CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Kata Masalah Jerebu Sekarang Bukan Dari Indonesia

5-3-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6842| Komen: 25

Description: Keadaan Itu Disokong Dengan Merujuk Kenyataan Dikeluarkan Ketua Meteorologi, Klimatologi Dan Agensi Geofizik (Bmkg) Berpangkalan Di Pekan Baru, Sugarin Pada Jumaat Lalu Yang Mengakui Perubahan Angin Y ...


Petaling Jaya: Paras bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di negara ini mencapai tahap tidak sihat berpunca daripada perubahan angin susulan kebakaran tanah gambut dan hutan yang berlaku di wilayah Riau, Indonesia sejak seminggu lalu.

Penasihat Kanan Teknikal Projek Hutan Tanah Gambut ASEAN (APFP) di bawah kendalian Pusat Alam Sekitar Global (GEC) Faizal Parish mengaitkan keadaan jerebu yang melanda negara itu turut berpunca akibat kebakaran di Riau.

Beliau berkata, kebanyakan kebakaran yang berlaku di Riau berpunca daripada kerja pembersihan tanah gambut yang dilakukan pemaju ladang dan pekebun kecil di wilayah itu.

“Wilayah Riau yang mempunyai empat juta hektar tanah gambut terdedah kepada kebakaran yang serius apabila kerja pembersihan dilakukan di kawasan itu.

“Kebakaran di tanah gambut boleh menjana asap ratusan kali ganda lebih banyak berbanding asap kebakaran di tanah biasa berikutan ia terhasil daripada bahan tumbuhan terkumpul sejak ribuan tahun lalu.

“Jadi, walaupun di negara kita berlaku kebakaran terbuka dan tanah gambut seperti Sepang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, namun kami melihat kebakaran di Riau menjadi penyumbang ketara kepada peningkatan IPU di negara ini,” katanya, semalam.

Keadaan itu disokong dengan merujuk kenyataan dikeluarkan Ketua Meteorologi, Klimatologi dan Agensi Geofizik (BMKG) berpangkalan di Pekan Baru, Sugarin pada Jumaat lalu yang mengakui perubahan angin yang sebelum ini dari timur berubah arah hingga memberi peluang Singapura dan Malaysia dilanda jerebu.

Pada ketinggian antara 7,000 hingga 10,000 kaki dari atmosfera, terdapat pusaran yang didapati mengubah arah jerebu ke tempat lain,” katanya.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar semalam, setakat jam 6 petang, IPU yang mencatatkan paras bacaan melebihi 100 iaitu tidak sihat membabitkan Banting, Batu Muda dan Nilai.

Jerebu tebal turut meliputi sebahagian wilayah Riau hingga mencatatkan bacaan IPU tinggi, sekali gus mengakibatkan 30,000 orang terpaksa mendapatkan rawatan kerana masalah pernafasan.

Malah, kebakaran juga dikesan berlaku di Pulau Rupat, Indonesia, kira-kira 40 kilometer dari Port Dickson, Negeri Sembilan.


Bagus
2

Marah

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 5-3-2014 07:40 AM
Dalam bab jerebu, Indonesia masih boleh berbangga kerana mereka masih lagi juara penyumbang jerebu di Asia Tenggara.
Quote Muntz 5-3-2014 07:44 AM
AKu rasa kerajaan buat statement camtu pasal nak jaga hati sedara mereka di Indonesia kut.
Quote gogo2 5-3-2014 07:53 AM
bukankah Zahid kata >50% menteri dari Indon? Pasal tuh dorang kata jgn blame indon. Kita serumpun. Last edited by gogo2 on 5-3-2014 07:57 AM

