CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Culik, rogol gilir-gilir..rakam gambar bogel mangsa

15-1-2013 11:02 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 30845| Komen: 141

Description: Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari d ...
Oleh Hadzlan Hassan




Gambar hiasan sajorkkk


Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu. Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.

Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.

“Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

“Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.

Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/15


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 15-1-2013 10:31 AM
Kesiannya....ya Allah,takutnya nak keluar rumah..
Quote prettyuglybabe 15-1-2013 10:37 AM
kawan yang tak diculik tengok saja ke kawannya diculik? sikit pun tak ada rasa nak report polis ataupun keluarga kawan yang diculik tu?
Quote reyust 15-1-2013 10:37 AM
ohh Malaysiaku...
Quote skeezotone 15-1-2013 10:39 AM
xpe.. kes terpencil jer ni..
Quote din_atos 15-1-2013 10:43 AM
skeezotone posted on 15-1-2013 10:39 AM
xpe.. kes terpencil jer ni..

terkena kat mak ko akak ko adik ko xpe kes terpencil je
Quote geng_tx 15-1-2013 10:43 AM
dan... mentri umno kata, malaysia masih selamat?


setuju dgn statement mentri itu, bermakna anda bersetuju utk mempunyai kebarangkalian dirogol.

nyata ketidaksetujuan anda melalui undi.

pangkah BN untuk bersetuju

pangkah selain dari BN bagi memberi pendapat anda bahawa malaysia ini tidak selamat dan polis bekerja lebih kuat dan bukannya menjadi pak turut umno...

anda adalah penentu masa depan anda...
Quote si bulat 15-1-2013 10:45 AM
kawan dia x gi report ke? ke kawan dia nya plan ni...? ish.. ish.. ish...
Quote ginbug 15-1-2013 10:47 AM
din_atos posted on 15-1-2013 10:43 AM
terkena kat mak ko akak ko adik ko xpe kes terpencil je

dek non, bukan dia cakap kes terpencil tu dengan nada sarcastic ke? janganlah bash dia
Quote fatehana 15-1-2013 10:48 AM
pelik kenapa kawan yg x kena culik x bg tahu kat keluarga mangsa?
dan naper mangsa dilepaskan camtue jer
camner pun mmg mesia dah x selamat
dah macam apa jer
siang hari org culik then kena rogol
Quote callance 15-1-2013 10:49 AM
hari2 ade berita kes rogol...x selamat dah Malaysia ni..
Quote undark 15-1-2013 10:49 AM
kawan dia buat plan kot dgn geng2 tu.. bengong senyap je
Quote ctaz 15-1-2013 10:50 AM
oooo...ini kes terpencil jer....
tak perlu riso....
kata menteri2 yg sedang duduk sambil dikelilingi polis2 dan bodyguard2
Quote skeezotone 15-1-2013 10:51 AM
din_atos posted on 15-1-2013 10:43 AM
terkena kat mak ko akak ko adik ko xpe kes terpencil je

ko ni xpaham ayat 'sarcastic' ker?.. ke ko ni mmg lurus bendul orgnyer?.. smua nk kena ckp straight to the point??..

Quote asher 15-1-2013 10:53 AM
gilo nak jadi mcm kat india sana nun ker..culik rogol berleluasa..
Quote skeezotone 15-1-2013 10:53 AM
ginbug posted on 15-1-2013 10:47 AM
dek non, bukan dia cakap kes terpencil tu dengan nada sarcastic ke? janganlah bash dia

tu yg aku pelik tu.. ke kat forum ni ada budak2 sek rendah duk lepak?.. huhuu

Quote euglena 15-1-2013 10:53 AM
oh, Malaysiaku...

dia bukan tunggu bas alone, tapi berdua ngan kawan, itupun boleh kena culik n rogol..

takutnya dngan suasana skarang...
Quote ginbug 15-1-2013 10:55 AM
skeezotone posted on 15-1-2013 10:51 AM
ko ni xpaham ayat 'sarcastic' ker?.. ke ko ni mmg lurus bendul orgnyer?.. smua nk kena ckp straigh ...

ada research yg menunjukkan, pengunaan dan respon dekat sarcasm ada kaitan lansung dengan tahap iq. eh, jangan tembak saya
Quote skeezotone 15-1-2013 10:58 AM
ginbug posted on 15-1-2013 10:55 AM
ada research yg menunjukkan, pengunaan dan respon dekat sarcasm ada kaitan lansung dengan tahap iq ...

aku rs tu fakta tepat.. bukan sarcastic.. hahahaha!!!

Quote brownstone 15-1-2013 11:04 AM
apsal gambar mcm kokesen and negro? rasa mcm kat luar negara je...

ni mesti kes reporter metro jumpe gambar...
pastu reka cerita berdasarkan gambar.

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.111752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top