CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3688|Reply: 0

F1: Red Bull tak panik semasa Sainz

[Copy link]
Post time 29-4-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

SAINZ menjadi rebutan banyak pasukan ketika ini antaranya Mercedes, Audi dan Red Bull bagi menghadapi saingan musim depan. - AFP

LONDON – Ketua Pengarah Red Bull Racing, Helmut Marko mengakui pihak pengurusan tidak tertekan dalam usaha mendapatkan khidmat pelumba dari Sepanyol, Carlos Sainz yang kini dilamar oleh pasukan Audi.

Masa depan Sainz menjadi tanda tanya selepas kehilangan posisinya selaku pelumba utama Ferrari apabila pasukan itu mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya yang berakhir hujung musim ini.

Keputusan itu dibuat selepas Ferrari berjaya menandatangani khidmat juara dunia tujuh kali dari Mercedes, Lewis Hamilton bagi kempen 2025.

Justeru, beberapa pasukan telah memulakan langkah awal untuk mendapatkan khidmat Sainz seperti Mercedes dan Audi, tetapi Red Bull masih lagi mengambil pendekatan 50-50.

Ini kerana pengurusan masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyingkirkan khidmat pelumba No.2, Sergio Perez atau sebaliknya.

“Kita boleh lihat Sainz kini berada pada prestasi terbaik bersama Ferrari. Kita semua tahu dia sudah mendapat tawaran rasmi selama tiga tahun bersama Audi, tetapi belum membuat keputusan rasmi.

“Pihak kami tidak tertekan melihat situasi itu dengan segera membuat tawaran balas kepada Sainz, sebaliknya kami mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Apa yang pasti, kami memang berminat untuk dapatkan kembali khidmat Sainz kerana dia pernah bersama pasukan Toro Rosso ketika usia muda, tetapi sekarang dia semakin matang dan antara yang terbaik ketika ini,” kata Marko. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... panik-semasa-sainz/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054647 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list