CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kerja Meroboh Flat Pekeliling Bermula Sebentar Tadi

22-1-2014 02:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21311| Komen: 170

Description: Kuala Lumpur: Kerja Meroboh Flat Pekeliling Di Jalan Tun Razak Bermula Kira-Kira Jam 12.40 Tengah Hari Tadi Selepas Sebuah Jengkaut Seberat 11 Tan Diangkat Ke Tingkat 17 Bangunan Berkenaan Menggunakan ...


KUALA LUMPUR: Kerja meroboh Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak bermula kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi selepas sebuah jengkaut seberat 11 tan diangkat ke tingkat 17 bangunan berkenaan menggunakan kren seberat 300 tan.

Kerja meroboh lima blok Flet Pekeliling di Jalan Tun Razak dijangka siap sepenuhnya menjelang November 2015.


Pegawai Keselamatan Pekerjaan Chang Chern Demolation Specialist, C Sivakumar, berkata tempoh untuk merobohkan setiap blok 17 tingkat Flet Perkeliling mengambil masa kira-kira empat bulan.

"Kami menggunakan teknik perobohan yang digunakan di Hong Kong. Setiap komponen akan dipecahkan bermula dari tingkat atas hingga ke bawah.

"Kerja perobohan akan menggunakan jengkaut 11 tan dan kren 300 tan," katanya ketika menerangkan perancangan perobohan Flet Perkeliling di sini, sebentar tadi.


DBKL beri tempoh dua tahun roboh baki 5 Flat Pekeliling

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan tempoh dua tahun untuk merobohkan baki lima daripada sembilan blok Flat Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata ia bagi menyegerakan projek pembangunan semula di kawasan itu yang meliputi pembangunan campuran termasuk blok kediaman dan perniagaan.

"Proses perobohan flat tersebut secara berperingkat akan menggunakan kren dan jentera dari bahagian atas kerana strukturnya lebih sesuai begitu berbanding menggunakan kaedah letupan dan ia hanya akan memberikan kesan minimal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fasa kedua perobohan flat itu dijadualkan bermula hari ini selepas perobohan fasa pertama pada 2005.

Flat yang mula diduduki pada 1969 dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) itu merupakan rumah pangsa kedua selepas Perumahan Awam Razak Mansion di Sungai Besi bagi menempatkan golongan berpendapatan rendah dan penduduk setinggan.

Ahmad Phesal berkata bengkel DBKL yang menempatkan trak dan lori yang sebahagiannya memasuki kawasan pembangunan juga perlu berpindah ke tapak baharu di Cheras Julai ini.

Menjawab sama ada rumah mampu milik akan turut dibina dalam projek pembangunan itu, Ahmad Phesal berkata setakat ini masih belum ada sebarang keputusan mengenainya.


5

Bagus
4

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 22-1-2014 12:56 PM
wrecking ball ka??
Quote miawpink 22-1-2014 12:56 PM






Quote miawpink 22-1-2014 12:57 PM
Pegawai keselamatan dan kesihatan bagi projek ini dari Kumpulan Chang Cherng Demolation Specialist, C. Sivakumar mengatakan antara risikonyang bakal mereka hadapi ialah mengangkat jengkaut ke atas flat berkenaan. Mereka akan mengalihkan bahan-bahan konkrit satu persatu berbanding menggunakan dinamit.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:08 AM

repoter utusan
Quote miawpink 22-1-2014 12:57 PM
C.Sivakumar: Kami akan mengambil masa selama dua bulan untuk kerja-kerja persiapan dan sebuah blok akan mengambil masa empat bulan. Ke semua lima blok ini akan mengambil masa selama dua tahun untuk diselesaikan.

Bahan-bahan buangan konkrit yang dirobohkan itu akan digunakan balik sebagai bahan-bahan jalan raya dan sebagainya.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:13 AM
Quote miawpink 22-1-2014 12:57 PM
C. Sivakumar: Pelbagai aspek-aspek keselamatan telah diambil kira untuk memastikan tiada masalah kepada kawasan sekeliling terutama laluan monorel yang terletak berdekatan.

Malah semua pekerja kami adalah pekerja terlatih yang akan memastikan kerja-kerja dijalankan dengan cermat dan selamat.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:19 AM

C.Sivakumar: Flat ini mempunyai tangki air yang mempunyai kapasiti berat yang sama dengan jengkaut kami. Jadi tidak mempunyai masalah dengan berat yang bakal dihadapi.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:17 AM
Quote miawpink 22-1-2014 12:58 PM




Quote ultra78 22-1-2014 12:59 PM
Kenapa tak pakai controlled demolition pakai explosives?
Quote miawpink 22-1-2014 12:59 PM




Quote dino 22-1-2014 12:59 PM
lama gile baru nak roboh huhu
Quote miawpink 22-1-2014 01:00 PM




C. Sivakumar: Dua jengkaut seberat 11 tan setiap satu akan diangkat ke puncak Flat Pekeliling menggunakan kren yang mempunyai kapasiti 300 tan.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:32 AM
Quote miawpink 22-1-2014 01:00 PM
Untuk makluman, projek perobohan Flat DBKL Pekeliling ini merupakan satu projek bagi membangunkan Tamansari yang akan dibangunkan oleh Asie Sdn. Bhd.

Usaha-usaha perobohan ini akan selesai pada November 2016
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:38 AM
Quote miawpink 22-1-2014 01:00 PM






Quote miawpink 22-1-2014 01:01 PM








Quote miawpink 22-1-2014 01:02 PM


Quote niceghost2005 22-1-2014 01:02 PM
miawpink posted on 22-1-2014 12:57 PM
C. Sivakumar: Pelbagai aspek-aspek keselamatan telah diambil kira untuk memastikan tiada masalah kep ...

Lantai yg ataih sekali memang laaa bley tanggung berat crane tu.
Lantai yg di bawah nya.................macamana?

Kos pakai dinamit memang laaa mahal.
Tp cepat.

Aku teringat lagi crane yg kat ataih bangunan di Kelana Jaya.
Lantai ghuntuh time dia dok demolished bahagian tu.

Haper nak cakap??

Ini SHO tau ker haper yg dier cakap???
Quote miawpink 22-1-2014 01:03 PM
C. Sivakumar: Pengunaan dinamit akan membahayakan keadaan sekeliling ekoran bahan-bahan asing akan berterbangan di kawasan sekeliling.

Kami telah ke Hong Kong untuk mempelajari kaedah-kaedah perobohan selama seminggu bersama CIDB.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:10 AM
Quote miawpink 22-1-2014 01:04 PM
Pegawai keselamatan dan kesihatan bagi projek ini dari Kumpulan Chang Cherng Demolation Specialist, C. Sivakumar mengatakan antara risikonyang bakal mereka hadapi ialah mengangkat jengkaut ke atas flat berkenaan. Mereka akan mengalihkan bahan-bahan konkrit satu persatu berbanding menggunakan dinamit.
by MOHD. HAZLI HASSAN 11:08 AM
Quote dino 22-1-2014 01:08 PM
niceghost2005 posted on 22-1-2014 01:02 PM
Lantai yg ataih sekali memang laaa bley tanggung berat crane tu.
Lantai yg di bawah nya.......... ...

apsl aku tgk yg docu relaks je guna dinamit wpun ruang agak terhad..... cantiknya je runtuhnya....

Quote prettyuglybabe 22-1-2014 01:08 PM
dah berkurun jadi rumah hantu baru nak roboh

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054438 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top