CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Ugut Sebar Gambar Bogel

8-1-2014 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18176| Komen: 64

Description: Ayer Keroh - Padah Memiliki Gambar Lucah Dan Mengugut Menyebar Gambar Bogel Seorang Wanita, Seorang Bekas Pelajar Universiti Swasta Dijatuhi Hukuman Denda Rm8,000 Oleh Mahkamah Majistret Di Sini, Sema ...


Tertuduh ketika keluar dari mahkamah selepas dijatuhkan hukuman, semalam.


AYER KEROH - Padah memiliki gambar lucah dan mengugut menyebar gambar bogel seorang wanita, seorang bekas pelajar universiti swasta dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mokhtar, 24, dari Batu Buruk, Terengganu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ke atas tiga pertuduhan pada hari sebutan semula kes semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang dalam kejadian kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos hingga 2 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hidayat didapati melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000 di tingkat 15 asrama universiti berkenaan, kira-kira 10.41 pagi pada 17 September lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didapati melakukan kesalahan  mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda; atau kedua-duanya sekali kerana memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di pangsapuri sama, kira-kira jam 1 tengah hari, 19 September lalu.

Terdahulu, peguam bela Azwan Abdul Wahab memohon mahkamah tidak memberikan hukuman penjara, sebaliknya hukuman denda minima terhadap tertuduh yang telah menyesal, malah sudah diberhentikan daripada pengajian.

‘’Tertuduh merupakan anak yatim yang kematian bapa, selain dia juga berhasrat untuk menyambung pelajarannya kembali,’’ katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika mengendalikan kes memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan pemerasan tidak bermoral hingga memberikan kesan kepada mangsa.



http://www.sinarharian.com.my/padah-ugut-sebar-gambar-bogel-wanita-1.238165

13

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 8-1-2014 10:11 AM
lor.. nak sebar tak yah la ugut. ape daa
Quote solstice 8-1-2014 10:14 AM
Sila bogelkan mamat ni
Pastu sebarkan gamba bogel mamat ni jugak
Kalau tepek dalam ni lagi bagus
Quote yenil95 8-1-2014 10:14 AM
apa punya manusia la....nak duit senang jer.
Quote edoraixora 8-1-2014 10:15 AM
macam mane plak budak ni boleh ade gmbar bogel budak pompuan tuh?

sendirik carik pasal...dedua pun same
Quote xAthenax 8-1-2014 10:17 AM
berguru dengan Sipul
kalau nak dapat duit segera untuk sambung belajar
Quote Missanctum 8-1-2014 10:17 AM
muka pun mcm pervert,
padan sgt la di jatuhkan hukuman.
Quote siti_kus 8-1-2014 10:17 AM
edoraixora posted on 8-1-2014 02:15 AM
macam mane plak budak ni boleh ade gmbar bogel budak pompuan tuh?

sendirik carik pasal...dedua pu ...

Tu la. i was wondering the same thing. Mcm mna dia dpt gmbr bogel tu.
Quote Kassim_Patalon 8-1-2014 10:19 AM
gambar bogel mana gambar?
Quote edoraixora 8-1-2014 10:19 AM
siti_kus posted on 8-1-2014 10:17 AM
Tu la. i was wondering the same thing. Mcm mna dia dpt gmbr bogel tu.

penah berkasih-kasihan lah tu kot...

Quote Kassim_Patalon 8-1-2014 10:19 AM
macam chubby bottom jah
Quote reeny 8-1-2014 10:19 AM
adakah perempuan tu X-gf dia?? kalau tidak mcm mana dia dpt gambar naked tu??
Quote sayangkid 8-1-2014 10:51 AM
dah tentu2 pmpuan tu mst ex dia..xkan la senang2 si jantan ni ade gambar bogel dia??pelahap sgt dgn 2,3 utas brg kemas..keje malas..kesimpulan jantan mcm ni da sah2 xboleh buat laki..sekian
Quote FlowerGirl 8-1-2014 10:53 AM
Time kena bicara br nk claim anak yatim. Masa buat salah nko x pikir arwah bapak nko sana!!
Quote Betara_Indera 8-1-2014 10:53 AM
matilah ko dlm jail nanti
Quote yanasan21 8-1-2014 10:57 AM
dia anak yatim ke? la...klau nak cari duit, gunakan la saluran yang halal...ko pilih haram kan dah naya....mana nak carik rm8k tu?? banyak nilai nya bagi rakyat marhaen.....
Quote c===8 8-1-2014 10:59 AM
gua penah ugut shyla stylez nak sebarkan gambar bogel dia tapi dia kata sebarkan je, lagi bagus
Quote fifie_olin 8-1-2014 11:03 AM
abisla pic sendiri yg dh tersebar buat malu kaum kerabat jek
Quote maleo 8-1-2014 11:06 AM
bottom ni rabak la dia di dlm penjara nanti
Quote BurningTimes 8-1-2014 11:08 AM
Kassim_Patalon posted on 8-1-2014 11:19 AM
macam chubby bottom jah

akak pun syak pondan LGBT felda pprt bottom yang hadap runningman

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.243283 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top