CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Nurul Izzah ambil tindakan mahkamah terhadap Utusan, BH

7-11-2012 10:29 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10352| Komen: 257

Description: Ahmad Fadli KC 6:45PM Nov 6 2012 Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harianberhubung isu kebebasan beragama. Katanya . ...


Ahmad Fadli KC

6:45PM Nov 6 2012

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harianberhubung isu kebebasan beragama.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah akan mewakili beliau dalam hal itu.

"Saya tidak rela fitnah akidah begini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi menegakkan kebenaran dan keadilan," kata Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Izzah sebelum ini, dalam satu forum, dilapor sebagai berkata bahawa tiada paksaan wajar dikenakan dalam beragama.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa harian berbahasa Melayu melaporkan beliau menyokong amalan murtad di kalangan orang Islam.

Susulan kenyataan itu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Husin dilapor bercadang mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah jika ada maklumat cukup tentang perkara itu.

Izzah dalam kenyataan balasnya menggesa JAIS turut sama menyiasat Utusan Malaysia jika JAIS bercadang menyiasatnya.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ulasannya menyifatkan kesungguhan JAIS menyiasat Nurul Izzah sebagai bersifat politik.

Menurut Anwar, ia juga menggambarkan "tahap ketaksuban beragama" daripada serangan yang diterima Nurul Izzah akibat laporan berita terhadap kenyataan anaknya itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 6-11-2012 07:13 PM
1. Apa fitnahnya? List pls. Aku tak baca berita harian, utusan, metrosek.

2. "Ketaksuban beragama"? Wadefarking blardy ell?
Quote toki_rompin 6-11-2012 07:15 PM
Puak puak minang murytad x mo sokong pulak si nurul ni?

Mana pegi itu minang murtad mayydin, ANjheng dan truslee?
Quote tahanlasak 6-11-2012 07:36 PM
suratkhabar mmg terkenal berita yg x ada di adakan ..dan berita yg ada di putarbelitkan ....dulu, kini dan selamanya......
Quote cikglemer 6-11-2012 07:36 PM
Saman jgn x saman biar otosex bengkrap dan lingkup sekali dgn amnok...
Quote dasatgiler 6-11-2012 07:49 PM
chait apalah nurul.. malaysiakini yg keluar statement dia, utusan ngan bh plak jadi mangsa.. jgn malukan uncle khalid samad yg dah back up hang drpd awai2 lagi noh..


Quote zvicmorrow 6-11-2012 07:54 PM
memanglah dlm quran tiada menyebut org melayu seharusnya berigama islam tapi kau suka ke nurul kalau org melayu keluar dari islam?...
Quote Acong 6-11-2012 07:56 PM
mmg tak patut si nurul nie........ dia tak tau saman utusan sama spt saman islam?
Quote Babai 6-11-2012 08:06 PM
Adakah minah biol idong dongak tu dah panik?
Quote missus_meow 6-11-2012 08:15 PM
nurul nk amek ati sume org ... nk jd pmimpin yg populist clap trap first, engage brain later ... if she does that at all
Quote dasatgiler 6-11-2012 08:15 PM
kat tv3 baru jap tadi tayang statement dia.. seluruh malaya dah dpt menyaksikan.. so, nurul kena update list saman dia, include tv3 skali ek..
Quote theflash 6-11-2012 08:18 PM
pkr ke kerajaan
sama je.

aku kata kau
kau kata aku
Quote crossfire 6-11-2012 08:37 PM
Babai posted on 6-11-2012 08:06 PM
Adakah minah biol idong dongak tu dah panik?


apasal utusan tak malaysiakini..padahal malaysiakini terang2...tulis...apakah anak pak sheikh sudah tergugat.


Quote singajantan 6-11-2012 08:41 PM
nak buat camner ..anak bapak
Quote geolimarkisa 6-11-2012 08:51 PM


dia kena la saman malaysiakini dengan malaysian insider sama kerana mereka pencetus berita ni..
agaknya nurul nak statement dia diterjemahkan bagaimana agaknya...
Quote patt_sue 6-11-2012 08:59 PM
patut saman mulut dia sendiri
Quote nashrudean 6-11-2012 09:01 PM
Teringat isu 'i look stupid when i speak malay'

lain yg nka disampaikan..lain yg org melayu paham...

kena g amik kelas BI kot bru paham...
Quote ilazar77 6-11-2012 09:19 PM
dasatgiler posted on 6-11-2012 07:49 PM
chait apalah nurul.. malaysiakini yg keluar statement dia, utusan ngan bh plak jadi mangsa.. jgn mal ...

Sekali lagi bukti dwi standard... Oooohhh... MalaysianInsider lapor takper...
Quote ilazar77 6-11-2012 09:20 PM
zvicmorrow posted on 6-11-2012 07:54 PM
memanglah dlm quran tiada menyebut org melayu seharusnya berigama islam tapi kau suka ke nurul kalau ...

Tak penting semua tu... asalkan dapat undi...dah cukup...
Quote ilazar77 6-11-2012 09:22 PM
Babai posted on 6-11-2012 08:06 PM
Adakah minah biol idong dongak tu dah panik?

Seram sejuk jerr kot...hehehe

Lihat semua komen(257)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063086 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top