CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ebby Terkejut Ada Peminat

7-2-2014 10:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21340| Komen: 150

Description: Apatah Lagi, Menyedari Kekurangan Diri Yang Tiada Pakej Kacak Melainkan Bersandar Sepenuhnya Pada Bakat Anugerah Tuhan Semata-Mata, Ebby Sudah Amat Bersyukur Kerana Perjalanan Kariernya Lancar.


Minat mendalam pada lawak jenaka dan niat ikhlas untuk menghiburkan orang ramai membuatkan pelawak berpengalaman tanah air, Ebby Yus tidak pernah berasakan dirinya mempunyai peminat sepanjang bergelar anak seni.

Apatah lagi, menyedari kekurangan diri yang tiada pakej kacak melainkan bersandar sepenuhnya pada bakat anugerah Tuhan semata-mata, Ebby sudah amat bersyukur kerana perjalanan kariernya lancar.

Siapa sangka, anak jati Negeri Sembilan ini berjaya bertahan mengharungi onak dan duri sebagai anak seni lebih 30 tahun. Bahkan, pada usia yang kini melewati angka 40-an, Ebby sebenarnya memiliki ramai peminat.

Ebby atau nama sebenarnya Mohd Yunos Abdul Rahman berkata, niatnya benar-benar ikhlas menceburi bidang seni kerana minat. Jadi tidak sedikit pun pernah terlintas di fikiran betapa dia mampu mempunyai kelompok peminat tersendiri.



EBBY tidak menyangka bakat seninya diterima baik peminat.


“Saya akui hanya bergantung sepenuhnya pada bakat seni yang dianugerahkan Tuhan untuk terus bertahan dalam industri hiburan tanah air. Ia bukan perkara mudah untuk saya berada pada tahap sekarang.

“Apapun, saya tidak pernah kesal memilih jalan hidup untuk aktif sebagai anak seni dan menghiburkan ma­syarakat de­ngan lakonan serta lawak jenaka dipersembahkan. Oleh itu, saya memang tak duga mampu mempunyai peminat.

“Maklum sajalah, saya ini jenis sedar diri. Namun, saya tetap yakin jika ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang menjadi sumber rezeki, semestinya Tuhan memberkati dan membantu hamba-Nya yang bersyukur,” katanya.

Menurut Ebby lagi, apa yang membuatkan dia tidak menduga dirinya diminati kerana selama bergiat aktif sebagai penggiat seni, belum pernah Ebby dikaitkan dengan kisah sensasi atau berbaur kontroversi.

“Syukur saya dilindungi Tuhan daripada terbabit dengan cerita kurang baik. Jadi macam manalah saya tidak terkejut apabila mendapati diri sebenarnya ada peminat. Hing­ga kini, saya memang tak pernah dihambat gosip.

“Bukan itu saja, saya juga kurang menjayakan sesi fotografi sama ada di akhbar mahu pun majalah kerana sibuk dengan aktiviti seni. Tidak berniat pun untuk mengelakkan diri daripada publisiti tetapi jadual saya padat.

“Alhamdulillah, rezeki saya dipermudahkan Tuhan dengan pelbagai tawaran berlakon atau rakaman program televisyen. Apatah lagi, saya juga bukanlah terlalu cerewet memilih kerana tawaran diterima jika sesuai,” katanya.

Ebby yang baru selesai membintangi sitkom Yem Rempit juga terbabit dalam program komedi popular di Astro Warna (saluran 132), Karoot Komedia X. Bergandingan bersama Jep Sepahtu, Nabil dan Yus Jambu, jenakanya menghiburkan.

Turut dikenali menerusi lakonan mantap dalam drama Masak Lomak Cili Api di RTM, Ebby berkata, bagi mencapai impian menjadi penghibur berjaya, usaha gigih perlu dilakukan. Ditambah lagi jangan cepat berputus asa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 7-2-2014 09:25 AM
LIKEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE sesgt dgn dia nie
Quote famri7 7-2-2014 09:30 AM
Quote chenta_dewi 7-2-2014 09:32 AM
suke je dia ni...pandai bawak diri dgn budak junior dlm pelawak veteran dok complain pasal pelawak muda..
Quote shogun77 7-2-2014 09:35 AM
lawak kot dia ni...
mesti la ada peminat..
Quote batman_2007 7-2-2014 09:38 AM
Oooo palmolive... Epic
Quote 800214 7-2-2014 09:40 AM
tongkattt ali...!
Quote peah311 7-2-2014 09:41 AM
dia ni down to earth gila.. jumpe kat adam lai seksyen 15 ritu baik gila.xde blagak pon.. siap tgkp gmbr skali..
Quote barlisuam 7-2-2014 09:44 AM
suka dia kat Karoot Komedia .
ramai dah nampak bakat ebby yus ni..
Quote carly_lah 7-2-2014 09:46 AM
ebby ni lawak.... berlakon serius pun ttp nampak lawaknya tue....
Quote Lavender_Violet 7-2-2014 09:47 AM
Aku suka dia ni, sempoi jek...
Quote Leonarzi 7-2-2014 09:48 AM
Ingatkan arbaiyah manan tadi
Quote amyainsamad 7-2-2014 09:52 AM
okla lawak dia...
Quote drvn182 7-2-2014 09:53 AM
ok la dari member si badul maki hamun je tau
Quote bambimo 7-2-2014 09:53 AM
Dia ni nmpk je down to earth kereta mewah 3 bijik..klo baca dlm mingguan wanita..tp dh 50 tahun..masih bujang..tokey restoren masakn china muslim..bagus lah ada retirement plan yg bagus
Quote edoraixora 7-2-2014 09:53 AM
die ni bujang lagi tau.....

die ni mmg lawak, kalo blakon mesti terselit jugak lawaknye
dgn lorat nogori nye tu
tapi aku rase, die lebih dikenali anak muda skarang ni sbab karoot komedia

Quote mamapea 7-2-2014 09:55 AM
yg tak blh lupa psl ebby yus dlm karoot komedia masa dia naik buai..
jatuh duduk terkangkang..mmg kelakar giler..
Quote starcity 7-2-2014 09:55 AM
Dia paling best bila bawak watak pompuan dalam Karoot Komedia X
Quote sokmogitu 7-2-2014 10:01 AM
pelawak pompuan yg sokmo jd bini dia - amyza adnan dari dulu dok up kan pakcik ni...baru la ni org nampak hasil... tahniah! lakonan dia dlm masak lemak cili api mmg mantap..siap mng award lagi
Quote alaa 7-2-2014 10:03 AM
Dia mmg lawak aje aku rase. ingat cite enot tu dulu dia jadik orang tua tak berapa clear pendengaran. ehehehe

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.169504 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top