AHMAD (tiga dari kiri) bersama anggota rombongan di Antartika. Sepang: “Kalau nak (hendak) makan angin lebih baik saya tak payah pergi Antartika....nak beli apa, nak beli penguin....nak sentuh pun tak boleh,” itu penjelasan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengenai dakwaan dibuat segelintir pihak yang menyifatkan rombongannya ke Antartika sebagai satu pembaziran.
Ahmad berkata, beliau ingin menjelaskan bahawa rombongan itu dibuat bagi memenuhi jemputan khas Institut Penyelidikan Antartika Chile (INACH) untuk melawat stesen penyelidikan dikendalikan negara berkenaan. Menurutnya, kerjasama erat antara Malaysia dan Chile itu juga membolehkan rombongannya berpeluang ke Antartika dengan menggunakan kapal tentera laut Chile. Ekspedisi itu bukan senang kerana saya dan rombongan sering berdepan cuaca ekstrem selain terpaksa mengharungi ombak besar serta angin kencang. Malah, lebih teruk cuaca juga boleh berubah dalam masa setengah jam. Malah, kami terpaksa berkampung di atas kapal tentera selama dua hari sementara menunggu cuaca pulih,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang semalam. Ahmad bersama tujuh peserta rombongan lain selamat tiba di tanah air selepas mengikuti penjelajahan ke Antartika bermula dari 24 hingga 30 Januari lalu. Lawatan yang diatur Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi (MOSTI) Datuk Dr Rosli Mohamed; Pemegang Amanah YPASM Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor dan Duta Malaysia ke Chile S Ganeson. Turut serta dalam lawatan sama adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Antartik Kebangsaan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah; Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Datuk Dr Aziz Deraman; Ketua Pegawai Eksekutif YPASM Mohd Nasaruddin Abdul Rahman dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Terengganu Azman Ghani. Ahmad berkata, beliau juga tidak dapat membayangkan detik cemas ketika menaiki bot getah menuju ke tanah besar Chile yang sentiasa dipukul ombak. Keadaan ketika itu cukup cemas, malah saya dan rombongan dikerah seperti anggota komando supaya turun dari kapal ke bot getah menggunakan tali selepas tangga disediakan bergoyang dipukul ombak,” katanya. Katanya, beliau bersama rombongan juga sempat berpuasa selama dua hari selama berada di atas kapal tentera selain tidak selera makan ketika berbuka puasa disebabkan mabuk laut yang teruk. Ahmad berkata, sepanjang ekspedisi itu, beliau dan rombongan sempat di bawa ke pusat penyelidikan Chile; Korea; Peru dan United Kingdom (UK) selain melawat pusat penyelidikan paling canggih milik Korea. Menurutnya, kerjasama baik antara Malaysia dengan Chile juga membolehkan negara itu menawarkan kemudahan kepada saintis dari Malaysia untuk menjalankan kajian di Antartika.
|
shernazz posted on 5-2-2014 07:17 AM
kerjasama antara malaysia dengan chile?
jarang aku dengar
naseb ko x pegi kutub utara said oii..
tobby posted on 5-2-2014 07:40 AM
cuma nak tau berapa kos yg kerajaan negeri tpaksa bayar for ahmad said's vacation to antartika.
shernazz posted on 5-2-2014 07:44 AM
xpasti pula
kalo kos ke indon murah la
antartika, bukan sebarang tempat ma..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059076 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.