CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12697|Reply: 1

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-91

[Copy link]
Post time 1-3-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-91


Mac 1, 2024 @ 11:03am



Foto hiasan.



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-91 kepada seluruh warga Tentera Darat (TDM) dan veteran.

Dalam catatan di Facebook, hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara serta pengorbanan tanpa mengira masa dalam menjaga keselamatan rakyat.
Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan dicurahkan seluruh warga dan bekas anggota TDM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara.

"Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan juga para syuhada.

"Jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit," titah Sultan Ibrahim.

Hari Tentera Darat disambut pada setiap 1 Mac bagi mengukuhkan kesatuan warganya serta mengeratkan hubungan TDM dengan masyarakat, selain mengenang kembali pengorbanan warga TDM terdahulu yang berjuang demi mengekalkan kedaulatan tanah air.

Sempena Hari Angkatan Tentera Darat ke-91 ini, pelbagai program bersama masyarakat di Dataran Segamat, Johor diadakan sejak semalam hingga hari ini, antaranya persembahan Tatu TDM, Pameran Kerjaya dan Aset TDM.– BERNAMA







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2024 11:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list