CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 1

Putra mengejar impian 'di jalanan'

[Copy link]
Post time 18-8-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Putra mengejar impian 'di jalanan'


Putra bersama bapanya Mohd Zuraimi. FOTO Hazreen Mohamad


Kuala Lumpur: Perjalanan Putra Aqmal Danish Mohd Zuraimi tidak seperti kebanyakan remaja seusianya kerana sudah mula berdikari mencari rezeki sebagai pelukis jalanan di Bukit Bintang, di sini, sejak berusia 14 tahun.

Hasil pendapatannya tidak lumayan namun minat yang menyebabkannya bertahan sehingga kini.

Pemuda mesra disapa Putra itu tidak berseorangan sebaliknya ditemani bapanya, Mohd Zuraimi Darus, 49, yang juga menjual kraftangan dan setiap hari, mereka berulang alik dari rumah di Rawang, Selangor untuk mencari rezeki di ibu kota.

Pengalaman menjadi pelukis jalanan pada usia muda bukan hanya mengajar Putra, 18, untuk mengatasi perasaan malu melukis di khalayak tetapi belajar erti kepayahan mencari rezeki di ibu kota.

Berkongsi kisahnya, Putra berkata, dia mula melukis pada usia lima tahun dan bapanya yang cuba menyuntik minat dalam dirinya.

Katanya, Pendidikan Seni juga menjadi subjek kegemarannya ketika di sekolah dan bakatnya turut mendapat perhatian guru.

"Ayah yang carikan minat (melukis) untuk saya kerana biasalah waktu kecil tidak nampak lagi (minat). Kiranya, saya banyak belajar dengannya (ayah) dan pada usia 14 tahun, ayah bawa ke sini (Bukit Bintang).

"Bukan senang melukis di khalayak kerana kita perlu fokus dan pada masa sama perlu hadap orang lalu lalang tetapi lama kelamaan jadi terbiasa," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurut Putra, pada awalnya, dia belajar melukis pelbagai subjek sebelum fokus dengan lukisan potret.

Katanya, pelbagai ragam dan kerenah pelanggan pernah ditemuinya namun Putra terima saja kerana menganggap ia lumrah perlu ditempuhinya sebagai pelukis jalanan.

"Ada (pelanggan) yang harapkan hasil lukisan seperti fotostat. Ada juga yang tahu hargai dan sebaliknya, namun saya anggap mereka itu (yang tidak menghargai) mungkin tidak tahu seni.

"Sebagai pelukis, saya cuba ikut saja permintaan walaupun ada yang minta lukis berulang kali demi kepuasan mereka. Bagi saya, melukis tidak senang dan memang ada susahnya cuma pengalaman membantu kerana dulu, saya ambil masa sehari untuk siapkan lukisan tetapi kini, dua hingga tiga jam saja," katanya.

Menceritakan pengalaman ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, Putra bersyukur kerana masih menerima tempahan daripada pelanggan walaupun tidak dapat melukis di jalanan ketika itu.

"Waktu PKP memang syok kerana duduk di rumah tetapi tempahan tetap masuk. Ada saja tempahan dan boleh dikatakan rezeki saya tidak putus ketika itu.

"Selain melukis di jalanan, saya ada juga ambil tempahan secara dalam talian dan banyak juga dapat daripada pelancong asing yang mahukan lukisan sebagai cenderawati untuk dibawa pulang ke negara mereka," katanya yang meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.

Buat masa ini, Putra tiada perancangan untuk menyambung pengajian kerana mahu terus menjadi pelukis jalanan namun mengharapkan ada peluang melukis di luar negara.

"Saya kini sedang mendaki tangga dan mahu terus melukis kerana ini minat saya malah mahu mengubah pemikiran masyarakat terhadap kerjaya sebagai pelukis jalanan," katanya yang menyimpan hasrat untuk menghadiahkan lukisan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Sementara itu, bapanya, Mohd Zuraimi berkata, dia membawa Putra menjadi pelukis jalanan pada usia muda kerana mahu mengajar anaknya itu erti kehidupan.

"Di sini (Bukit Bintang), ada bermacam orang yang lalu lalang termasuk penagih dadah dan gelandangan. Kerana itu, saya mendedahkannya dan beritahu apa yang betul atau salah dan nampak dia (Putra) faham kerana sebahagian hasil pendapatan melukis juga digunakannya untuk sedekah dan bantu gelandangan.

"Itu yang kita nak, iaitu bukan setakat melukis dan bangga melihat dia sudah mula ada rasa tanggungjawab untuk membantu keluarga ," katanya.

Sebagai bapa, Mohd Zuraimi sentiasa menjadi pengkritik nombor satu Putra dan sentiasa berbincang dengan anaknya itu bagi menghasilkan karya berkualiti.

"Sasaran saya adalah membawanya (Putra) melukis di luar negara dan kalau boleh mahu ke Austria. Diharap impian itu tercapai kerana mahu buktikan kepada masyarakat bahawa pelukis jalanan juga boleh berjaya jika ada usaha walaupun tiada sijil atau kelulusan tinggi," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... r-impian-di-jalanan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bakat seni semulajadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059363 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list