Quote gogo2 5-3-2014 07:54 AM
REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR---Menteri Dalam Negeri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi menyebutkan, lebih separuh menteri di Malaysia adalah keturunan dari Indonesia yang menunjukkan betapa dekatnya hubungan dua negara bertetangga ini.
"Hubungan dua negara (Indonesia-Malaysia) luar biasa dekatnya dan Duta Besar Herman Prayitno juga luar biasa. Kami di Malaysia senang dengan beliau," kata Zahid di sela-sela Resepsi Diplomatik menyambut HUT ke-68 Republik Indonesia di Kuala Lumpur, Senin Malam.
Salah satu contoh menteri di Malaysia yang keturunan Indonesia adalah Ahmad Zahid Hamidi, yang keturunan Jawa. Sejumlah menteri Malaysia lainnya ada yang keturunan Bugis, Minang dan sejumlah suku di Indonesia.
Menurut Zahid, hubungan darah di antara kedua negara ini dapat mengatasi apapun permasalahan dan merupakan suatu pendekatan untuk mempererat hubungan mulai dari pemimpin, budayawan, pelaku bisnis dan semuanya.
Bahkan kata dia, soal budaya tidak ada untuk mengklaim apalagi menciplak karena budaya itu harus dihormati. Oleh karenanya, dia percaya hubungan kedua negara ini di masa mendatang juga akan terus kuat dan erat. "Tentu hubungan kita akan terus menguat karena kedua pemimpin negara bertetangga ini juga sepakat untuk terus memperkuatnya," kata Zahid.
Quote satriastendet 5-3-2014 07:55 AM
Muntz posted on 5-3-2014 07:44 AM
AKu rasa kerajaan buat statement camtu pasal nak jaga hati sedara mereka di Indonesia kut.

aku rasa pun mcm tu jgk.........ATAU nak jaga kroni2 malaysia yg ladang2 diorg ada buat pembakaran kt indonesia sana tu. hampeh punya pompuan yg bg statement kt tv bgtau pembakaran tu bukan dr indonesia kalau dia tu mmg jaga nk cover kroni2 tu
Quote gogo2 5-3-2014 07:56 AM
satriastendet posted on 5-3-2014 07:55 AM
aku rasa pun mcm tu jgk.........ATAU nak jaga kroni2 malaysia yg ladang2 diorg ada buat pembakaran ...

zahid indon.jpg
Quote satriastendet 5-3-2014 07:58 AM
gogo2 posted on 5-3-2014 07:56 AM

next please
Quote shernazz 5-3-2014 08:05 AM
choy gila statement
berbelit2 nak salahkan itu ini
punca2nya tetap sama, indon n pembakaran terbuka di kawasan tempatan juga
Quote Lina66 5-3-2014 08:07 AM


Loorrr..... kan mmg ade pembakaran kat sane...

Jerebu dari sane laaa...
Quote gaara_X 5-3-2014 08:27 AM
indon nak mengaku?....tak de ler...
Quote leylapple 5-3-2014 08:29 AM
campak jer si zahid nie balik riau
Quote JohnLaba 5-3-2014 08:35 AM
Wa bukan apa..

wa kalu dgn Zahid ni, wa gelak je....
Quote AbukRokok 5-3-2014 09:47 AM
Muntz posted on 5-3-2014 07:44 AM
AKu rasa kerajaan buat statement camtu pasal nak jaga hati sedara mereka di Indonesia kut.

mmeamng aku dah agak benda mcm tu...Indon laknatullah kan gila meroyan.... xboleh dipersalahkan skit sentap aje
indon punca masalah dunia.... buat cemar...bunuh org...
Quote AbukRokok 5-3-2014 09:48 AM
Siapa yang kata ????

kan semalam kluar berita Dato Che Gayah tu yg kata bukan punca indon....
Quote AbukRokok 5-3-2014 09:53 AM
gogo2 posted on 5-3-2014 07:53 AM
bukankah Zahid kata >50% menteri dari Indon? Pasal tuh dorang kata jgn blame indon. Kita serumpun. : ...

so boleh la salahkan China....angin timur laut datang dari China
China kominis tentera dajjal laknatullah
Quote ciptaan_Awlah 5-3-2014 09:54 AM
kene jihad kat don utk udara yg bersih
Quote najib888 5-3-2014 09:56 AM
gogo2 posted on 5-3-2014 07:53 AM
bukankah Zahid kata >50% menteri dari Indon? Pasal tuh dorang kata jgn blame indon. Kita serumpun. : ...

Biasa la tu.. Melawak.. Lawak zahid komedi..
Quote annehuda 5-3-2014 10:00 AM
indon penyumbang oksigen kt asia tenggara hokkay
Quote -electrifying- 5-3-2014 11:04 AM
negara kita ni byk dapat mslh dr indonesia.
baek pendatang, baik dari segi jerebu.
yg kita plak lembut je, xpe xpe, bangang nye pemimpin.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070621 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top