CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ana Dahlia Rancang Kahwin

3-3-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33636| Komen: 214

Description: Pun Begitu, Baru-Baru Ini Gambar Yang Dikongsi Pereka Fesyen, Ezuwan Ismail Menerusi Laman Sosial Miliknya Mengundang Pelbagai Spekulasi Mengenai Pelakon Filem, Mantra, Ini. Menerusi Gambar Itu, Ana ...


Ana Dahlia: Tempah baju kahwin?

SEJAK berpisah dengan chef selebriti, Chef Riz pada November 2012, nama pelakon, Ana Dahlia kurang dikaitkan dengan kontroversi. Walaupun bekas suaminya yang juga anak kepada chef terkenal, Chef Wan, lebih galak mempamerkan kekasih namun Ana lebih selesa berdiam diri.


Pun begitu, baru-baru ini gambar yang dikongsi pereka fesyen, Ezuwan Ismail menerusi laman sosial miliknya mengundang pelbagai spekulasi mengenai pelakon filem, Mantra, ini.
Menerusi gambar itu, Ana dilihat mengunjungi butik pereka fesyen terkenal itu dengan ditemani seorang jejaka muda.

Malah, ramai yang menjangkakan, kedatangan Ana ke butik berkenaan adalah untuk menempah baju perkahwinan mereka.

Enggan membiarkan gosip itu terus bertebaran, Ana menafikan perkara itu, namun mengakui dia dan jejaka berusia 23 tahun itu ada mengunjungi butik berkenaan.

"Ya, saya ada ke butik berkenaan, namun bukan untuk menempah baju perkahwinan atau berbincang apa-apa perkara mengenai pernikahan dan sebagainya.


"Memang tujuan saya ke sana adalah untuk menempah baju namun, ia adalah baju untuk dipakai pada Anugerah Bintang Popular (ABP 2013), yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Ramai yang bertanyakan saya mengenai perkara ini dan ianya tidak benar sama sekali," kata pelakon drama, Syurga Di Wajahmu ini.

Tak tolak jodoh

Walaupun sudah dua kali menemui episod duka dalam hubungan rumah tangga, namun ia bukanlah halangan besar untuk Ana mencari pengganti.

Enggan bercerita lanjut mengenai jejaka berkenaan, Ana lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Kuasa.

"Siapa yang tak mahu kahwin dan tak nak hidup bahagia dengan berkeluarga. Namun, saya tidak mahu berbicara lebih lanjut mengenai soal ini.

"Kalau ada jodoh, adalah. Semuanya saya serahkan kepada ketentuan Allah SWT," katanya yang tercalon dalam ABP 2013 menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Selain Ana, empat pelakon lain yang turut tercalon adalah Fasha Sandha, Neelofa, Raja Ilya dan Siti Saleha.

Tambah Ana, dia sendiri tidak menjangkakan pencalonan di majlis anugerah berprestij itu memandangkan nama-nama yang ada dalam kategori itu bukanlah calang-calang pelakon.

"Saya sendiri terkejut bila mendapat panggilan daripada pihak penganjur kerana saya rasa, tidak banyak drama lakonan saya di kaca televisyen.

"Namun, saya bersyukur kerana ini adalah kali pertama saya dicalonkan sepanjang penglibatan dalam industri lakonan," katanya lagi.

18

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacategar 25-2-2014 07:52 PM
Asal tak leh pos gambo ni Last edited by pembacategar on 25-2-2014 07:54 PM

Quote lotionmilo 25-2-2014 07:57 PM
mana gambar bakal suaminya???
Quote pembacategar 25-2-2014 07:57 PM
lotionmilo posted on 25-2-2014 07:57 PM
mana gambar bakal suaminya???

Jap nok. Mek nak haplod xlepas lg ni haaaaa
Quote Dadadi 25-2-2014 08:00 PM
Kawen utk Kali ke??
Quote rosasa 25-2-2014 08:01 PM
picca mn
Quote Fleur81 25-2-2014 08:14 PM
Tunggu pic sambil kutip tacang
Quote Zielathefatlady 25-2-2014 08:16 PM
gambar..gambar..kalau betul moga kekal lah ye
Quote mrsbob 25-2-2014 08:17 PM
Menanti gambo dgn sabo.....
Quote cmf_jeangrey 25-2-2014 08:20 PM
harapnya kekal lama la sikit....
Quote mialunar 25-2-2014 08:23 PM
mane gambar nyer T_T ....... badeway mane @miawpink aaa ... da lame x nampak ... senyap jer ... merajuk ker miaw
Quote zyraa 25-2-2014 08:23 PM
nak gambarr...nak gambarr...ni kali ke 3 kan..
Quote skymania 25-2-2014 08:26 PM
kawen lgk?? susun laki macam susun paku menah neh..
Quote adelea 25-2-2014 08:32 PM
Tahniah ..
nodoh ni kan rejeki
Xkira dah baper kali ..
Quote gujiwa 25-2-2014 08:32 PM
Rasenya masuk ni kali ketiga la kan..
pehhh laku abes
Quote myariesa 25-2-2014 08:34 PM
Tu dia..umo bape pompuan ni,udah masuk laki ke 3
Quote Saranghaeyo! 25-2-2014 08:43 PM
mane gambonye
Quote chenta_dewi 25-2-2014 08:46 PM
Untung la..7 suami
Quote starcity 25-2-2014 08:48 PM
Laku sungguh dia ni. harap kali ni tak terpilih gayah lagi
Quote aiskrimpelangi 25-2-2014 08:52 PM
Dia ni kan lawa so mmg le laku kan.

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.359389 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top