CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Yaya Maembong, Wan Raja Rancang Kahwin

27-2-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34613| Komen: 127

Description: Kakak Kepada Pelakon Jelita Emma Maembong, Rabbiati Adawiyah Ismail Atau Lebih Mesra Disapa Yaya Maembong Mengakui Dirinya Kini Sedang Hangat Menjalinkan Hubungan Percintaan Bersama Pelakon Yang Sedan ...
KAKAK kepada pelakon jelita Emma Maembong, Rabbiati Adawiyah Ismail atau lebih mesra disapa Yaya Maembong mengakui dirinya kini sedang hangat menjalinkan hubungan percintaan bersama pelakon yang sedang meningkat naik, Wan Raja.


Berkongsi hobi dan minat yang sama, pelakon berusia 38 tahun itu mengakui, Wan Raja merupakan seorang yang memahami dan merupakan pasangan yang sesuai untuknya.
Yaya yang baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama terbitan RTM di Johor berkata, bukan mudah untuk dirinya mencari pasangan yang mampu memahami dirinya.
Sejak mula mengenali antara satu sama lain, dia akui berasa selesa dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang itu.

Pasangan tersebut kini dilihat sudah bersedia dan komited untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan. Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon jelita tersebut?

Kosmo!: Apakah yang membuatkan Wan Raja istimewa pada mata Yaya?
YAYA: Dia (Wan Raja) seorang yang memahami. Kami berkongsi banyak persamaan serta hobi yang sama. Dia juga seorang pelukis dan suka cabaran mendaki. Jadi, keserasian antara kami tersebut menjadikan saya dengannya lebih rapat dan sangat selesa di sisi dia.

Adakah Yaya dan Wan Raja bercadang untuk melangsungkan perkahwinan?
Ya. Kami memang serius dalam perhubungan ini. Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang dalam masa dua bulan akan datang, pihaknya akan datang merisik. Jika segalanya berjalan lancar dan mendapat persetujuan daripada bapa (Ismail), kami akan melangsungkan perkahwinan paling awal yang mungkin pada tahun ini.

Kenapakah Yaya mengambil masa yang lama untuk bertemu dengan bakal suami?
Bukan mudah untuk mencari seseorang yang memahami dan boleh berkongsi segalanya bersama. Bagi saya, kekuatan dalam perhubungan kami terletak kepada minat dan latar belakang yang sama. Dia (Wan Raja) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara. Pada masa yang sama, saya juga lahir dalam keluarga seni.

Apakah yang membuatkan Yaya terbuka hati untuk berkahwin?
Memandangkan umur saya dan dia yang sudah mencecah 30-an, saya rasa sudah sampainya masanya saya serius dan berfikir untuk menjalinkan perhubungan ke peringkat yang lebih serius.

Apakah perkembangan terbaharu karier Yaya?
Saya kini baru selesai daripada penggambaran sebuah drama bersiri terbitan RTM di Johor yang dijangka disiarkan pada tahun ini. Selepas itu, saya akan mengambil sedikit masa untuk pergi bercuti di Gunung Kinabalu, Sabah selama empat hari dan balik semula ke sini dan akan memulakan penggambaran untuk sebuah drama lain.

Selepas berkahwin nanti, adakah Wan Raja membenarkan Yaya untuk meneruskan karier lakonan?
Ya, dia juga memang seorang pelakon dan penggiat seni. Jadi saya rasa, ia tidak menghalang saya untuk terus berlakon dan melakukan apa yang saya suka dan bersyukur. Dia sangat menyokong kerjaya saya sebagai seorang pelakon.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 27-2-2014 08:42 AM
umor 38??janda ke hape ni?
Quote peah311 27-2-2014 08:43 AM
zizan, chef riz, wan raja berbiras la ekau orang.


sapa bf cha cha?

edit.
pelakon baru katanya. iqwal. iqwal whoooooooooooooo


Last edited by peah311 on 27-2-2014 08:45 AM

Quote tapibukanaku 27-2-2014 08:45 AM
peah311 posted on 27-2-2014 08:43 AM
zizan, chef riz, wan raja berbiras la ekau orang.

chef riz dgn sape pulak?
Quote peah311 27-2-2014 08:46 AM
tapibukanaku posted on 27-2-2014 08:45 AM
chef riz dgn sape pulak?

syikin maembong tu..

Quote peah311 27-2-2014 08:47 AM
tapibukanaku posted on 27-2-2014 08:45 AM
chef riz dgn sape pulak?







kat ohbulan ni, dah lama

Quote fifie_olin 27-2-2014 08:48 AM
dh 38 yaya ni ek...
dia ni dh lm belakon kan...tp lgsg x best...ke laut jek...
best lg emma gedik tuh...
Quote tapibukanaku 27-2-2014 08:48 AM
peah311 posted on 27-2-2014 08:47 AM
kat ohbulan ni, dah lama

memang permintaan tinggi anak2 maembong ni
Quote skun 27-2-2014 08:48 AM
sekali Tiga naik pelamin tahun ni, baru gempak sikit jimat pun jimat dari nak buat satu satu
Quote fifie_olin 27-2-2014 08:49 AM
geli plak aku berbobo ...baba...
Quote peah311 27-2-2014 08:50 AM
skun posted on 27-2-2014 08:48 AM
sekali Tiga naik pelamin tahun ni, baru gempak sikit jimat pun jimat dari nak buat satu satu

4 jela..cha cha skali..
Quote setankuning 27-2-2014 08:51 AM
Kalau pembuka berita ni camni

Pelakon yang sedang meningkat naik, Wan Raja, mengakui dirinya kini sedang hangat menjalinkan hubungan percintaan bersama kakak kepada pelakon jelita Emma Maembong, Rabbiati Adawiyah Ismail atau lebih mesra disapa Yaya Maembong

Mesti takde nilai berita kan. Padahal yg retis nye mamat tu bukan si pompuan.
Kesimpulannya, Maembong clan sells
Quote bottombikini 27-2-2014 09:07 AM
patutnye dia cakap - ...umur kami mencecah 40an...bukan mencecah 30an..
Quote mamapea 27-2-2014 09:10 AM
wan raja dh bgtau aku masa raya thn lps dia tgh kapel dgn kakak emma..
tp dia xnak ckp sape..dia ckp tunggu jer la..
semoga cepat kawen..nanti raya blh la wan raja dtg umah aku lg bw wife..
Quote hasniey 27-2-2014 09:10 AM
owh igt yaya ni yg dgn chef riz,
rupenye akak yg laen
ramai btol adik2 beradik maembong yg sangkut ngn retis
Quote cikiciku 27-2-2014 09:10 AM
Dua-dua tak kenal. Retis ke theyolss ni? Berlakon cerita apa? Dah lama sangat iols tak layan tv kekdahnya
Quote hasniey 27-2-2014 09:12 AM
tp knape muke yaya cm skeri jek
Quote rosasa 27-2-2014 09:34 AM
mohon encik maembong buat lagi persandingan 3 sekaligus, teringat nak tengok.. kalau cha cha dah ready, bagi la 4 sekaligus... senang nak sambut anniversary
Quote iman_aly 27-2-2014 09:39 AM
kenal emma dgn chacha je. . .
Quote vutsi 27-2-2014 09:39 AM
sapo wan raja?
wan raja lawak? hahaha

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.274410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top