CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dinosaur Mungkin Terdapat Di Malaysia Berjuta Tahun Lalu

29-1-2014 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8307| Komen: 44

Description: Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains (Jmg), Datuk Yunus Abd Razak, Berkata Kawasan Berusia Jura-Kapur Dijumpai Di Gunung Panti, Johor Dan Juga Di Gunung Gagau Yang Bersempadan Dengan Terengganu ...

Gambar hiasan


BESUT: Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti dari beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak, berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan juga di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang yang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

“Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan yang berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini,” katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut di sini malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang.

Yunus berkata, sejak 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor sudah dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau bnerkata, mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini.
Katanya, JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja-kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara.

"Usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang," katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 28-1-2014 03:49 PM
Quote dino 28-1-2014 03:49 PM
hai......



Quote sokmogitu 28-1-2014 03:49 PM
pentas sunda sikit punya besar...x mustahil dulu2 dinosor x smpt lari naik ke tanah tinggi titiwangsa (skrg jd semenanjung), tu yg terkambus kt dasar laut n jadi petroliam nasional

aku wonder la benua sundaland dulu2...org2 nusantara boleh g filipina n jawa atas darat ja
Quote miawpink 28-1-2014 03:51 PM
dino posted on 28-1-2014 03:49 PM
hai......

kawan dino


Quote hanakikan 28-1-2014 03:53 PM
dah selamat jadi bahan minyak isi kat dlm kereta korang. bersyukur lah dinasour mampus juta tahun dulu.
Quote dino 28-1-2014 03:54 PM
miawpink posted on 28-1-2014 03:51 PM
kawan dino


ckp psl fosil segala... kat bukit ape ntah namanya kat batu rakit trg nun... ade mcm fosil ade..... terutama kerang.... tumbuhan purba..... ingat dulu ade bdk2 USM menumpang kat rumah.... bwk batu2 sbg kenangan... maksudnya area kwsn tu lautan la..... kot2 ade dinasour
Quote lavajeans 28-1-2014 03:57 PM
laut banyak ikang...

ikang angguk lu pelat tak habis2...

Quote saGOO_Return 28-1-2014 03:59 PM
ye..penah jumpe fosil ayam kt blakang rumah atok aku  
Quote purple^reign 28-1-2014 04:00 PM
tak pernah dengar lagi berita tentang fosil hewan pra sejarah ni dijumpai di malaysia,,,kalau ada pun bom-bom tinggalan perang dunia ke-2 aje,,,,??hehe tapi kalau ada penemuan,,, kira jadi lembaran baru dalam sejarah arkeologi malaysia,,,??/
Quote dino 28-1-2014 04:00 PM
saGOO_Return posted on 28-1-2014 03:59 PM
ye..penah jumpe fosil ayam kt blakang rumah atok aku

itu rangka ayam
Quote saGOO_Return 28-1-2014 04:01 PM
dino posted on 28-1-2014 04:00 PM
itu rangka ayam

mmg pon...
Quote PulutDereyan 28-1-2014 04:05 PM
saGOO_Return posted on 28-1-2014 03:59 PM
ye..penah jumpe fosil ayam kt blakang rumah atok aku

tak panggil metro wat liputan ker??
Quote saGOO_Return 28-1-2014 04:06 PM
PulutDereyan posted on 28-1-2014 04:05 PM
tak panggil metro wat liputan ker??

nk call , tp prepaid habis
Quote chinta89 28-1-2014 04:07 PM
teruskan mencari!
Quote PulutDereyan 28-1-2014 04:08 PM
aritu terjumpak fossil kt kedai jam..
patut ker report kt Datuk Yunus Abd Razak di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Quote PulutDereyan 28-1-2014 04:11 PM
saGOO_Return posted on 28-1-2014 04:06 PM
nk call , tp prepaid habis

time tu jugak prepaid abes.. rugi r..
kalo tak bleh bt muzium pra sejarah kt umah atok..
Quote Czaziq 28-1-2014 04:12 PM
miawpink posted on 28-1-2014 03:51 PM
kawan dino

comelnye dinosaur tu
Quote saGOO_Return 28-1-2014 04:12 PM
PulutDereyan posted on 28-1-2014 04:11 PM
time tu jugak prepaid abes.. rugi r..
kalo tak bleh bt muzium pra sejarah kt umah atok.. {:mlprou ...

takpe la..xde rezeki nk jd penemu fosil terulung
Quote lucky_peace 28-1-2014 04:13 PM
mmg la wujud dinosour kat tanah yg kini bernama Malaysia nieyh dulu, tu yg jadi petroleum gas asli segala bagai tu kan... bende2 tu kan hasil dari dinosour tu sume kan... tapi nak jumpe rangka tu tu kene la korek dasar lautan tu lak..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071249 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top