CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dutch Lady Kembalikan Nostalgia 1983 Iklan 'Mak Kata'

17-2-2014 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12625| Komen: 43

Description: Dialog 'Mak Kata' Yang Diungkapkan Kanak-Kanak Tersebut Menjadi Ikutan Di Kalangan Masyarakat Di Negara Kita Sekali Gus Menjadi Tajuk Kempen Ini. Sementara Itu, Che Norizam Berkata, Kempen Berkenaan ...


DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) melancarkan kempen 'Mak Kata' dalam meningkatkan kesihatan murid sekolah kepada pendidikan pemakanan dan keselamatan yang sihat.

Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Van Tran berkata, dalam kempen ini turut diadakan satu pertandingan pencarian di seluruh negara bagi mengumpul pesanan terbaik daripada ibu untuk dimuatkan dalam ungkapan susu Dutch Lady.


"Para ibu boleh menghantar pesanan mereka melalui khidmat pesanan ringkas atau melalui laman web Smart Moments Dutch Lady.
"Sepuluh pesanan terbaik berpeluang menjadi bintang bersama Mia Sara di dalam iklan terbaru Susu Untuk Membesar Dutch Lady," katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Kempen 'Mak Kata' di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yang turut hadir Guru Besar SK Bangsar, Che Norizam Abdullah dan Duta Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha.
Kempen 'Mak Kata' yang akan diadakan sehingga 28 Februari ini diilhamkan daripada iklan televisyen Dutch Lady pada 1983 yang mengisarkan dua kanak-kanak lelaki mendengar nasihat daripada ibunya supaya meminum susu sebagai langkah penjagaan kesihatan.


Dialog 'Mak Kata' yang diungkapkan kanak-kanak tersebut menjadi ikutan di kalangan masyarakat di negara kita sekali gus menjadi tajuk kempen ini.
Sementara itu, Che Norizam berkata, kempen berkenaan dapat meningkatkan kesedaran murid sekolah dan anak-anak untuk mendengar nasihat ibu tersayang terutama dalam soal penjagaan kesihatan.

"Seorang ibu pasti sayangkan anaknya, jadi kasih sayang ini disampaikan melalui pesanan, lalu menjadi dorongan untuk menjadikan murid atau anak-anak lebih bijak selain membentuk diri dan sahsiah yang baik," katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini dan jadual pameran lokasi, boleh rujuk laman www.smartmoments.com atau facebook/DutchLady.SmartMoments.


5

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sup@rm@n 16-2-2014 01:16 AM
Dutch lady - kampeni rasis sampe ke sudah
Quote cupin_cipin 16-2-2014 01:30 AM
untuk budak zaman dulu yg majoritinya mendengar kata memang sesuailah iklan mak kata tu kot?
budak zaman sekarang bila mak kata "tutup tv tu & pergi sembahyang maghrib", bukan saja dia tak nak dengar tapi siap dibabikannya mak dia tu di media sosial Last edited by cupin_cipin on 16-2-2014 01:33 AM

Quote wawantow 16-2-2014 01:38 AM
bukan masa tu brand dia masih Dutch BABY ke..instead of dutch lady
Quote Bedah.Cun 16-2-2014 02:33 AM
lagu amma..... ammmma.... wunnekkkeee potheke pundeee takde dah ke? I suke lagu dutch lady Tamil tue
Quote wawantow 16-2-2014 02:55 AM
ingat lagu "nait cap guiness stout"  tadi..tanjat boboi
Quote abgboroi 16-2-2014 03:35 AM
betulllllll...jom tgk iklan ni..pengambaran iklan ni di upm serdang

[youtube]Bwyn-AwSPqU[/youtube]
Quote roblucci 16-2-2014 03:52 AM
Bedah.Cun posted on 16-2-2014 02:33 AM
lagu amma..... ammmma.... wunnekkkeee potheke pundeee takde dah ke? I suke lagu dutch lady Tamil tue ...

itu bukan Dutch Lady punya iklan.Itu iklan susu Fernleaf tak silap aku
Quote boyagombak 16-2-2014 07:16 AM
Mak Kata minum susu lembu nnti besar jd Lombu macai
Quote boyagombak 16-2-2014 07:22 AM
wawantow posted on 16-2-2014 02:55 AM
ingat lagu "nait cap guiness stout"  tadi..tanjat boboi

Good Chop Nelladey Guiness Stout.Amma appa thambey macha eppy hour lps penat angkat tong taik.

Ini iklan wajib klau tgk wayang dulu2
Quote wawantow 16-2-2014 07:23 AM
boyagombak posted on 16-2-2014 07:22 AM
Good Chop Nelladey Guiness Stout.Amma appa thambey macha eppy hour lps penat angkat tong taik.

...



wahhh bro ingat ye iklan tu..kt tv pun ada ..bila todi haram kt tv.baru display kat panggung wayang lak
Quote pakwetizzaqyah 16-2-2014 09:04 AM
budak kecik dua orang tu dengan comelnya kata...BETOL!
Quote gujiwa 16-2-2014 09:13 AM
Itu bukan abg fara fauzana ke dak kecik tuh ke salah iklan
Quote lucky_peace 16-2-2014 10:02 AM
abgboroi posted on 16-2-2014 03:35 AM
betulllllll...jom tgk iklan ni..pengambaran iklan ni di upm serdang

petahnya, hehehe.... satu2 bebudak tu sebut nak ingat skrip, hehe...
Quote kodokbawang 16-2-2014 10:08 AM
Budak ni skang ni mebe dalam lingkungan 36-38 tawun kot....
Quote jahcomel 16-2-2014 10:42 AM
pakwetizzaqyah posted on 16-2-2014 09:04 AM
budak kecik dua orang tu dengan comelnya kata...BETOL!

salah sorang 2 y mati kna bunuh ke?
Quote cmf_jeangrey 16-2-2014 10:48 AM
masa kecik2 dulu aku suka sgt minum susu sbb budak 2 org ni la...terikut2
Quote azharariff 16-2-2014 11:22 AM
gujiwa posted on 16-2-2014 09:13 AM
Itu bukan abg fara fauzana ke dak kecik tuh ke salah iklan

Yup, baju yellow tu.

Quote MissNigga 16-2-2014 11:31 AM
gujiwa posted on 16-2-2014 09:13 AM
Itu bukan abg fara fauzana ke dak kecik tuh ke salah iklan

Haah uolz... abg fara fauzana. Yg sorg tu dah ninggal uolzzzz...
Quote mixed 16-2-2014 11:57 AM
MissNigga posted on 16-2-2014 11:31 AM
Haah uolz... abg fara fauzana. Yg sorg tu dah ninggal uolzzzz...

Yg baju merah ke ninggal ? Sakit apa

kami adik badik sampai abg & kakak
dah sekola menengah pn mak paksa minum
susu dutch lady sblm tido Mak kata tok sihat dan kuat


Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064647 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top