CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7205|Reply: 0

Aaliyah catat rekod baharu Asia

[Copy link]
Post time 22-4-2024 03:05 PM | Show all posts |Read mode

AALIYAH catat 8,450 mata.

Kuala Lumpur: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan aksi cemerlang apabila mencatatkan rekod baharu Asia acara tricks pada kejohanan Swiss Pro Tricks di Florida pada Ahad.

Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.

Bagaimanapun, rekod baharu itu tidak mencukupi untuk penamat podium buat Aaliyah apabila menduduki tempat keempat daripada 10 peserta dalam kejohanan jemputan untuk atlet luncur terbaik dunia.

Juara dunia acara tricks 2014 Erika Lang dari Amerika Syarikat muncul johan selepas mengutip 11,030 mata diikuti Neilly Ross dari Kanada (10,370 mata) dan seorang lagi wakil tuan rumah Anna Gay ketiga (9,390 mata).


Aaliyah yang meraih pingat gangsa di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun di Mexico tahun lepas, bagaimanapun tetap berpuas hati dengan persembahannya pada kejohanan kali ini, berbanding tahun sebelumnya ketika bergelut dengan persiapan kejohanan dan juga akademik.

"Memberi tumpuan dalam pelajaran dan pada masa sama melakukan persiapan kejohanan bagi tiga acara iaitu tricks, jump dan slalom juga bukan sesuatu yang mudah. Tapi dengan persembahan kali ini, saya benar-benar berharap dapat melakukan lebih baik pada masa akan datang.

"Tahun ini adalah penting kerana masa untuk persiapan ke Sukan Sea 2025 (di Thailand) dan Kejohanan Terbuka Dunia IWWF 2025," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi di Florida Southern College itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-rekod-baharu-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049984 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list