CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Bayi Melecur Kulit Selepas Dirawat Di Klinik

3-3-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8893| Komen: 45

Description: Beliau Mendakwa, Selepas Selesai Menjalani Pemeriksaan, Doktor Terbabit Memberitahu, Anaknya Menghidap Ruam Biasa Sebelum Memberikan Empat Jenis Ubat Iaitu Dua Ubat Sapu Dan Dua Lagi Untuk Dimakan.


ALOR SETAR - Seorang bapa melahirkan rasa kesal terhadap kecuaian sebuah klinik swasta di sini yang didakwa tersalah memberi ubat sehingga menyebabkan seluruh tubuh anak sulungnya melecur teruk selepas menjalani rawatan pada 16 Februari lalu.


Penyelia stesen minyak, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa telah membawa anaknya yang berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam yang dialami di bahagian paha dan perut.


Beliau mendakwa, selepas selesai menjalani pemeriksaan, doktor terbabit memberitahu, anaknya menghidap ruam biasa sebelum memberikan empat jenis ubat iaitu dua ubat sapu dan dua lagi untuk dimakan.


"Saya ikut segala arahan yang diberikan doktor berkenaan. Pada hari pertama, keadaannya biasa sahaja namun pada hari kedua seluruh kulit anak saya berubah kemerah-merahan seperti terbakar.


"Lebih membingungkan, keadaan itu juga menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi bengkak dan melecur menyebabkan dia hanya menangis setiap hari kecuali pada waktu tidur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jalan Stadium di sini semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 2-3-2014 04:06 AM
uish.. ubt sapu ape tu... ptut parents test dlu kt kulit sndri, kot pedih ke... siannya.. baby ruam ni kna boh calamine lotion je, n bg mndi dgn sabun lactacyd kaler ijau... x pnah plak doc bg ubt mkn, klu ruam biasa...

siannya, terseksa baby tu.. isk..
Quote nurul_akmar 2-3-2014 04:56 AM
kalau sesape ada duit lebeh sket, bawak la anak g test ujian alergi. so dari situ kita tau anak alergi kat ape. so boleh berjaga2 n boleh inform kat doktor time nak dapatkan ape rawatan. tp kalau doktor tu cuai jugak, baru lah boleh sue doktor
Quote zaliyana 2-3-2014 06:24 AM
Mybe budak ni ada alergi yg parent xtau..
Quote gujiwa 2-3-2014 06:35 AM
Ubat ape tuh...
Ke baby ni aczema...
hari tuh aku pegi klinik kesihatan tgk baby kulit merah mcm udang bakar...
baru balik dari wad mak dia cite. Anak kena aczema satu badan... alahai kesian.. dah la musim panas...
Quote awangbok 2-3-2014 06:47 AM
Allergik pun report polis.
Quote peachRose 2-3-2014 07:14 AM
STEVEN JOHNSON SYNDROME la ni..
bukan salah doc yer....
bdn baby tu yg terover react bila makan ubat...
saintis pun duk pening lagi dgn SJS ni...
Quote slyfynx 2-3-2014 07:52 AM
Jgn le terus salahkan klinik
Mane la tau anak tu alergik ke
Doktor pun bukan tuhan yang leh tau semau penyakit
Kalau alergik ni mmg payyah sbb lain2 antara org
Quote peachRose 2-3-2014 08:01 AM
slyfynx posted on 2-3-2014 07:52 AM
Jgn le terus salahkan klinik
Mane la tau anak tu alergik ke
Doktor pun bukan tuhan yang leh tau se ...

betul tu..
ini kes alergik x 100 kali ganda...badan terover react beyond control...

Quote PulutDereyan 2-3-2014 08:32 AM
nurul_akmar posted on 2-3-2014 04:56 AM
kalau sesape ada duit lebeh sket, bawak la anak g test ujian alergi. so dari situ kita tau anak aler ...

kt mana ada buat alergi test tu..
bleh share detail lg tak..
Quote True-X 2-3-2014 08:45 AM
Mlm td br je aku mkn udang butter prawn kt telok tempoyak...
Quote Czaziq 2-3-2014 08:51 AM
siannya. semoga cepat sembuh
Quote jaa139 2-3-2014 10:47 AM
asik doktor yang dipersalahkan kalu kes gini..bukan bleh tau semua orang ade allergik ke tak..kalu makpak pun tak tau, takkan orang lain bleh tau..nak2 kalu klinik..
Quote Artemesiaa 2-3-2014 10:53 AM
Elok ambik tahu ubat apa yang alergik senang sikit nak bagi tahu kat dokter bila nak dapatkan rawatan tak kira le kat klinik atau spetial.  
Quote sayawifenikmie 2-3-2014 10:59 AM

... acer yang prescribe ubat to doc gomen ... pasti dah kena sembur kat sini  ....

sian  kat baby tu  .. umo umo gini tengah lasak  nak merangkak  bagai ....
Quote cupu 2-3-2014 12:36 PM

Doktor beri racun

5710  21 Google +7  5  0 Cetak
Oleh NORUL AWATIF ROMLI

Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Foto


KHAIRUL mendukung Nasrullah yang melecur 100 peratus akibat tersalah ubat yang diberikan doktor ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.


kes cuai kos.my kakak ipar lahir pra matang.7bln.masa kat hosp dia silap suntik ubat dia jd gemuk.gemuk dan gemuk.doktor pun admit la silap..tp da meninggal pun.

Quote noor2 2-3-2014 12:44 PM
teringat kisah dulu2 dalam akhbar..kanak2 mati lepas makan ubat batuk sebab nurse/doktor bagi salah ubat kat mak pak budak tu...
Quote pakweneelofa 2-3-2014 01:16 PM
saman la...jangan tk samaaaaaaaaaaaaaaan
Quote gujiwa 2-3-2014 02:18 PM
Kite ni kalau alergic ubat pun tak tahu epatah lagi la dak kecik..
so ape solutionnye ek..

Tapi tajuk metro mcm hampeh je...
Quote rospinki 2-3-2014 02:38 PM
Selain dari kaedah perubatan moden..cara traditional masih relevan digunakan. Kena rajin bertanya org tua dan kawan2 yg berpengalaman. Cukupkan ilmu dan effort nk jdi ibu bapa..ni skit2 pi klinik. Elejik budak2 kecik ni bukan pasal apa..kalau tk pasal susu atau persekitaran tercemar. Kebersihan dan pencegahan kena dititik beratkan.

...mcm skema je ayat aku tu..hehe

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.227905 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top