CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7004|Reply: 0

Pertarungan sebenar Tyson, Paul

[Copy link]
Post time 2-5-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode

TYSON kembali ke gelanggang untuk pertarungan kompetitif selepas kali terakhir melakukannya pada 2005. - AGENSI

LAS VEGAS – Pertembungan melibatkan legenda tinju dunia, Mike Tyson dan pempengaruh media sosial, Jake Paul disahkan sebagai pertarungan profesional apabila kedua-dua mereka bakal membuat perhitungan pada 20 Julai nanti.

Pertemuan itu bakal berlangsung kira-kira seminggu selepas Tyson menyambut hari lahirnya ke-58 dan Bahagian Perlesesan serta Peraturan Texas (TDLR) mengesahkan bahawa pertarungan itu nanti akan dilangsungkan secara profesional dan bukannya pertunjukkan.

“Mike Tyson dan Jake Paul telab bersetuju untuk bertarung antara satu sama lain dalam pertarungan profesional. Sejak enam minggu lalu kami bekerja keras untuk memenuhi syarat TDLR dan akhirnya segalanya telah dipersetujui,” kata rakan niaga Paul, Nakisa Bidarian.

Pertarungan itu akan dilangsung sebanyak lapan pusingan dengan masa dua minit setiap pusingan dan kedua-dua peninju memakai sarung tangan seberat hampir 400 gram serta tanpa pelindung kepala.

Kali terakhir Tyson bertarung secara profesional ketika menentang Kevin McBridge pada 2005 sebelum mengumumkan persaraan dan tidak turun ke gelanggang sejak lebih dua dekad sebelum kembali bertarung menentang Roy Jones Jr. pada 2020.

Tyson pernah memberikan pandangan awal bulan ini bahawa pertarungan itu nanti akan dijadikan sebagai pertunjukkan dengan peraturan yang unik.

“Saya tidak bergurau apabila saya mengatakan ini akan menjadi pertarungan sebenar, jumpa kamu pada Julai, Jake Paul,” kata Tyson. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... sebenar-tyson-paul/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 1.347537 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list