CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PATI jadi ancaman keselamatan

27-1-2014 02:53 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9793| Komen: 55

Description: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menyifatkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan mencecah 400,000 orang sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Risiko keselamatan da .. ...
                        
                  
                                                          
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menyifatkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dilaporkan mencecah 400,000 orang sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Risiko keselamatan dari sudut kesihatan ini dibuktikan apabila statistik terkini menunjukkan penularan kes penyakit berjangkit seperti tibi yang semakin meningkat.      

Selain itu, kemunculan semula penyakit yang dihapuskan seperti kusta dan penyakit untut, wabak malaria di kawasan terkawal serta risiko kemunculan semula penyakit polio dan penyakit baharu seperti Influenza A (H5N1, H1N1 dan H7N9).

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote almari_buruk 25-1-2014 10:58 AM
PATI kat msia 400k jer.. kah kah kah tak leh caya langsung
Quote Acong 25-1-2014 10:59 AM
nie boleh?








Quote abbyhoney 25-1-2014 11:05 AM
baru sedar dari koma ke  org2 yg berkaitan tu??? kita dah lama tau..dah lama pertikaikan dan dah lama sedar...dulu nafikan kata tak ramai mana PATI...
Quote AbukRokok 25-1-2014 11:52 AM
Tipula... pendatang tu semua .uslim sunni syafie seagama.... lainla kturunan cina kristian n shia
Quote mrseller 25-1-2014 11:54 AM
almari_buruk posted on 25-1-2014 10:58 AM
PATI kat msia 400k jer.. kah kah kah tak leh caya langsung

400k regsiter sahaja.x register 2 jotaaaa
Quote sue_0684 25-1-2014 12:04 PM
bkn jota2 ka pati?....
aikk..baru tau ke ancaman..
ke sbb ada sedara mara dah kena tala dgn pati baru sedar...puiii..
Quote R2D2 25-1-2014 12:07 PM
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia mendedahkan, jumlah pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini adalah sama banyak dengan pekerja asing yang sah atau 1:1, malah dikhuatiri jumlahnya lebih besar.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.1 juta pekerja asing berdaftar dan mempunyai pas daripada Jabatan Imigresen berada di negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Quote Ppaw 25-1-2014 12:40 PM
Celaka punya Pilak dan Indon....
sapa Nampak pegawai imigresen kena kroyok d centre point?
Yg menghantam tu semua security guard yg guna imm13.... pilak
Quote jasmeen 25-1-2014 12:44 PM
Ppaw posted on 25-1-2014 12:40 PM
Celaka punya Pilak dan Indon....
sapa Nampak pegawai imigresen kena kroyok d centre point?
Yg meng ...

Was that really a real immigration officer?and those security guard memang over reacted...poyo sial 5 lawan satu
Quote jasmeen 25-1-2014 12:47 PM
Tu baru Kl,tak merasa sabah lagi..disgusted with some politicians and those pengkhianat negara yg accept bribes from those PATIs.....such a burden in ministry of health...from communicable diseases till sampai masalah lari dari wad and not paying hospital bills...tu belum crime rates lagi
Quote cmf_premierleag 25-1-2014 01:06 PM
Baru sedar???
Padahal bende ni dh lama jd barah
nak tggu PATI bunuh memana ahli mentri hamno anak beranak agaknya baru nk bertindak
Quote kodokbawang 25-1-2014 01:10 PM
Oh Malaysia ku yg masih aman...
Quote saladin780 25-1-2014 01:45 PM
Bising pasal pati, tp pati berniaga air jambu, goreng  pisang nasi lemak tepi tong sampah gigih je org lokal gi beli
Quote R2D2 25-1-2014 02:57 PM
sekali imigresen dan penguatkuasa lain turun ke kota raya dgn puluhan trak
mau sunyi sepi Kotaraya
tak caya cuba buat esok
kalau betul serius nk banteras PATI
Quote masa_lalu 25-1-2014 03:20 PM
dulu penyakit macam TB dah pupus kat malaysia
sekarang dah menular semula
Quote yeepi_33 25-1-2014 03:26 PM
nt bleh ar wat hospital 'khas' tuk PATI plak.

yg merawat pun PATI gak.
nurse n doktor dr PATI gak.

dorg kn sume ada degree bagai...
gigih dtg mesia jadi kuli



Quote Ppaw 25-1-2014 09:58 PM
jasmeen posted on 25-1-2014 12:44 PM
Was that really a real immigration officer?and those security guard memang over reacted...poyo sia ...

Boss adik saya tu..semua security guard d kk ni majority org pilipin pakai imm13....
rosaklah Sabah dan Malaysia
Quote R2D2 26-1-2014 12:36 PM
Pendatang asing ejen sebar wabak



Pendatang asing ejen sebar wabak Keratan BH semalam.

Putrajaya: Migrasi pendatang asing yang ketara sejak 20 tahun kebelakangan ini, antara faktor menyumbang penularan penyakit berjangkit seperti tibi atau batuk kering di negara ini.

Risiko itu meningkat dengan kedudukan Malaysia yang dikelilingi negara endemik atau berisiko penyakit berjangkit seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.
Kemasukan pendatang asing dari negara terbabit juga dikaitkan dengan kemasukan agen penyakit multi-resistan seperti tibi atau malaria berikutan sikap mereka yang tidak mengikut prosedur rawatan ditetapkan.



Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Keong, berkata risiko penularan tibi lebih tinggi dalam kalangan pekerja asing kerana mereka lewat mendapatkan rawatan selain sering gagal mematuhi tempoh rawatan selama enam bulan.

Katanya, keadaan itu menyumbang kepada kemasukan agen penyakit multi-resistan apabila bakteria menjadi semakin kebal terhadap ubat.
“Lewat mendapat rawatan dan tidak mengikut rawatan ditetapkan menyumbang masalah MDR-TB atau kes ketahanan rawatan tibi (penyakit dengan bakteria kebal kepada ubat),” katanya.

Pada 2009, sebanyak 13 peratus kes MDR-TB berlaku dalam kalangan warga asing meningkat kepada sekitar 25 peratus pada 2012.

Kelmarin, BH melaporkan Kementerian Kesihatan menyifatkan kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang dilaporkan mencecah 400,000 orang sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, risiko keselamatan dari sudut kesihatan itu terbukti dengan peningkatan kes penyakit berjangkit seperti tibi, selain kemunculan semula penyakit yang dihapuskan seperti kusta, untut dan wabak malaria di kawasan terkawal.



Turut membimbangkan, risiko kemunculan penyakit baharu seperti Influenza A (H5N1, H1N1 dan H7N9).

Kebanjiran pendatang asing juga memberi kesan kepada khidmat penjagaan kesihatan warga tempatan, selain menyumbang kepada peningkatan kos perubatan negara.

“Jika kita tidak kawal penyakit berjangkit seperti tibi lebih banyak kes akan berlaku, seterusnya menyebabkan kematian,” katanya.

Dr Chee Keong berkata, faktor lain penyumbang tibi ialah peningkatan kes penyakit tidak berjangkit, antaranya kencing manis dalam kalangan rakyat tempatan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan tibi sebagai masalah kesihatan global dengan sembilan juta kes jangkitan baru setiap tahun dengan hampir dua juta kematian direkodkan.
Quote chaintea 26-1-2014 12:48 PM
punya ramai mereka serata negara..sampai sabah pon penuh dgn puak mereka

PATI 400k je?

biar betul

yg lain2 ke mana? terjun laut?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062413 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top