CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Ditanam Sekali Dengan Moto Harley-Davidson

2-2-2014 02:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9339| Komen: 46

Description: Mayat Billy Standley Yang Meninggal Dunia Ahad Lalu Dilihat Memakai Jaket Kulit Dan Berkaca Mata Hitam Sambil Menunggang Model Electra Glide Keluaran 1967 Itu Di Dalam Keranda Yang Ditutupi Kaca Lutsi ...
Columbus: Satu keluarga di Ohio memenuhi permintaan seorang lelaki agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Mayat Billy Standley yang meninggal dunia Ahad lalu dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.

Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ tetapi turut mahu orang lain melihatnya melakukannya.
Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya, Lorna agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.

Anak lelakinya, Pete dan Roy kemudian mereka keranda daripada kaca lutsinar yang dilengkapi dengan kayu dan logam di bahagian bawahnya. Bagi memastikan Standley tidak terjatuh di sepanjang perjalanan, mayatnya diampu dengan pendakap dan tali pengikat.

“Kami pernah melakukan sesuatu yang istimewa tetapi tidak sampai ke peringkat sebegini,” kata Tammy Vernon pekerja rumah mayat.

“Standley meminta dia dikebumikan bersama motosikalnya dan kami gembira untuk membantu,” katanya. Keluarga Standley menyokong penuh rancangan pengebumiannya dan berhasrat untuk mempamerkan keranda berkenaan yang disimpan di garaj kediaman mereka selama lima tahun kepada orang ramai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kodokbawang 2-2-2014 01:06 PM
Kalau ada gambarnya....
Quote honda_jazz 2-2-2014 01:09 PM
wahhhh dahsyat tu!!!
Quote R2D2 2-2-2014 01:12 PM
Quote R2D2 2-2-2014 01:12 PM
yg bawak superbike hujung minggu tu tak nak bagi wasiat mcm ni ka?
Quote bangcak 2-2-2014 01:14 PM
Wow! Bleh duduk atas moto lagi
Quote Dzeko 2-2-2014 01:15 PM
aku takut ada malaun yg gali and cilok motor harley dia nanti
Quote kodokbawang 2-2-2014 01:16 PM
Kempunan anak nak jual motor tu...
Quote naina 2-2-2014 01:16 PM
Heran aku.cmne la wajah mayat nye tu.
xde pic close up ke
Quote sup@rm@n 2-2-2014 03:15 PM
Membazir. Baik kasik aku itu harley
Quote dahliateck 2-2-2014 03:22 PM
bergayanya dia mati, pakcik ni mmg macho habis, mati pun mesti pasal rokok
Quote lavajeans 2-2-2014 03:26 PM
Mamat salleh ni yakin elohimnya kasi masuk syurga kalau bawak harta dunia masuk kubur...

Satu sekolah dgn c.k ni...

Quote ChildrenOfBodom 2-2-2014 03:26 PM
senang nk pecut keluar dari nuraka barangkali
Quote dahliateck 2-2-2014 03:32 PM
lavajeans posted on 2-2-2014 03:26 PM
Mamat salleh ni yakin elohimnya kasi masuk syurga kalau bawak harta dunia masuk kubur...

Satu sek ...

dia doa dpt jd ghostrider kot nanti
Quote lavajaza 2-2-2014 03:32 PM
Mamat salleh ni yakin elohimnya kasi masuk syurga kalau bawak harta dunia masuk kubur...

Satu sekolah dgn c.k ni...

< ----- bangang abadi
Quote lavajeans 2-2-2014 03:37 PM
dahliateck posted on 2-2-2014 03:32 PM
dia doa dpt jd ghostrider kot nanti

Org tarak agama memang cam tu...

ingat dlm kubur pun boleh rempit..

Quote Megahertz 2-2-2014 04:02 PM
nanti jadi ghost rider...........
Quote estrelle 2-2-2014 07:13 PM
pekejadahnya dah mati mati je laa
Quote shernazz 2-2-2014 07:16 PM
nape ko x ajak skali bini ko masuk dalam kubur
mudah2an bleh merempit skali dengan bini
bosan2 sembang dengan bini dalam kubur
Quote AHMADVW 2-2-2014 07:24 PM
RIP ride in peace

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.404296 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top