Seluruh keluarga pelakon Syed Ali Syed Mokhtar, 28, terkejut sehingga kakak nya yang menetap di Terengganu segera balik ke kampung mereka di Kati, Kuala Kangsar, Perak selepas membaca laporan akhbar pelakon itu dikatakan mempunyai hubungan terlarang dengan seorang artis yang juga rakan karibnya. Orang kampung mula kecoh dan sibuk bertanyakan kesahihan berita itu dengan bapanya sehingga memaksa Syed Ali pulang ke kampung untuk meredakan keadaan dengan menceritakan perkara sebenar kepada mereka. “Kontroversi yang melanda saya dua tahun lalu amat mencemaskan kedua orang tua saya kerana sebagai orang kampung yang di kelilingi jiran tetangga yang sudah seperti saudara sendiri, isu itu membuatkan bapa saya sangat susah hati. Saya segera balik kampung untuk menjelaskan perkara sebenar. “Saya jelaskan pada mereka bukan semua orang sukakan kita dan sebab itulah cerita yang tidak betul itu timbul. Ia pengajaran dan pengalaman terbaik untuk diri saya. “Meskipun ia mencalar imej saya namun sedikit sebanyak ia memberi kesan positif kerana peminat seni semakin mengenali siapa Syed Ali. Namun tidak pula saya menagih untuk dijadikan bahan kontroversi bagi mencipta populariti kerana perkara yang berlaku itu pun bukan dirancang, ia hanyalah gurauan dengan rakan karib yang kemudiannya disalah erti,” katanya. Syed Ali yang menceburi dunia lakonan secara serius sebaik saja tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, mengakui dia banyak belajar dan memperbaiki diri daripada apa yang terjadi. “Perjalanan hidup, ujian dan cabaran menjadi sekolah yang terbaik untuk saya. Untuk menjadi manusia yang bagus kita mesti belajar daripada realiti kehidupan kerana apa yang kita tempuhi itu adalah diri kita yang sebenar. “Saya turut mengambil kira kritikan dan teguran orang sekeliling kerana kita tidak semestinya benar. Bukan saja saya belajar memperbaiki diri daripada kritikan tetapi saya turut membina imej dan penampilan daripada teguran peminat serta rakan. Untuk membina tubuh yang tegap saya bersenam di gimnasium empat kali minggu. “Selama 10 tahun dalam industri lakonan barangkali populariti saya tidak setanding Remy Ishak yang bersama-sama saya dulu bekerja keras untuk berjaya namun begitu saya bersyukur nama saya tidak pernah tercicir daripada bibir pengarah dan produser. “Tawaran berlakon sentiasa ada. Prinsip hidup saya jangan sesekali berputus asa, asalkan mahu berusaha pasti akan berjaya. Saya berasal dari kampung yang tidak kenal sesiapa ketika datang ke Kuala Lumpur (KL) dan untuk menempatkan diri dalam industri saya menghadiri setiap uji bakat yang diadakan. “Saya tiada rupa untuk dijual melainkan bakat dan minat yang dipertaruhkan,” katanya. Zaman persekolahannya di Sekolah Menengah Temenggong Kati, Perak, Syed Ali aktif mengambil bahagian dalam aktiviti seni menerusi Kelab Seni yang ditubuhkan di sekolahnya dan dalam banyak cabang seni dia amat menyukai teater. Dia bersama rakan sekolahnya pernah mementaskan teater mereka di stor Dewan Bahasa & Pustaka dan di Taman Budaya Negeri Perak di Ipoh. “Melihatkan minat saya yang mendalam dalam bidang seni, guru yang mengetuai Kelab Seni itu berpendapat saya perlu keluar daripada kampung untuk mencari lebih banyak pengalaman dan pendedahan. Lantaran itulah pada usia 18 tahun saya berhijrah ke KL dan tinggal bersama kakak. “Dugaan pertama datang apabila kakak pula meninggal dunia dan saya terpaksa mencari bilik sewa untuk memulakan hidup sendiri. Saya sempat mengikuti kursus pengajian TV dan filem di Akademi Seni Negara (Kini dikenali Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dan pernah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup di KL. “Drama pertama lakonan saya ialah Bouganvilla Di Anjung Mahligai (2005) dan Fizo Omar turut berlakon. Saya pernah berlakon untuk iklan dan daripada situlah Pengurus Produksi iklan itu menolong saya mendapatkan watak dalam Renjis yang disiarkan di Astro Ria dengan memegang peranan peguam bernama Rafik,” katanya. Mengakui perjalanan kerjaya seninya pernah suram buat seketika, dia gagahkan diri untuk bangun semula dan berusaha memperbaiki lakonannya.
|
rosasa posted on 3-3-2014 08:19 AM
ni ke yang SS maksudkan tuh??
rosasa posted on 3-3-2014 08:27 AM
hensem2012 posted on 3-3-2014 09:06 AM
Motif Syed Ali sendu nie nk up blk gosip 2 thn lps..elok2 org dh lupe, dia plk yg up semula..crk pub ...
cmf_premierleag posted on 3-3-2014 09:10 AM
Dulu2 ms dia belakon drama renjis aku minat gak la dia ni
pastu dpt tau heols ni hausmate kak sendu ...
sekel posted on 3-3-2014 09:25 AM
sape teman se gay nyer...........sesame artis ke ?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.067352 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.