Quote tupaiterbang 2-1-2014 02:54 PM

kome doa ke aok jangan mampeh tengoh jalan ye pokcik.........


Quote PulutDereyan 2-1-2014 02:55 PM
takat bola pun pacik.. kalu nazar dpt g haji nk jalan kaki ker..
sonok gak le aku dgr..
Quote poyohabis 2-1-2014 02:59 PM
Aku sokong yg mula2 dl jer skrg ni aku rs blh pd publisiti jer... Patutnya pokcik ni banyakkan duk masjid buat amal ibadat...lg bgs
Quote si_wawa 2-1-2014 03:05 PM
Nazar ni perkara ibadah sunat je kan?? Macam puasa sekian-sekian hari, buat kenduri, solat berapa rakaat, kira ibadah la... Macam mana benda harus pulak jadi nazar-----
Kalau jalan ke Mekah ke....mungkin ada point buat ustad nak mengulas...kan?
Quote amyainsamad 2-1-2014 03:24 PM
ikut aok la pokcik...
Quote prettyuglybabe 2-1-2014 03:30 PM
sekali je cukup la pakcik. dua tiga kali macam attention seeker pulak
Quote MelahJanda 2-1-2014 03:33 PM
umno lipis tu cubala fokus tang mende2 lain yg lebih membangunkan daerah
pasal infrastruktur yg dhaif ke, contoh jalanraya lebih baik, jambatan, kes2 banjir, org miskin, investment
ni mende2 merepek tak ketentuan hala ni jugak yg korang suka
mmg tahap darjah 3 laaaa iq diorg ni

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.062944 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top