CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Jumpa Bayi Dipenuhi Najis

7-3-2014 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9628| Komen: 68

Description: Beliau Berkata, Ketika Kejadian, Dia Dan Rakannya Mahu Meletakkan Kereta Di Kawasan Parkir Di Situ Kerana Hendak Pergi Makan Di Kafe Berhampiran Selepas Selesai Belajar Secara Berkumpulan.
Jumpa bayi bawah pokok

BAYI perempuan berusia dua hari yang ditemui di bawah pokok di SS15,  kelmarin.


Subang Jaya: “Bayi comel itu dipenuhi najis ketika ditemui sebelum saya mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah,” kata Umi Kalsom Khadzir, 18, pelajar Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU) Shah Alam yang menemui seorang bayi perempuan berusia dua hari bersama rakannya yang ditinggalkan di bawah pokok di SS15, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Umi mendakwa panik dan tidak tahu mahu berbuat apa selepas menemui bayi itu sebelum dia dan seorang rakan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya mahu meletakkan kereta di kawasan parkir di situ kerana hendak pergi makan di kafe berhampiran selepas selesai belajar secara berkumpulan.

“Ketika dalam kereta lagi, saya melihat ada bungkusan putih di bawah pokok di kawasan itu dan sebaik turun dari kereta, saya mendengar tangisan bayi sebelum menghampirinya bagi melakukan pemeriksaan.


“Saya tergamam seketika apabila melihat bayi perempuan dibalut menggunakan tuala selain badannya dipenuhi najis,” katanya memberitahu, dia dan rakannya yang panik kemudian mengambil keputusan membawa bayi itu pulang ke rumah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 7-3-2014 03:11 PM
ada pic baby comel kt metro online...

sorry x reti tepek...
Quote alinone78 7-3-2014 03:13 PM
nasib baik ada org yg jumpa
kalau tak mau jadi makanan anjing
Quote Namirul_returns 7-3-2014 03:16 PM
Mana la mak dia agaknya... time bersedap-sedapan tak ingat... dapat baby dibuangnye macam tu je....
Quote iza.moha 7-3-2014 03:21 PM
baby tu berak..x pakai pampes ke..bdn di penuhi najis
Quote nebulagazer 7-3-2014 03:22 PM
Ni lahir mac..means jun lepas la ek..ke julai punye bersedapan..kaum mane weh...byk sgt rumpun bangsa kat mulaysia skrg ni
Quote prettyuglybabe 7-3-2014 03:25 PM
beraninya bawak balik rumah. padahal balai polis dekat je kat situ..
Quote amiraira 7-3-2014 03:29 PM
apesal la jadi lagi benda2 mcm ni...
kalau ya pn x nk....
letak la depan umah org ...
buatnya anjing dpt dulu cmne....

sampai tul hati manusia durjana ni la...
apa salah bby tu....
Quote ohsemmm 7-3-2014 03:34 PM
nasib baik baby tu okay...
hai la manusia....
yang teringin anak susah kemain nak dapat,
yang dorang ni buang anak macam buang sampah
Quote ellZack 7-3-2014 03:37 PM

Quote mak_wa95 7-3-2014 03:41 PM
prettyuglybabe posted on 7-3-2014 03:25 PM
beraninya bawak balik rumah. padahal balai polis dekat je kat situ..

tah2 anak dia....macam ada kes dulu...bgth mak dia ada orang tua tinggal baby dekat tempat kesat kaki depan rumah,,,padahal baby dia baru lahir..
Quote akakmasihvogue 7-3-2014 03:41 PM
alhamdulilah...baby ini selamat
Quote babypurple 7-3-2014 03:41 PM
Bayi yg x berdosa sentiasa dlm pemeliharaan Allah
Quote naina 7-3-2014 03:46 PM
Nsb baik sempat selamatkan.
Comelnye bby ni
Quote clarizsa 7-3-2014 03:52 PM
ellZack posted on 7-3-2014 03:37 PM
BAYI perempuan berusia dua hari yang ditemui di bawah pokok di SS15,  kelmarin.

thanx tlg tepek pic baby...
(*^﹏^*)
Quote missyqaldina 7-3-2014 03:55 PM
ya allah..comelnya baby tuuu...
kalau aku pon aku amik..basuh baby bersih2..pstu bru anta hosp or balai polis..
Quote prettyuglybabe 7-3-2014 03:56 PM
mak_wa95 posted on 7-3-2014 03:41 PM
tah2 anak dia....macam ada kes dulu...bgth mak dia ada orang tua tinggal baby dekat tempat kesat k ...

tu la.. pikir ikut logik pun, dari bawak balik rumah, baik terus hantar balai buat report.
Quote bidacool 7-3-2014 04:00 PM
mak_wa95 posted on 7-3-2014 03:41 PM
tah2 anak dia....macam ada kes dulu...bgth mak dia ada orang tua tinggal baby dekat tempat kesat k ...

Yg kt johor tu ke? Jawa 2 org dh bertunang, yg lelaki bg tau terjumpa baby.... check2 rupanya bbrp hr sebelum tu tunang dia br bersalin kt hospital area tpt tu jugak...... kantoi anak luar nikah sendiri....
Quote biggirlduncry 7-3-2014 04:01 PM
comel budaknya...
kasihan
Quote BotakChinPeng 7-3-2014 04:02 PM
parkir ? kenapa pekerja harian pprt metro suka guna istilah indon

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070979 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top