CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Mayat Berubah Jadi Mumia Dengan Sendiri Di Colombia

3-3-2014 03:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9518| Komen: 3

Description: Kubur San Bernardo Di Bandar Kecil Di Colombia Yang Mempunyai Keunikan Tersebut . Mayat Yang Dikebumikan Di Sana Menjadi Mumia Dengan Sendirinya Dalam Keadaan Masih Di Dalam Keranda . Keanehan Ini Dit ...
Misteri Mayat Berubah Jadi Mumia Dengan Sendiri di Colombia

Misteri Mayat Berubah Jadi Mumia Dengan Sendiri di Colombia | Orang Mesir melakukan proses pemumian mayat sejak zaman kuno lagi . Namun sebuah lokasi di Colombia boleh memumiakan jenazah secara semula jadi .

Kubur San Bernardo di bandar kecil di Colombia yang mempunyai keunikan tersebut . Mayat yang dikebumikan di sana menjadi mumia dengan sendirinya dalam keadaan masih di dalam keranda . Keanehan ini ditemui pada 15 tahun lalu oleh penggali kubur bernama Eduardo Cifuentes .







Eduardo mendakwa bahawa tubuh mumia telah ada sejak sekitar 1957 . Mumia itu mempunyai bentuk kulit kerepot dan pucat .Pun begitu dengan pakaiannya yang berubah warna jadi kecokelatan kerana berlalunya waktu .

Lokasi lain yang boleh memumiakan secara semulajadi adalah di Guanajuato , bandar Mexico , Amerika Latin . Kandungan gas di bawah tanah dan keadaan tanahnya menjadi rahsia proses pemumian natural ini . Tapi hal ini diyakini tidak berlaku di tanah perkuburan San Bernardo .

Sebab utama adalah keadaan di San Bernardo yang jauh berbeza dengan di Guanajuato . Pasalnya , jenazah disemayamkan di atas tanah ( seperti adat di Colombia ) , bukan dikubur di dalam tanah seperti di Guanajuato . Hal itu menunjukkan pemumian tidak berkaitan proses di dalam tanah .



Namun menurut warga tempatan proses pemumian itu kerana kandungan air , suhu tanah dan sekurang-kurangnya bahan kimia dalam makanan mereka . Beberapa orang berfikir faktor dua buah yang tidak biasa dalam makanan tempatan mereka iaitu guatila dan balu . Sedangkan lain menganggap pemindahan makam pada 1957 kerana di kuburan lama tidak pernah dijumpai mumia .

Kini mumia – mumia tersebut menjadi daya tarik pelancong yang berkunjung ke Colombia . Datuk Bandar pun telah memerintahkan pembuatan muzium khas di belakang kubur yang mempertontonkan 8 mumia di dalam kotak kaca . Meski mendatangkan pemasukan daerah namun tidak semua warga bersetuju projek pengkomersilan mumia ini .



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 9adrenalin 9-3-2014 09:15 PM
bayangkan gambar kedua tu toleh pastu pandang camera....gulpp
Quote kucing_gebu 11-3-2014 01:45 PM
kenapa semua mumia mcm angkat kepala nak bangun or terkujat tgk sesuatu...
bukan selalunya mayat kepala dia ke bawah sama paras badan ke...aaiiisshhh...scary
Quote mute 11-3-2014 04:12 PM
kucing_gebu posted on 11-3-2014 01:45 PM
kenapa semua mumia mcm angkat kepala nak bangun or terkujat tgk sesuatu...
bukan selalunya mayat ke ...

tekujat bangun tido dalam alam kurburan agaknyer, ataupon dieorang ni baring atas bantal ni...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044154 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top