CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
CARI Malay Forums Main Terkini View content

Belasah bini dalam pantang dengan batu lesung: Suami didakwa!

16-1-2013 09:42 AM|Author: tongkatwaran75|Views: 4216| Comments: 52

Summary: KAMARUDDIN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kangar semalam selepas didakwa membelasah isterinya yang dalam pantang hingga cedera parah pada 5 Januari lalu. KANGAR – Seorang lelaki dihadapkan k ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


KAMARUDDIN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kangar semalam selepas didakwa membelasah isterinya yang dalam pantang hingga cedera parah pada 5 Januari lalu.

KANGAR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membelasah isterinya yang masih dalam pantang hingga mengakibatkan wanita itu cedera parah pada 5 Januari lalu.

Bagaimanapun, Kamaruddin Hassan, 41, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.
Mengikut pertuduhan, Kamaruddin didakwa telah mencederakan Anira Aziz (gambar kecil), 28, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh Seberang Sungai di sini pada pukul 4 pagi, 5 Januari lalu.

Dia mencederakan isterinya itu dengan menggunakan bingkai gambar, lesung batu dan belakang pisau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Zuhair kemudian membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM2,500 selepas mendengar rayuan bapa kepada dua anak itu dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Kuala Lumpur membayar denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan Yaakob manakala tertuduh diwakili peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli.


View Comment Views: 4216   Comments: 52 Click To Reply

Share to:

Previous : Culik, rogol gilir-gilir..rakam gambar bogel mangsa

Next       : Kami professional, tiada masalah cium & dukung !

Comment

Latest Comments

Quote tongkatwaran75 16-1-2013 04:43 AM
main dan jer...
Quote Orange1 16-1-2013 04:51 AM
Sakai pprt sgt jantan mcm ni.
Quote faraway1 16-1-2013 05:07 AM
harap ada orang baling dia batu lesung pulak...
harap baling di punai..
Quote Orange1 16-1-2013 05:18 AM
Ni lah jadinya bila lelaki ditatang mcm raja dlm m'kat kita. Penyalahgunaan kuasa!
Quote SulurBidar 16-1-2013 05:26 AM
Pengalaman aku bergaul dgn laki org yg panaz baran atau suka pukul bini (sbb kat opis aku dulu kerap gossip kerani tu lebam sana, sexytary tu bengkak muka, IT Network Exec lebam mata) depa takut sakit dan tK berani nak lawan memana jantan
.

Aku pernah ajak dua org suami ni main ragbi tapi diorang kata game ragbi ni menyakitkan badan dan ganaz..

Dlm hati aku, ngko sakitkan bini ko tau plak..
Quote Al-Patih 16-1-2013 05:32 AM
Zuhair kemudian membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM2,500 selepas mendengar rayuan bapa kepada dua anak itu dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Kuala Lumpur membayar denda tersebut.

bolih pulak merayu ....agaknya ...bila isteri merayu ...jangan pukul ...buat pekak ....gagah dengan orang lemah
Quote FanTasyCreaTioN 16-1-2013 06:35 AM
untuk nota kaki
Quote FanTasyCreaTioN 16-1-2013 06:37 AM
SulurBidar posted on 16-1-2013 05:26 AM
Pengalaman aku bergaul dgn laki org yg panaz baran atau suka pukul bini (sbb kat opis aku dulu kerap ...

jenis macam ni .. jenis yang berani pada lemah dari mereka jer
Quote MissNigga 16-1-2013 07:14 AM
muka cam nak mintak penampar jer ....
Quote rebecca_nur 16-1-2013 07:17 AM
Lelaki pukul pompuan ni dayus aka pondan ..berani ngan pompuan jer..sesama lelaki penakut..tendang jer kat bibird dia kasik pecah , mandul trus! Last edited by rebecca_nur on 16-1-2013 07:18 AM

Quote mamasaffiya 16-1-2013 07:37 AM
ni yg kes kata dia balik kg tengok2 wife dia tengah tido berpelukan ngan jantan lain?
pastu wife dia kata pulak hasben dia cemburu sebab masa tu ada 2 org lelaki dalam rumah dia tgh hisap rokok
Quote haryatie 16-1-2013 07:56 AM
slalu prempuan yg pas bersalin gila meroyan..
ni laki lak yg gila meroyan...
mmg spesis hampeh jerk..
klau x suka cerai jerk..
x kira la salah siapa n salah apa..da x suka buat apa nak pukul2 lagik..
Quote mute 16-1-2013 08:03 AM
benam aje muke dalam mangkuk taik cirit...cam haram pukui pempuan
Quote fifie_olin 16-1-2013 08:09 AM
dayus
Quote ombak_rindu 16-1-2013 08:26 AM
ada cerita tak kenapa dia pukul bini dia? tak dapat ehem kah?
Quote aurora273 16-1-2013 08:36 AM
ombak_rindu posted on 16-1-2013 08:26 AM
ada cerita tak kenapa dia pukul bini dia? tak dapat ehem kah?

daku pon pikir benda yg sama... kalo tak, tak kan kes jadi masa kol 4 pagi... air dah naik kepala la tu...
Quote Ha_Neul 16-1-2013 08:43 AM
lelaki 1 nafsu 9 akal
Quote Gegancu 16-1-2013 09:11 AM
apa cerita sebalik kes ni?

pengkomen sejati emo2 pulak hahaha..
nak kena tau dulu apa kes x kan la dia terlalu celaka sampai tetiba hentam bini ngan lesung..
tu dah masuk kes orang gila dah kalau macam tu.
Quote qriecy 16-1-2013 09:20 AM
nie kisah yang bini tu berpantag kat kg.. laki keje kl.. skali laki balik tgk bini dia peluk dgn laki lain.. rasanya berita ni berkaitan.. ke kes yg lain...

All Comments(52)

For more features and services, register now to become a member of CARI!

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-10-2014 06:22 AM , Processed in 0.129728 second(s), 20 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top