CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Chef Wan Luah Rasa Simpati

12-3-2014 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10788| Komen: 25

Description: Umum Mengetahui, Chef Selebriti Terkemuka Negara, Redzuawan Ismail Atau Lebih Mesra Disapa Sebagai Chef Wan, Agak Lantang Dalam 'Mengecam' Nasi Lemak Yang Dihidangkan Di Dalam Pesawat Malaysia Airline ...
UMUM mengetahui, chef selebriti terkemuka negara, Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, agak lantang dalam 'mengecam' nasi lemak yang dihidangkan di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok, sebelum ini.

Bahkan, menu tersebut digelarnya sebagai 'Nasi Lemak Telanjang' kerana tidak dilengkapi dengan ikan bilis dan kacang serta timun lalu dimuat naikkan di akaun Instagram miliknya.




Lupakan seketika kritikan itu, bapa kepada pelakon Serina ini, bagaimanapun turut bersimpati di atas misteri kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan seluruh dunia.

Masih lagi menggunakan medium yang sama di akaun Instagramnya, Chef Wan, meluahkan rasa sedih apabila salah seorang krew penerbangan MH370 yang dikenalinya, Rainhasnan, turut menjadi mangsa kepada peristiwa malang itu.

Menurut Chef Wan, dia mengenali kru berkenaan kerana kerap kali ke luar negara atas urusan kerja. Malah pernah bersapa mesra dengannya.

Mendoakan yang terbaik, Chef Wan, juga berharap agar keluarga Rainhasnan terus bersabar dan berdoa supaya mendapat kekuatan.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, jam 6.30 pagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 12-3-2014 03:10 PM
kalu kna katup x tw la. sbb smua benang MH bkkk kt isu. meh payung skit gossip
Quote cikatilia 12-3-2014 04:00 PM
berun posted on 12-3-2014 03:10 PM
kalu kna katup x tw la. sbb smua benang MH bkkk kt isu. meh payung skit gossip

semua pon simpati..
1 -1 artis simpati bukak thread.. lols
Quote Leonarzi 12-3-2014 04:46 PM
Paknil siap bercucuran air mata smlm masa beri ucapan dlm meletop
Quote pakweneelofa 12-3-2014 05:11 PM
chef wan tak lama lg jadi duta MAS
Quote aseela 12-3-2014 05:33 PM
pakweneelofa posted on 12-3-2014 05:11 PM
chef wan tak lama lg jadi duta MAS

Duta MAS-Catering
Quote ratuiphone 12-3-2014 08:40 PM
rainhasnan punye wife aku tgk cantik...anak dia cute..
Quote somtam 12-3-2014 08:44 PM
chef hyprokirt dan busuk hati..semua org dia cakap tak betul belaka dialah paling suci.. Kat instagram peniaga semua dia block . Biarpun tak berniaga..tak ada gambar sgt dia block . Mcm la.. kalau dia kenal nak p umah peminat dia..sampai buat mcm tu sekali.. . Tak perlu ada keangkuhan sekiranya kita berada di atas .. nanti satu hari kita akan berada "bawah" sana jgn terkejutlah..ye.. Last edited by somtam on 12-3-2014 09:08 PM

Quote hana_hana79 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x henti-henti.....
Quote juliez 12-3-2014 09:32 PM

I rasa u guys should open 1 thread khas utk "CHEF WAN & HIS INSTAGRAM POST"

Jenuh la wehh kalau 10 org chef wan critics/puji, 10 thread korang nak bukak kat sini
Quote MissLibra 12-3-2014 09:47 PM
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...

Sorry to hear hana, your family terlibat juga? Dont worry, you have prayers drpd seluruh Malaysia malah dunia. Insya Allah, baiklah pengakhirannya nanti. Doa.
Quote scents 12-3-2014 10:08 PM
hana_hana 79.... let us hope 4 the best, ALLAH S.W.T with us.... tabah dan sabar la, INSHA ALLAH pengakhiran yg baik buatnya... AMIN AMIN
Quote adiwarna 13-3-2014 12:30 AM
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...

semoga hana dan family bertabah di atas dugaan Allah ini......insyaallah, didoakan agar ada pengakhiran yg membahagiakan....semoga terus-terusan berdoa dan berdoa....Allah Maha Mendengar....
Quote tomet05 13-3-2014 09:45 AM
bolehkasi kombain ljelah kan
Quote ayjay 13-3-2014 09:58 AM
somtam posted on 12-3-2014 08:44 PM
chef hyprokirt dan busuk hati..semua org dia cakap tak betul belaka dialah paling suci.. Kat instagr ...

saya setuju block je instagram peniaga yang tak tahu etika, habis semua gambar dia nak komen dgn iklan dia!
Quote sekel 13-3-2014 10:00 AM
somtam posted on 12-3-2014 08:44 PM
chef hyprokirt dan busuk hati..semua org dia cakap tak betul belaka dialah paling suci.. Kat instagr ...

ko ada kena mengena psl kena 'block' dgn Cef nie ke ?????????????
Quote amyainsamad 13-3-2014 10:20 AM
simpati........
Quote schababe 13-3-2014 11:17 AM
ratuiphone posted on 12-3-2014 08:40 PM
rainhasnan punye wife aku tgk cantik...anak dia cute..

rainhasnan tu pun merembes hokehhh..
Quote schababe 13-3-2014 11:19 AM
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...

prayforMH370..


Quote cikenet 13-3-2014 11:32 AM
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...

Hana,

moga u and family tabah hadapi dugaan ini yerrr...
sama2 ler kita perbanyakkan doa buat mereka semua...amin

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071306 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top