CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1292|Reply: 0

'Anak lembu' jaguh murai

[Copy link]
Post time 8-10-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 8-10-2023 09:38 AM

ANTARA murai batu peliharaan Arham Syafiq.


"UNTUK pertandingan seterusnya, kita nak 'blacklist' (senarai hitamkan) 'anak lembu'," seloroh penganjur pertandingan murai batu selepas sekali lagi burung murai batu milik Arham Syafiq Azmi memenangi pertandingan untuk tiga kali berturut-berturut.


Anak lembu' adalah nama salah seekor murai batu yang dipelihara Arham Syafiq sejak setahun lalu. Nama itu diperoleh daripada pemilik asal burung ini yang sering membawa unggas itu melihat lembu ternakannya.

Jiwa pahlawan yang dimiliki unggas ini menjadi sebutan ramai apabila menewaskan ratusan burung lain yang datang daripada seluruh negara.

Jadi, tidak hairan, burung ini pernah ditawarkan belasan ribu ringgit oleh peminat tegar murai batu.


Arham Syafiq berkata, murai batu berusia lapan tahun itu dibeli daripada seorang pemilik burung di Besut, Terengganu.

Katanya, pada ketika itu, prestasi 'anak lembu' agak merosot biarpun sebelum ini pernah bergelar juara di sekitar pantai timur.

ARHAM Syafiq bersama antara piala yang dimenangi dalam pertandingan murai batu

"Pemiliknya yang berputus asa dengan burung itu berhasrat menjualnya kepada pemilik baharu.

"Saya mengambil risiko membeli burung itu untuk 'dirawat' supaya dapat mengembalikan semula jiwa pahlawannya," katanya.

Menurutnya, proses merawat 'anak lembu' bukan mudah dan mengambil masa hampir setahun untuk pulih sepenuhnya.

"Pelbagai cara dan kaedah saya lakukan termasuk memberi makanan berkualiti, menukar kedudukan sangkar dan memastikan sangkar sentiasa bersih, namun ia tidak berubah.

‘ANAK lembu’ memiliki jiwa pahlawan.

"Saya pernah terfikir ingin menjualnya kerana berputus asa dengan burung itu yang tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif, namun dihalang isteri," katanya.

Jelasnya, secara kebetulan pada satu tempoh, dia sibuk menguruskan perniagaan dan tidak dapat meluangkan masa dengan 'anak lembu'.

"Saya serahkan sepenuh kepada pekerja untuk menguruskan 'anak lembu' dan burung lain. Entah bagaimana, selepas sebulan 'anak lembu' menunjukkan perubahan drastik dan menunjukkan kebolehan dan bakatnya.

"Kemudian saya cuba bawanya menyertai pertandingan dan alhamdulillah 'anak lembu' membuktikan kemampuan sehingga berjaya dinobatkan sebagai johan tiga kali berturut-turut," katanya.

Mengulas lanjut, bagi peminat murai batu untuk memenangi pertandingan secara berterusan adalah satu kebolehan luar biasa.

"Kebiasaannya, burung yang menang pertandingan, prestasinya akan sedikit merudum pada pertandingan berikutnya. Namun, 'anak lembu' secara konsisten mempertahankan 'wilayahnya'.

"Boleh dikatakan 'anak lembu' adalah satu dalam 1,000 dan sukar menemui burung yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental sepertinya. Apa tidaknya ia mampu bersiul berterusan dan tidak pancit selama dua jam setengah menyebabkan lawannya berputus asa," katanya.

Pemilik Cak Equine Aquatic itu berkata, dia mula memelihara murai batu sejak empat tahun lalu sebagai sekadar hobi kerana tertarik dengan siulan unggas itu.

"Kemudian saya 'diracun' rakan untuk melihat pertandingan murai batu dan saya mula terjebak memiliki burung berkualiti. Sejak itu, saya aktif menyertai banyak pertandingan.

"Selain 'anak lembu' saya turut memiliki tiga murai batu yang pernah memenangi banyak pertandingan di seluruh negara," katanya.

Tambahnya, berkongsi berkenaan penjagaan murai batu, diet perlu dititikberatkan dengan diberikan cengkerik dan dedak.

"Setiap bulan, saya peruntukan kira-kira RM550 untuk makanan burung.

"Pada masa sama, kebersihan sangkar juga perlu diutamakan. Air mandian dan minuman juga perlu sentiasa ditukar," katanya.

Katanya, pemeliharaan murai batu, perlu memiliki lesen yang sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Selain itu, seseorang itu perlu mempunyai minat mendalam dan mempunyai masa kerana penjagaan murai batu memerlukan komitmen tinggi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.296458 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list