CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tips Kempiskan Perut Mudah

26-2-2014 12:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26302| Komen: 124

Description: Pasti Anda Di Luar Sana Pening Memikirkan Bagaimana Hendak Mengempiskan Perut Kerana Bosan Dan Malu Apabila Memakai Baju Dengan Perut Anda Kedepan. Jangan Risau Kerana Di Sini Kami Ingin Berkongsi Den ...



Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.


Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!
                        

5

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_138 26-1-2014 09:18 AM
kurangkan fast food..
Quote munchkin 26-1-2014 09:24 AM
No sugar no sugar no sugar. Itu yg baik
Quote qasehnuramy 26-1-2014 09:42 AM
munchkin posted on 26-1-2014 09:24 AM
No sugar no sugar no sugar. Itu yg baik

xde gula pun xleh juga...nnt badan ketar

Quote mea 26-1-2014 09:56 AM
InshAllah..tgh usaha ni
Quote cmf_Juju 26-1-2014 11:42 AM
Tips nie sesuai untuk mereka yang belum pernah melahirkan anak.

Untuk ibu2 yg dah bersalin - banyak lagi tips yg kena apply. Kalau ikut tips diatas - mmg tak menjadi
Quote qasehnuramy 26-1-2014 11:51 AM
cmf_Juju posted on 26-1-2014 11:42 AM
Tips nie sesuai untuk mereka yang belum pernah melahirkan anak.

Untuk ibu2 yg dah bersalin - bany ...

yg tu kita kena tnya info dr ibu2 yg dah melaluinya...

minta diaorg share kat sini or buka satu benang baru....

tp kan tips yg kat atas tu klu org tu mmg dilahirkan besar mmg workout cm ne pun xjadi juga...

klu still sbb metabolisme mayb boleh lagi la...tp apapun xsalah mencuba kan
Quote keretaapi 26-1-2014 12:00 PM
nasihat aku kalau nk kurus/kempis perut tu sila la rajin kan diri gi swimming everyday ..petang2.. kalau xnak gelap g indoor or swim mlm..
Quote udahudahler 26-1-2014 12:18 PM
jaga makan...pantang makan ni penting terutama bila dah ada anak..dalaman dah xsama mcm anak dara...
exercise jgn lupa..buat yg basic pun dh ok..
cuba pilates workout utk maintain/care body tone terutama part arms,abs,waist dan tight.
exercise ni paling simple..dlm bilik pun boleh buat..
skipping..
nak rajin sikit buat zumba dance/exercise.
ada freetime pegilah jogging..or sekadar briswalk.
Quote munchkin 26-1-2014 04:43 PM
qasehnuramy posted on 26-1-2014 09:42 AM
xde gula pun xleh juga...nnt badan ketar

Makan slow carbo. Saya memang tak ambil gula langsung.
Quote mmeza_r 26-1-2014 11:41 PM
org yg dah ada anak kena jaga makan...jajan2 kalau bole elakkan.. mkn nasi dlm kuantiti yg ckit je..lauk lebih xpe.. kalau bole mkn mlm awal dlm pkl 7-8mlm.. sy amalkan mkn tomato setiap hari atau ada kesempatan joget2 atau lari2 dgn anak...

tak pun mlm2 bole je pakai bekung mcm time berpantang..
Quote awinpj 26-1-2014 11:59 PM
Aisey...kena senaman gak ke....malasss...yg lain tu no Hal....mmg amalkan...tp x kurang gak lemak kat perut ni...my friend yg part time gym instructor ckp...kena buat senaman satu ni....dia tunjuk mmg nampak senang be he said u hv to be consistent for at least 1 mth...100x per day....20x per session...dia kata cfm jadik because dulu dia muncit walaupun x gemuk(biasala la lelaki lepas kawin perut mesti naik kan)...dia buat mmg flat la his tummy....bila dgr 100 Kali langsung me x buat...hehehehe...cardio excersice he said the best for every1 regardless ur gender n marital status
Quote hirobie82 4-3-2014 02:55 PM
tang perut ni, mmg susah nk turun...tetambah kalau dh beranak..Tp kata org kena jg ms dlm pantang..cnthnya kalo lps bsalin anak pertama ko buncit, kena beranak balik,kena pantang blk..ha masa tu la ko pakai bengkung betul2..jg makan segala bagai..repair balik body tu...aku pn xtau betul ke idak..
Quote alyzfatiha_7953 4-3-2014 07:06 PM
awinpj posted on 26-1-2014 11:59 PM
Aisey...kena senaman gak ke....malasss...yg lain tu no Hal....mmg amalkan...tp x kurang gak lemak ...

Sypun buat jg exercise gitu kekononnya..tp setakat 20-25x jer la..hahaha..x larat sama..mana la nak slim perut tu..
Quote awinpj 4-3-2014 10:05 PM
alyzfatiha_7953 posted on 4-3-2014 07:06 PM
Sypun buat jg exercise gitu kekononnya..tp setakat 20-25x jer la..hahaha..x larat sama..mana la na ...

Hehe rajin gak tu buat 20-25 Kali as compared to me....x buat langsung kalo u nak make it more fun tp cfm penat lebih ckit bule try lambung bola....ni Jessica alba buat....myself x rajin....skarang ni amik shortcut...beli ubat sapu yg to me agak mahal nak mampuih....I hope menjadikla...dah malas nak pakai segala high waist panty...leceh time nak buang air
Quote intriQue 5-3-2014 09:53 AM
buat plank exercise
Quote alyzfatiha_7953 5-3-2014 01:21 PM
Kikiki..rajin ler sgt..kekadang tu lupa juga..ubatpun sapu jgk..girdlepun pakai jgk..muahahaaa..melampau btul laa..baru nie bli tummy slim patch kononnya..huhuhu..tak tau la ok ke tak..tp alang2 dah bli tu,tampal jer la..lollol
Quote qasehnuramy 8-3-2014 12:10 PM
alyzfatiha_7953 posted on 4-3-2014 07:06 PM
Sypun buat jg exercise gitu kekononnya..tp setakat 20-25x jer la..hahaha..x larat sama..mana la na ...

heheheh...memula je yg malas..tp klu selalu buat ok kot....

Quote alyzfatiha_7953 8-3-2014 02:09 PM
qasehnuramy posted on 8-3-2014 12:10 PM
heheheh...memula je yg malas..tp klu selalu buat ok kot....

Kikiki..pasal terpaksa jer tu..kalo tak jgn harap la....mls tahap dewa..dok kata nak g joggingpun x pegi2 lg..hahahaaa..
Quote qasehnuramy 8-3-2014 02:16 PM
alyzfatiha_7953 posted on 8-3-2014 02:09 PM
Kikiki..pasal terpaksa jer tu..kalo tak jgn harap la....mls tahap dewa..dok kata nak g joggingpu ...

qaseh g jog tp 2hari jer....hihihi lepas tu trus byebye

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.101544 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top