CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Gambar Anggota Polis Mabuk Tepi Jalan!

13-1-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16147| Komen: 102

Description: Shah Alam - Gempar Apabila Di Laman-Laman Media Sosial Tersebar Gambar Dua Anggota Polis Peronda Yang Dipercayai Mabuk Dirakam Tertidur Dalam Kereta Peronda Yang Diberhentikan Di Bahu Jalan.

SHAH ALAM - Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.
       
Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.
       
Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.
       
Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.
       
Namun setelah diselidiki, ternyata gambar-gambar tersebut adalah aksi lakonan semula anggota polis.
       
Seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.
       
Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.
       
Sinar Harian Online akan mendapatkan komen Ketua Polis Negara mengenai penyebaran gambar berkenaan.


Bagus
4

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 12-1-2014 11:15 PM

Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.


Quote HUHA 12-1-2014 11:23 PM
masyallah ..nampak sgt menipu nya

Last edited by HUHA on 12-1-2014 11:24 PM

Quote JohnDeSouza 12-1-2014 11:25 PM
hmmmm pandai depa corner
Quote pakwetizzaqyah 12-1-2014 11:27 PM
alah...ramai je polis mabuk...setakat ini pun kecoh...
Quote rawahah 12-1-2014 11:28 PM
kegilaan apakah semua ini?
Quote @yong 12-1-2014 11:36 PM
Sesapa yg keja hotel mesti tau macam mna pak2 polisi ni..tp sesetgah je la bukn semua polis  macam tu..
Quote PEPPERMAN 12-1-2014 11:41 PM
sebab mereka menjaga keselamtan kita semua, maka kita tak boleh bising2 kalau pun benar mereka mabuk
Quote Czaziq 12-1-2014 11:42 PM
Owh wow!! Jgn la ms dorg mabuk tu dorg tembak kanak2 or remaja yg tgh melintas lalu.
Quote an2toncit 12-1-2014 11:46 PM
Mana 1 yg btol news sinar harian ni ? Sini ckp dah diambil tindakan
http://www.sinarharian.com.my/an ... l-tindakan-1.239899

tindakan
WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Januari 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
4

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan
Quote Ferr_Remy 13-1-2014 12:07 AM
@yong posted on 12-1-2014 11:36 PM
Sesapa yg keja hotel mesti tau macam mna pak2 polisi ni..tp sesetgah je la bukn semua polis  macam t ...

Tau xper.. sy keje hotel dan da nmpak smua benda kat Msia ni huhu
Quote @yong 13-1-2014 12:19 AM
Ferr_Remy posted on 13-1-2014 12:07 AM
Tau xper.. sy keje hotel dan da nmpak smua benda kat Msia ni huhu

Sama la dgn sy..sy bahagian kitchen..tp masa tu sy cma praktikal je kat hotel tu..kena jga buffet tuk dinner polis...wah kemain lg depa smua..hehehe
Quote Ferr_Remy 13-1-2014 12:24 AM
@yong posted on 13-1-2014 12:19 AM
Sama la dgn sy..sy bahagian kitchen..tp masa tu sy cma praktikal je kat hotel tu..kena jga buffet  ...

I bahagian front office... kdg2 sedih tgk org2 camni buat busuk name diorg yg keje elok2..tp masalahnyer byk giler..
Quote ultra78 13-1-2014 12:26 AM
setin beer dah tak sedar? kalau minum sebotol vodka tu harus juga
Quote @yong 13-1-2014 12:27 AM
Ferr_Remy posted on 13-1-2014 12:24 AM
I bahagian front office... kdg2 sedih tgk org2 camni buat busuk name diorg yg keje elok2..tp masal ...

Klau yg mna bahagian fnb n kitchen bleh sesak mata oooo..klau tgk function dlm ballroom..siap ada bapok pakai seksi meksi lg menyanyi..aku yg pompuan plak yg malu..kalau dinner kat garden biasa2 sja..cma ada karaoke tp ada jga yg minta beer segala..
Quote shysari 13-1-2014 12:28 AM
Kalau lakonan memang terbaiklah siap ngan props real lg..pelik gak paper kat sini berita selalu x sama kadang2 buat pembaca confius..
Quote cocoagirl 13-1-2014 12:57 AM
Sedih...byk je penguatkuasa yg mabuk tp ni tgh bertugas...mmg x wajar...
Quote solstice 13-1-2014 01:03 AM
Polis?
No seprais
Org yg lurus bendul je ingat depa ni baik2
So sad
Tak brubah sejak dolu2
Quote mochi1098 13-1-2014 01:16 AM
Gengster berlesen depa ni
Quote clarkkent 13-1-2014 01:22 AM
aku rasa bukan mabukla..korang je buat fitnah..polis kita antara yang terbaik di dunia..hahaha

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065349 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top