CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tips Menggayakan Baju Corak Berbelang

24-2-2014 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7253| Komen: 13

Description: Kebanyakan Golongan Wanita Di Luar Sana Jarang Menggayakan Pakaian Bercorak Belang Atau Jalur Kerana Takut Akan Kelihatan Lebar Dan Sukar Digayakan.
Kebanyakan golongan wanita di luar sana jarang menggayakan pakaian bercorak belang atau jalur kerana takut akan kelihatan lebar dan sukar digayakan.

Sebenarnya, corak berbelang-belang ini amat menarik dan seronok jika digayakan dan disuntik dengan elemen ranggi dalam pemakaian anda. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips untuk anda menggayakan pakaian bercorak berbelang ini. Sebenarnya, mitos corak berbelang akan menampakkan anda lebih besar adalah tidak benar kerana terdapat kajian yang terbaru telah membuktikan bahawa andaian ini adalah salah.

Anda boleh menggayakan apa jua corak asalkan anda sentiasa berkeyakinan mengenakannya. Harus diingat, fesyen kini semakin hilang peraturan. Jadi cubalah apa sahaja yang anda inginkan.

Untuk pengetahuan anda lagi, semakin lebar belang yang anda pakai, ia akan menonjolkan lagi diri anda. Namun jika Jika anda masih gusar tentang corak belang, cubalah dengan cetakan yang kecil dahulu dan kemudian bimbing gaya dengan mengenakan corak jalur yang semakin lebar selepas itu.

Belang dengan cetakan kecil sesuai digayakan untuk ke pejabat dan dipakai bersama seluar pendek atau celana panjang. Cetakan belang akan menambahkan esen pada helaian kosong yang lain.

Diharap dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda dalam menggayakan pakaian bercorak berbelang ini untuk tampak lebih menarik dan bergaya. Selamat mencuba!     
                           


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 20-2-2014 09:42 AM
cantiknya baju model tu pakai
Quote qasehnuramy 20-2-2014 09:59 AM
ais_kosong posted on 20-2-2014 09:42 AM
cantiknya baju model tu pakai

kadang kita tgk cantik bila beli pakai mesti cm xbrapa nk suka

Quote Sagoo 20-2-2014 10:18 AM
kude belang suke fesyen ni
Quote ais_kosong 20-2-2014 11:00 AM
qasehnuramy posted on 20-2-2014 09:59 AM
kadang kita tgk cantik bila beli pakai mesti cm xbrapa nk suka

kenyataan meme pahit beb..
sokmo jadi kat aku
bila pakai buwok nak mampusssssss
Quote fatihah6172 20-2-2014 12:11 PM
cantik je corak belang ni asal pandai gayakn je..
especially kemeja..

klau jalur melintang - bt kita nampk berisi
klau jalur tegak - bt kita nampk lnsg/kurus..

p/s : dress model yg ke-2 cntik ;)
Quote MegiTomyam 20-2-2014 12:51 PM
Kenapa aku pakai melintang ke menegak ke nampak gemuk jugak
Quote AzzaAzman 20-2-2014 01:07 PM
Sape nak shawl belang g la page FB atau InstaGram THE SWEET TUDUNG. Murah dr yg lain. Tp sbb xpopular ramai yg xtau...  
Quote qasehnuramy 20-2-2014 05:17 PM
fatihah6172 posted on 20-2-2014 12:11 PM
cantik je corak belang ni asal pandai gayakn je..
especially kemeja..

pakai la melintang ke menegak ke membujur lalu ke ttp nmpk sama....xde perubahan..tension tul

Quote Asdira 21-2-2014 10:36 AM
kita ada blouse corak belang2 kaler merah putih & purple putih.. ;-)
Quote chisyana 21-2-2014 03:06 PM
I love my baju belang.. purchase at Femme Elegant Boutique
Quote qasehnuramy 21-2-2014 03:15 PM
chisyana posted on 21-2-2014 03:06 PM
I love my baju belang..  purchase at Femme Elegant Boutique

cantik
Quote Kerwincherry 23-3-2014 03:50 PM

Kenapa aku pakai melintang ke menegak ke nampak gemuk jugak
Quote qasehnuramy 23-3-2014 03:55 PM
Kerwincherry posted on 23-3-2014 03:50 PM
Kenapa aku pakai melintang ke menegak ke nampak gemuk jugak

mungkin kita rasa sama tp org yg tgk nmpk perbezaan....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055919 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top