CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Milo Dan Indocafe Untuk Beli Lampin Anak

3-1-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9108| Komen: 57

Description: Terdahulu, Mohd Nor Dalam Rayuannya Memohon Mahkamah Meringankan Hukuman Terhadapnya Atas Alasan Perlu Menanggung Isteri Yang Kini Sarat Mengandung Anak Kedua Dan Anak Sulung Berusia 5 Tahun.
                                                                            
Mohd Noor dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri dua peket Milo dan dua botol Indocafe bernilai RM100.98 dari sebuah pasar raya.                                                                                                                                   

                        
KUALA TERENGGANU - Menggunakan alasan terdesak mendapatkan wang untuk membeli lampin pakai buang anak, seorang buruh mengaku mencuri dua peket Milo dan dua botol Indocafe bernilai RM100.98.
       
Walau apa jua alasan diberikan, Mohd Noor Mohamad, 38, dari Kota Bharu, Kelantan, tetap menerima pembalasan atas perbuatannya itu apabila dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
       
Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Mohd Noor mengaku bersalah mencuri dua peket Milo yang setiap satu seberat dua kilogram dan dua botol Indocafe seberat 200 gram setiap satu di Pasaraya Hock Keng Seng, Gong Badak, di sini.
       
Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu, kira-kira jam 1.05 petang, 29 Disember lalu.
       
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nurliyana R Azmi, manakala Mohd  Noor diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul  Raudah Dzulaikha Mohamad.
       
Terdahulu, Mohd Nor dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan perlu menanggung isteri yang kini sarat mengandung anak kedua dan anak sulung berusia 5 tahun.
       
Berdasarkan fakta kes, tindakan mencurigakan Mohd Noor membawa barangan terbabit keluar dari pasar raya disedari seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas sebelum segera menahannya.
       
Hasil pemeriksaan, Mohd Noor yang mempunyai rekod jenayah  lampau berkaitan pecah rumah dan curi mengaku tidak membuat sebarang pembayaran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

7

Bagus
10

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qish8484 3-1-2014 09:50 AM
ohhh penah ada kes sebelum nie hurmm
Quote AthirahRahmat 3-1-2014 09:52 AM
Kesan kenaikan harga barang : curi milo dan indocafe untuk beli lampin anak? WHAT the heck, harga naik bukan alasan nak MENCURI kot. haihhhhhs.
Quote awan_kelabu 3-1-2014 09:53 AM
yg pecah rumah dulu tu pun sebab kenaikan harga barang jugak ke
Quote poyohabis 3-1-2014 09:54 AM
Sian disebabkan segala brg naik terpakse mencuri sikit lak tu... Pak menteri cuti juta2 si lembu ti songlap ratusan kita diam mcm tu jer x de tindakan pon...
Quote apam 3-1-2014 10:07 AM
kesian ke abe nih
Quote BotakChinPeng 3-1-2014 10:09 AM
indonCafe pun dia suka. Sialan punya pencuri. Padan muka kena tangkap
Quote the_killer 3-1-2014 10:09 AM
bila kos semakin meningkat..secara tak langsung jenayah akan berleluasa
Quote haryatie 3-1-2014 10:09 AM
da pernah ada kes...
x boleh nak kesian..sendiri yg malas keje, cari duit halal
Quote little_sis 3-1-2014 10:11 AM
betul ke nihhh nk bli pampers anak..
Quote PostBanhammer 3-1-2014 11:20 AM
Buat la satar pastu jual kat tepi jalan.. Sodap weh satar...
Quote annehuda 3-1-2014 11:45 AM
2 paket milo ngan 2 botol indocafe dah RM100.98. purata satu barang tu rege RM25. boleh tahan mahal jugak ek?
Quote missyqaldina 3-1-2014 11:49 AM
ape kene mengena curi milo ngn indo cafe ni nak beli lampin??
die jual balik ke brg tu??
Quote gujiwa 3-1-2014 11:49 AM
Indo cafe 200 gram dah rm12 rasanya.. milo kalau yg beso 2 kg tuh baru lebih rm35...
Quote Artemesiaa 3-1-2014 12:44 PM
Alasan je tu dah le dulu dah pernah ada kes.  Kalau betul tak mampu ngapa gigih nak guna lampin pakai buang bagai.  Guna le lampir kain cam dolu kala lagi menjimatkan.
Quote lady_rara 3-1-2014 12:46 PM
keperluan hidup semakin mendesak.. usaha meningkatkan taraf hidup kena berlipat ganda.. abam ni jangan la usaha untuk merampok lak.. cari kerja yang halal abam.. jangan mencuri.. jadi darah daging anak tu nanti...
Quote owna 3-1-2014 12:48 PM
byk lg cara lain.. buat keje part time ke.. hmmmm.. mencuri pastu bg anak guna.. kn haram tu..
Quote shiro82 3-1-2014 12:48 PM
mmg harga keperluan tgh naik...tp bukan alasan untuk kau mencuri....g la mintak bantuan zakat mcm bantuan lori/van  zakat ke...kurang2 boleh gak ko meniaga.
Quote prettyuglybabe 3-1-2014 01:11 PM
apasal dia tak curi diapers terus?
Quote Babai 3-1-2014 01:13 PM
Ini alasan pencuri anak gampunk tu je. Orang miskin pakai lampin kain murah2 je. Mana pulak kena mencuri.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063728 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top